16/10/2020
Katanya pembinaan Kellie’s Castle ni guna bancuhan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu untuk cantumkan batu-bata. Bahkan tiada besi atau paku digunakan masa proses pembinaan. Menariknya, rumah agam ini dah pun berusia lebih dari 100 tahun. Cumanya ia hanya separuh siap disebabkan kesempitan kewangan. Ia mula dibina pada tahun 1910.
1. Berlokasi di Batu Gajah, Perak. Dibuka setiap hari, 9 pagi – 6 petang. Kalau nak berkunjung pada waktu malam kena refer website mereka. Ada tarikh2 tertentu dan ada guide untuk lawatan waktu malam.
2. Tiket lawatan RM5/ dewasa, RM10 bukan warganegara. Ada extra caj bagi yang bawa camera macam DSLR (RM50).
3. Pemilik Kellie’s Castle ialah Kellies Smith. Datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 pada usia 20 tahun. Menjadi pengusaha ladang getah dan pelombong biji timah yang berjaya pada zaman kegemilangnya. Lalu membina “istana” ini pada tahun 1910 untuk keluarganya.
4. Bangunan unik ini dibina ikut rupabentuk sebuah istana di India. Malah penukang pun dibawa khas dari Madras. Bangunan ni ada 14 bilik, ada terowong rahsia yang dilengkapi dengan lift pertama di Tanah Melayu.
5. Bangunan ini tak dapat disiapkan apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Bangunan separuh siap ini kekal begitu sehingga ke hari ini.
Itu serba sedikit info mengenai Kellis Castle. Korang kena datang kalau “curious” pasal sejarah tempat ni. Lagi pun ia terkenal dengan bangunan “berhantu” di Perak. Malah banyak kisah2 mistik yang dikongsikan pengunjung atau orang tempatan seperti penampakan roh, suara budak menangis lah. Betul ke tidak?Lepas tu yang menariknya Kellie’s Castle ni berjaya menarik pelancong lokal selepas ia menjadi lokasi pengambaran Munafik 2 dulu katanya. Berpusu-pusu orang melawat tempat ni sebab nak rasa entiti paranormal di sini.
Lebih info tentang sejarah Kellie’s Castle, boleh klik laman web Majlis Daerah Batu Gajah.
http://www.mdbg.gov.my/ms/pelawat/tarikan-pelancong/kellie’s-castle
Artikel : Nana (Billiq Tidoo)
Gambar : Billiq Tidoo
Credit page : Tidoo