Taman Rekreasi Cikgu Haron

Taman Rekreasi Cikgu Haron Terletak di Kpg Sawah Baru Labis - tempat beriadah bagi seisi keluarga dan rakan taulan
(2)

19/09/2024

Jom berkayak di Taman Rekreasi Cikgu Haron

18/09/2024

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan2024 pada 31 hb Ogos 2024,  yang ke 67. Tema sambutan pada tahun ini Malaysia Madani Ji...
18/09/2024

Selamat menyambut Hari Kebangsaan2024 pada 31 hb Ogos 2024, yang ke 67. Tema sambutan pada tahun ini Malaysia Madani Jiwa Merdeka.
Sempena hari yang gemilang ini, ramai keluarga berkumpul, anak2 cucu2 mengambil kesempatan balik kampung. Ada famili yang seronok menonton sambutan kemerdekaan di talivisyen sahaja, ada yang meraikan dengan berpiknik dan beriadah di tempat2 rekreasi.
Terima kasih kepada keluarga cgu Madon dan ustazah Mufidah kerana sudi beriadah di Taman Rekreasi Cikgu Haron

18/07/2024

Minta maaf lah... ada je halangan masa nak post video seronok2 mandi dengan keluarga kecil ni...
Time untuk berseronok mandi-manda cucu dengan mk sedara, atuk sedara n nenek2.
Time untuk nenek2 bergosip juga, bertanya khabar sementara masih ada....

05/06/2024

Semuga Tok ki sentiasa dirahmati Allah...

Nak tunjuk gambar chalet yang baru.. gambar  dalam chalet untuk 3 orang cuma rm 90 sahaja 2 hari 1 malam. Bilik air dan ...
03/06/2024

Nak tunjuk gambar chalet yang baru.. gambar dalam chalet untuk 3 orang cuma rm 90 sahaja 2 hari 1 malam. Bilik air dan tandas di dalam.
Ada dapur berhampiran, senanglah nak buat aktiviti masak memasak. Boleh lah tunjuk bakat chef yg pro. Kalau ada suggestions sila aje beritahu... bole dipertimbangkan.
Ohh.. yang minta air-con hmm rasanya masih belum boleh lagi.. takut nanti timbul shortage of current pulak... habis semua trip...

Tinggal beberapa hari lagi nak buka sekolah... masih ada lagi mak-mak yang baru ada kesempatan nk balik kampung dan heal...
03/06/2024

Tinggal beberapa hari lagi nak buka sekolah... masih ada lagi mak-mak yang baru ada kesempatan nk balik kampung dan healing kerana anak-anak yg ada tuisyen fizikal di sekolah...
Jadi spend lah masa yang ada sehabis baik dengan berkunjung ke Taman Rekreasi Cikgu Haron
Dapat sedut fresh air, main dengan Oyen n Ateh, indoor game dan mandi manda.
Dapat kawan baru lagi, asyik mandi je lupa nk tanya nama... biasalah yek....
Terima kasih group PEDI dari Taman Yayasan dan lain2 sudi bersantai di Tmn Rekreasi cgu Haron... Well planned short holiday dengan aktiviti memasak dan makan-makan.. Harapnya semua yang menyenangkan....

Seronoknya dapat jemputan makan durian,  dan buah2an lain seperti langsat, duku langsat, rambutan dan manggis. Fokusnya ...
08/12/2023

Seronoknya dapat jemputan makan durian, dan buah2an lain seperti langsat, duku langsat, rambutan dan manggis. Fokusnya durian di kebun En Remy tokey durian yang tidak jauh dari Taman Rekreasi Cikgu Haron. Nasiblah dalam kalangan keluarga ada chefs yg bole mengukus pulut, memasak kuah durian style orang utara... yang paling seronoknya makan pulut durian di kebun.
Pada kesempatan ini, dapatlah juga minum air
kangen. Rasa bertuah juga kerana dapat mendengar penerangan tentang air sihat kedua selepas air zam-zam oleh Prof. Fauziah dan Prof.Samihah. Semua yg berada di sini sepanjang 3 hari 2 malam dapat menikmati air kangen kerana Pn Fauziah membawa mesin air nya dan dipasang di paip air di sini.. Terima kasih di ucapkan.
(11-13 Nov. 2023)

06/12/2023

Ini sbb kenapa air Gau pakai penutup putih tapi sebenarnya adalah air mineral😊

Kenapa Air Gau guna botol penutup putih? tidak biru,ungu atau hijau

Syarat KKM utk sahkan air gau sebagai air mineral mestilah tiada bangunan dalam radius 1km dari punca air berkenaan

Tapi ada sekolah agama bersebelahan dgn punca air, Jadi hanya dpt kelulusan sebagai air minuman sahaja, Tapi air gau ni ade keistimewaan tersendiri

Air Mineral gau telah digali pada tahun 1991 lagi, Air Mineral ni diperolehi daripada sumber mata air bawah tanah yang ditemui dan digali oleh pengasasnya iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Othman bersama anak saudaranya di kawasan Sekolah Menengah Agama Saadatul Addarain LiL Banin, Sungai Gau, Jalan Maran, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

semoga perniagaan gau ni terus berkembang maju ke seluruh negara

utk pembelian blh ke kedai berdekatan,atau blh trus ke sini utk penhantaran ke sluruh Malaysia
https://shope.ee/7UqJvu8HvE (Kedai air gau)

04/12/2023

Menghabiskan masa terluang dengan adik beradik dan sanak sedara..

