
15/04/2025
Pengumuman Penting untuk Pelancong ke Thailand!
Mulai 1 Mei 2025, semua warganegara bukan Thailand yang memasuki Thailand diwajibkan untuk menyelesaikan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sebelum ketibaan.
Sila daftarkan diri anda dalam masa tiga hari sebelum ketibaan anda.
1. Log masuk ke portal: https://tdac.immigration.go.th atau gunakan kod QR.
2. Lengkapkan borang pendaftaran dengan butiran peribadi anda: nama penuh, kewarganegaraan, nombor telefon, alamat email, dan maklumat pasport. Sertakan butiran perjalanan: nombor penerbangan, tujuan perjalanan, dan alamat anda di Thailand (contohnya, hotel atau tempat tinggal).
3. Hantar borang - Selepas melengkapkan borang dalam talian, anda akan menerima email pengesahan ke alamat yang anda berikan.
4. Semasa ketibaan, tunjukkan email pengesahan dan dokumen perjalanan anda kepada pejabat imigresen di kaunter untuk pengesahan.
***Simpan QR CODE ini untuk mase depan!
Kredit fb:Eirwan Ahmad