Langkawi Auto Express Sdn Bhd

Langkawi Auto Express Sdn Bhd Cruise your own car to Langkawi with us. Langkawi Auto Express Sdn.Bhd. (544605-U) LAE's new RO–PAX Catamaran ferry operation activities.

RO-PAX ferry is designed for transporting wheeled vehicle and passenger. LAE shall strive to continuously upgrade its services and its ferry to meet customer demand for more reliable services, shorter transit time, greater comfort, smooth journey and also a unique self-driving experience around the island.

Yang merancang untuk lajak bercuti di Perlis selepas balik dari Langkawi, boleh rujuk senarai homestay di bawah.
10/09/2023

Yang merancang untuk lajak bercuti di Perlis selepas balik dari Langkawi, boleh rujuk senarai homestay di bawah.

07/01/2023

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di Tanjung Lembung, Langkawi
04 9692888 tidak dapat dihubungi buat sementara waktu atas sebab masalah teknikal oleh pihak Telekom.
Nombor yang boleh dihubungi adalah 04 9661600 dan 017 3144128 (WhatsApp)
Harap Maklum
Sekian, terima kasih.

HANYA PELANCONG PERLU DISARING.Admin sudah mendapat informasi terbaru dari pihak JKN Perlis dan Jabatan Laut. Hanya pela...
16/09/2021

HANYA PELANCONG PERLU DISARING.

Admin sudah mendapat informasi terbaru dari pihak JKN Perlis dan Jabatan Laut. Hanya pelancong yang datang untuk tujuan bercuti di bawah program Gelembung Pelancongan sahaja yang perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

Ada 2 kaedah saringan:

RTK-ANTIGEN - UNTUK MUDAH & SELESA SEMASA TIBA:
Jika dibuat siap-siap saringan RTK-Antigen di klinik atau makmal berdekatan kediaman anda, anda tidak perlu untuk beratur panjang dan lama untuk menjalani ujian saliva yang memakan masa sekurang-kurangnya 30 minit. Hanya perlu datang ke kaunter saringan, tunjuk keputusan ujian kepada pegawai kesihatan untuk disahkan, kemudian boleh terus ke kaunter kami untuk check-in.

UJIAN SALIVA - UNTUK LEBIH MURAH:
Tetapi akan mengambil masa kerana anda perlu membuat ujian di hadapan pegawai kesihatan, kemudian menunggu keputusan ujian selama 30 minit sebelum boleh disahkan. Kalau barisan beratur panjang, lagi lamalah masa menunggu. Anda perlu datang awal dan feri kami mungkin tidak boleh tunggu terlalu lama jika berlaku kelewatan disebabkan saringan yang banyak. Dan saliva kit ini perlu dibeli di kaunter saringan atau kaunter kami jika mahu.

Jadi siapa yang perlu disaring?
πŸ‘‡πŸΌ
PELANCONG.

Siapa yang tak perlu?
πŸ‘‡πŸΌ
Yang mendapat kelulusan untuk merentas ke Langkawi atas urusan kerja samada kerja harian atau kerja khusus bagi sekali perjalanan.

Harap semua jelas ya.

PENTING!Perhatian kepada semua pengguna LAE (bukan penduduk Langkawi) yang akan melancong ke Langkawi pada 17 September,...
16/09/2021

PENTING!

Perhatian kepada semua pengguna LAE (bukan penduduk Langkawi) yang akan melancong ke Langkawi pada

17 September, hari Jumaat, iaitu esok,

admin mengesyorkan anda membuat ujian RTK-Antigen di klinik atau makmal di kawasan anda pada HARINI, jika ada klinik yang buka pada hari cuti Malaysia ini.

Pelayaran pada esok hari iaitu hari Jumaat akan bertolak pada pukul 9 pagi TEPAT. Ini kerana selepas tempoh masa tersebut muara Kuala Perlis akan mulai surut.

Untuk pengguna LAE esok, kami mohon anda tiba di jeti pada pukul 7 pagi, dan selewat-lewatnya pukul 7.30 pagi.

KENAPA DISYORKAN DIBUAT UJIAN RTK HARINI?

Ini selepas kami melihat berlaku kelewatan lebih 1 setengah jam di jeti Kuala Perlis. Ini disebabkan proses pengesanan dengan Saliva Test Kit mengambil masa lebih 40 minit untuk disiapkan bagi setiap individu. Keputusan RTK-Antigen dari klinik boleh digunakan untuk hari esok kerana ia sah untuk tempoh 48 jam.

Anda hanya perlu membawa keputusan tersebut dan menunjukkan kepada pegawai kesihatan yang bertugas di tapak jeti bagi pengesahan, dan kemudian boleh terus ke kaunter untuk mendaftar masuk.

Kami ingin mengelakkan bukan sahaja kelewatan pelayaran, malah untuk menjaga keselesaan anda daripada perlu beratur panjang sehingga 1 jam di tengah panas matahari.

Terima kasih.

15/09/2021

ACHTUNG!

KAMI BELAYAR SEPERTI BIASA.Memandangkan jeti Kuala Kedah ditutup sepanjang tempoh PKPD di Kota Setar, pengguna yang ingi...
18/05/2021

KAMI BELAYAR SEPERTI BIASA.

Memandangkan jeti Kuala Kedah ditutup sepanjang tempoh PKPD di Kota Setar, pengguna yang ingin berulang-alik ke Langkawi bagi tujuan yang dibenarkan oleh PDRM boleh menggunakan servis Langkawi Auto Express di jeti kargo Kuala Perlis.

Feri kami menerima pelanggan yang tidak berkenderaan (walk-in passenger). Namun feri ini tidak berlabuh di Kuah seperti feri penumpang biasa, tetapi di Dermaga Tanjung Lembung di Bukit Malut.

Bagi mereka yang datang dari kawasan PKPD diminta untuk memenuhi keperluan semasa PDRM khususnya melakukan swab test sebelum mendapatkan surat pelepasan dari pihak PDRM.

Pengguna boleh layari langkawiauto.com bagi mendapatkan maklumat jadual pelayaran semasa.



Terima kasih Jabatan Laut Malaysia atas koordinasi bersama KKM dalam mengiktiraf para kru laut dan darat sebagai barisan...
27/04/2021

Terima kasih Jabatan Laut Malaysia atas koordinasi bersama KKM dalam mengiktiraf para kru laut dan darat sebagai barisan hadapan.

25/02/2021

Sebuah pelayaran demi ikhtiar penyembuhan seluruh negara.

SesungguhNya Allah Maha Menyembuhkan. Kita berikhtiar sedaya akal yang dikurniakanNya. InsyaAllah.

25/02/2021

Polis Marin turut mengiringi pelayaran LAE 1 ke Langkawi bagi membawa kargo vaksin untuk penduduk di pulau Lagenda.

Kami di Langkawi Auto Express Sdn Bhd berbesar hati menjadi β€˜jambatan’ membawa kargo vaksin melalui lori DHL ke Langkawi...
25/02/2021

Kami di Langkawi Auto Express Sdn Bhd berbesar hati menjadi β€˜jambatan’ membawa kargo vaksin melalui lori DHL ke Langkawi pagi ini. Siap diiring oleh bot polis marin sepanjang pelayaran di lautan.

Semoga Malaysia kembali bernafas seperti biasa dan Langkawi mampu bangkit kembali menerima pelancong dari seluruh negara selepas ini. InsyaAllah.

Kredit gambar : Astro Awani.

Address

Kuala
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+6049669898

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Langkawi Auto Express Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Langkawi Auto Express Sdn Bhd:

Videos

Share

Nearby travel agencies


Other Langkawi travel agencies

Show All