04/12/2023

Lagi aktiviti keluarga En Haron dan Puan Faridah

Reunion keluarga En Harun dan Pn Faridah pada 13hb hingga 15hb Oktober 2023.Usaha adik beradik yang amat padu bagi menja...
04/12/2023

Reunion keluarga En Harun dan Pn Faridah pada 13hb hingga 15hb Oktober 2023.
Usaha adik beradik yang amat padu bagi menjayakan penyatuan keluarga, anak beranak jiran2 lama Kg Sawah Baru, Labis Johor.
Banyak aktiviti yang dirancang dengan baik sekali. Semuga dapat mengeratkan lagi siratul rohim sesama sendiri.

Penutup Program Risda Negeri Johor  bagi tahun 2023 (25 November 2023)Kempen Tanam Semula (TS ++) Dirasmikan oleh  Penge...
04/12/2023

Penutup Program Risda Negeri Johor bagi tahun 2023
(25 November 2023)
Kempen Tanam Semula (TS ++)
Dirasmikan oleh Pengerusi Risda YB Dr. Noraini Ahmad

01/12/2023

Bila mak2 jumpa air...

01/12/2023

Jom santai2 di kolam renang Taman Rekreasi Cikgu Haron

Taman Rekreasi Cikgu Haron Biarkan gambar berbicara. Seronok ke seronok? Habis hati masing2... Hujan2 pun redah je...
01/12/2023

Taman Rekreasi Cikgu Haron
Biarkan gambar berbicara.
Seronok ke seronok? Habis hati masing2... Hujan2 pun redah je...

12/11/2023

Ada orang minta saya share pasal Zus Coffee. Dulu dah pernah share, tapi dah tenggelam dah kot. Hari ni saya nak bercerita tentang Zus Coffee. Alah, kopi yang korang duk recommend sebagai alternative Starbucks tu la. Saya nampak, ramai yang tertipu. 😅
_
Baik. Gambar ni adalah akaun rasmi Instagram Zus Coffee, saya baru je screenshot. Siap ada tulis no SSM lagi. Korang pun boleh semak sendiri, sementara diorang tak edit or delete account la. 😁
_
Soalan: Apa maksud Zus pada nama Zus Coffee?
Jawapan: Zus berasal daripada perkataan Zeus (God of Thunder), bukan Zeal US. Zeal US adalah rekaan untuk spin cerita. Rujuk gambar di ruangan komen.
_
Soalan: Macam mana Tuan tahu?
Jawapan:
1- Sebutan Zus die Dan Zeus dah sama.
2. Logo dah menunjukkan muka Zeus. (Boleh Google)
3. Dalam menu, ada disebutkan Thunder dan Lightning.
4. Dalam posting Instagram ada disebut.
_
Soalan: Diorang kata, logo tu muka Pak Cik Khaldi, bukan tuhan Zeus, how?
Jawapan: Itulah story yang mereka cuba spin. Khaldi tu rekaan semata². Kalau tengok website, memang la dia tulis Khaldi, website boleh edit, tapi dulu diorang juga yang kata itu Zeus.
_
Orang Islam perlu ada sensitiviti yang tinggi dalam bab agama. Menyokong kewujudan tuhan selain Allah adalah syirik, walaupun ianya sekadar jenama.

Soalan: Adakah Zus Coffee milik orang Islam?
Jawapan: Tidak. Boleh rujuk website rasmi diorang dan berita semasa.
_
Soalan: Tapi, Zus Coffee sedap, nak buat macam mana eh?
Jawapan: Minum air adalah keperluan, minum air kopi adalah kehendak, minum air Zus Coffee adalah kehendak. Kawal kehendak tu. Takda lagi kes orang masuk ICU sebab dia boikot makanan yang dia selalu makan.
_
Rasanya cukup dah kot info. Selebihnya tengok komen ya. Semua gambar tu saya baru screenshot dari akaun rasmi Zus Coffee. Rasanya ramai lagi yang tak tahu, silakan share. Tak perlu minta izin, melainkan nak copy paste.
_
Harap JAKIM boleh revise balik syarat untuk mohon sijil halal. Kalau masukkan elemen toyyiba, saya rasa banyak company yang kena tarik sijil. 😅
_
Semoga Allah berikan petunjuk kepada kita semua untuk nampak apa yang tersirat demi agama Islam yang mulia. Insya Allah. Amin. 🤲🏻
_
Kredit Penulis: Amirul Hakimin ZH

Zuss Coffee Buy 1 Free 1 : https://shope.ee/3VJeeHBcTs
Follow Percutian & JJCM Malaysia untuk update terbaru tempat bercuti & JJCM Malaysia
Disclaimer: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10233041550207921&id=1442713062&mibextid=Nif5oz

11/11/2023

Throwback... jom racing... hahaha

11/11/2023

Throwback aktiviti berkayak keluarga dari felda cemplak... yang tak pernah naik kayak, tk perlu risau sebab ada yang membantu..

11/11/2023

Aktiviti berkayak...

11/11/2023

Throwback familyday dari felda cemplak... Aktiviti doa selamat dan tahlil

11/11/2023

Throwback familyday kluarga dr cemplak.. aktiviti membuat jambatan....

11/11/2023

Throwback keluarga Felda Chempelak

11/11/2023

Throwback Family day keluarga dari Felda Chempelak..Banyak aktiviti yang menarik telah dijalankan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli keluarga. Semoga semuanya happy dan berpuas hati menginap di sini.

Terima kasih sudi menginap di Taman Rekreasi Cikgu Haron. Dah lama tk memancing ni, malam2 pun boleh lah...
15/08/2023

Terima kasih sudi menginap di Taman Rekreasi Cikgu Haron. Dah lama tk memancing ni, malam2 pun boleh lah...

Address

LOT 5934 (KGSB13), KPG SAWAH BARU
Labis
85300

Telephone

+60197971260

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Rekreasi Cikgu Haron posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Vacation Home Rental in Labis

Show All