28/12/2023
ALL PARENTS PLEASE TAKE NOTE!!!
Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang:
Apa Ibu Bapa Harus Tahu!
Ibu mangsa tak mengesyaki apa-apa bila anaknya Johnny, 10 tahun terus masuk tidur selepas keletihan seharian bermain di kolam renang. Rupa rupanya...
Biasalah, selepas seharian bermain di kolam renang anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja "jumpa" air.
Sebab itu Cassandra Jackson, 41 tahun tidak mengesyaki apa-apa selepas anaknya mandi di kolam renang.
Menurut berita yang disampaikan pada ABC News .com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.
Johnny memakai pelampung di kedua dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.
Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan.
Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!
"Saya golekkan dia ke tepi, dan badannya sangat lemah. Badannya juga sudah bertukar kebiru-biruan," jelas Jackson dalam esak.
Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.
Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.
🌷🌷Apa itu mati lemas sekunder? 🌷🌷
Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein. mati lemas sekunder terjadi kerana paru paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru paru.
"Biasanya, mati lemas utama terjadi apabila anda tersedut air dan tidak boleh bernafas, lalu lemas. Tapi dengan mati lemas sekunder, anda boleh maut apabila air memasuki paru-paru dengan sedikit saja.
Bagi kanak kanak, air sebanyak empat auns sudah mampu untuk membunuh mereka," jelas Epstein lagi.
Mati lemas sekunder mungkin boleh terjadi apabila kanak kanak cuba ingin berenang. Epstein juga menambah jenis cecair yang memasuki paru paru kanak kanak juga memainkan faktor utama untuk membawa maut.
Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru paru semula.
Akibatnya, paru-paru dipenuhi cecair.
"Selepas itu, terjadi Edema Paru Paru keadaan di mana terdapat pengumpulan cecair dalam paru paru dan mengakibatkan serangan jantung apabila oksigen tidak dapat masuk ke aliran darah.
💐💐Tanda tanda mati lemas sekunder - ibu bapa harus peka!💐💐
Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya!
Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.
Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi.
Jadi, ibu bapa perhatikan tanda tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:
BatukSakit dadaSukar bernafasKelihatan amat letih
Jika anak anda menunjukkan tanda tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!
👉👉Bagaimana ingin mengelaknya
Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat menganggarkan hampir 3,582 kes mati lemas secara tidak sengaja berlaku di sana sejak tahun 2005.
Daripada data yang baru diperoleh, lebih daripada satu per empat mangsa kes mati lemas adalah kanak kanak yang berusia bawah daripada 14 tahun.
Kuncinya di sini adalah peka. Tetapi, anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:
🐞🐞Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan "tertelan" air. Mula ajar anak anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.
🐞🐞Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak anak yang bermain dalam kolam. Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.
🐞🐞Keselamatan dalam air. Kanak kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki kolam renang dewasa.
🐞🐞Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini!
Kalau anda tak peka anda akan menyesal😭😭