D'Lumut Homestay

D'Lumut Homestay Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from D'Lumut Homestay, Taman Lumut Indah 1, Lumut.

03/12/2024
30/05/2024

Selamat bercuti dan selamat datang ke Manjung!
Berikut adalah info untuk anda yang ingin berkunjung ke Manjung.

* Direktori kedai makan, minum, rekreasi dan menarik di Manjung.
https://www.facebook.com/100063544330308/posts/382951583832983/
* Teluk senangin chalet
https://www.facebook.com/100063544330308/posts/257802743014535/
* Best coffee in Manjung
https://www.facebook.com/100063544330308/posts/465215388939935/
* Melihat Sunset
https://www.facebook.com/100063544330308/posts/384381770356631/

Selamat berlibur.

30/05/2024
29/05/2024
29/05/2024

Cuti sekolah dah tiba!

Bagi anak-anak, cuti sekolah adalah merupakan waktu yang paling dinantikan. Inilah waktunya untuk bergembira sambil mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dengan meluangkan masa bersama-sama.

Dah rancang apa aktiviti untuk cuti sekolah? Dikongsikan tip aktiviti cuti sekolah secara sihat.



29/05/2024
28/12/2023

Royale Fiesta Lumut akan berlangsung pada 29 Disember hingga 1 Januari 2024 di Dataran Teluk Batik, Lumut Perak! Banyak artis jemputan yang bakal mengegarkan Teluk Batik seperti XPDC, Kristal, Saujana, Najwa Latif, Watie Sadali, Qazem Nor, Zul Huzaimy dan ramai lagi!

Lebih 100 booth tersedia dengan pelbagai jenis kiosk makanan, rumah hantu, ceramah dan pertandingan untuk para pengunjung. Jommm kome, ajak ramai-ramai, kita memeriahkan Royale Fiesta Lumut Foodie Tour!

Info lanjut :
https://www.facebook.com/RoyaleFiesta.Official

28/12/2023
25/12/2023
25/12/2023

Highway baru buka.

WCE namanya. West Coast Highway. Jalan Pantai Barat.

Dari Sepang sampai Taiping Selatan.
Nak ke Klang, Sepang, Tg Karang, Sekinchan, Sabak, Tlk Intan dah mudah.

Toll free sebulan.

25/12/2023
15/12/2023
14/12/2023

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Pembukaan penuh Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang dijangka siap pada hujung tahun ini bakal menghubungkan lokasi-lokasi pelancongan di Selangor dan Perak, selain berpotensi meningkatkan perdagangan menerusi keterhubungan antara Pelabuhan Klang , Lumut dan Pulau Pinang.

Pembukaan WCE ini akan memberi impak positif dalam merancakkan industri pelancongan tempatan, dengan destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Sky Mirror, Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Menara Condong Teluk Intan, Marina Island, Pulau Pangkor, Lumut Waterfront, Teluk Senangin dan Zoo Taiping boleh diakses lebih cepat dan mudah oleh pengunjung.

Marina Island mengucapkan syabas kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya WCE ini.

Kepada pelancong yang belum berkesempatan bercuti di Manjung atau Pulau Pangkor Pulau Bebas Cukai, jom rancang percutian anda sekarang! Jangan lupa singgah ke Marina Island sebagai salah satu destinasi untuk diterokai dan juga kemudahan feri ke Pulau Pangkor.

Beli e-Tiket feri ke Pangkor di www.pangkorferry.com

Address

Taman Lumut Indah 1
Lumut
32200

Telephone

60102565356

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Lumut Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share