Sidang Media Bantahan Projek Pasir Silika dan Kilang Besi Maegmasteel serta pengkuarian HSK Segari Melibtang Komp 19, 20, 21 .
FORUM AWAM : HALATUJU PENGURUSAN ALAM SEMULAJADI DI DAERAH MANJUNG
Forum Awam : Halatuju Pengurusan Alam Semulajadi Di Daerah Manjung
Tarikh : 5 Mac 2022
Jam : 8 malam
Tempat : Dewan Samudera, Sfera Hotel, Seri Manjung
Inilah sebabnya Hutan Bukit Pantai perlu dipertahankan, terutamanya di kawasan peranginan seperti Teluk Senangin. Secara alami hutan menjadi kawasan tadahan dan melambatkan proses aliran air jatuh ke bumi dan saliran semulajadi ini akan mengalir ke sungai, laut mahu pun meresap ke dalam tanah. Namun apabila kawasan hutan bukit pantai dinyahwarta dan dijalankan pembalakan, hujan akan turun lebih laju ke hilir di samping membawa sedimen (pasir & tanah) yang terhakis dan termendap di kawasan hilir, menyebabkan saliran buatan manusia tersumbat hingga melimpahi jalan dan kawasan utama.
Di dalam video di bawah, sedimen yang mengalir bersama larian air dari kawasan bukit yang telah menjadi tanah hak milik. Kebarangkalian kejadian pokok tumbang juga dikhuatiri akan berlaku dan pernah berlaku dahulu. Kawasan atas bukit tersebut (di dalam video) merupakan sebahagian daripada HSK Segari Melintang pada suatu ketika dahulu dan telah dinyahwartakan dan diberi hak milik.
Kawasan peranginan Teluk Senangin bakal kehilangan keunikannya sekiranya hutan sekelilingnya terus diasak dan dimajukan tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan kelestarian kawasan ini.
Mohon orang awam bersama menggesa pihak agensi terlibat untuk mengekalkan Hutan Bukit Pantai yang masih ada. Jangan biarkan kawasan yang dahulunya cantik dan unik ini bertukar menjadi tanah gersang yang tidak akan dikunjungi lagi. Majlis Perbandaran Manjung , Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung , Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Hutan Perak) , Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA , Selamatkan Penyu & Hutan Bukit Pantai Segari
* gambar dan video hasil aduan komuniti setempat
Teaser Video Nature Art Festival 2021
Saatnya bakal tiba. Nature Art Festival - NAFAS 2021 bakal menemui anda dari 25hb September sehingga 02 Oktober 2021.
Pautan program Nature Art Festival - NAFAS 2021 -
https://fb.me/e/1LQaPf4Lf
#NAFAS2021
#rakansegari
#lamankaryalumut
#galeripercha
#perchaartspace
#KUASAPerak
#NAGARAKOTA
#CENDANAMalaysia
#GEFSGP
#WorldRiverDay
Sesi penerangan dan tatacara penyertaan aktiviti penanaman pokok oleh Unit Lanksap Majlis Perbandaran Manjung yang bakal berlangsung sempena Nature Art Festival - NAFAS 2011 (secara atas talian) anjuran Rakan Segari dan Laman Karya Lumut - LAKAR.
Ini merupakan peluang penduduk Manjung untuk sertai aktivti penanaman untuk menambah lebih banyak litupan pokok di sekitar Manjung, dan disamping mengurangkan pembebasan karbon dioksida ke kawasan persekitaran.
Bersama-sama kita menyumbang dalam kempen Penghijauan Malaysia 100 juta pokok oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Daftar segera di sini - https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScSqnADGPdImqXcBdW0bJPYp6JAxIDOxRdltCiS8lBljQRj5Q/viewform
#NAFAS2021
#rakansegari
#lamankaryalumut
#galeripercha
#perchaartspace
#KUASAPerak
#NAGARAKOTA
#CENDANAMalaysia
#GEFSGP
#WorldRiverDay
Dengan kerjasama - Nagarakota, Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA, Galeri Percha, Percha Artspace, Majlis Perbandaran Manjung, Smart Komuniti MP Manjung, Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung.
Penerangan tatacara penyertaan aktiviti 5R (Reduse, Reuse, Recycle, Recovery, Restore) yang merupakan salah satu aktiviti yang bakal dijalankan sempena Nature Art Festival - NAFAS 2021 anjuran Rakan Segari dan Laman Karya Lumut - LAKAR dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Manjung.
Sampah yang dikutip dan dikumpulkan akan ditukarkan dalam bentuk barangan keperluan harian contohnya beras, minyak, gula dan lain-lain lagi, maklumat lanjut boleh tonton video penerangan ini.
Segera daftar di sini (Tarikh tutup 19 Sept 2021) - https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScSqnADGPdImqXcBdW0bJPYp6JAxIDOxRdltCiS8lBljQRj5Q/viewform
#NAFAS2021
#rakansegari
#lamankaryalumut
#galeripercha
#perchaartspace
#KUASAPerak
#NAGARAKOTA
#CENDANAMalaysia
#GEFSGP
#WorldRiverDay
Nagarakota, Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA, Galeri Percha, Percha Artspace, Majlis Perbandaran Manjung, Smart Komuniti MP Manjung, Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung.
Pautan penuh program di Nature Art Festival - NAFAS 2021
Pengenalan aktiviti 5R kelolaan Jabatan Kesihatan Persekitaran & Perkhidmatan Bandar Majlis Perbandaran Manjung sempena Nature Art Festival - NAFAS 2021 anjuran Rakan Segari dan Laman Karya Lumut - LAKAR.
Sebar dan hebahkan kepada penduduk Manjung, bersama kita kitar semula.
Pendaftaran telah dibuka untuk penduduk Manjung, daftar segera di sini (Tarikh tutup 19 Sept 2021) - https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScSqnADGPdImqXcBdW0bJPYp6JAxIDOxRdltCiS8lBljQRj5Q/viewform
Untuk maklumat lanjut tatacara penyertaan aktiviti 5R, tonton video penerangan di sini -https://www.facebook.com/RakanSegari/videos/1478634095827792
#NAFAS2021
#rakansegari
#lamankaryalumut
#galeripercha
#perchaartspace
#KUASAPerak
#NAGARAKOTA
#CENDANAMalaysia
#GEFSGP
#WorldRiverDay
Kerjasama - Nagarakota, Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA, Galeri Percha, Percha Artspace, Majlis Perbandaran Manjung, Smart Komuniti MP Manjung, Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung.
Pautan penuh program di Nature Art Festival - NAFAS 2021
Buat penggemar bidang fotografi dan anda yang mempunyai koleksi gambar yang masih belum digunakan, anda boleh sertai Pertandingan Fotografi Nature Art Festival - NAFAS 2021 bersempena dengan Hari Sungai Sedunia 2021 yang dianjurkan oleh Rakan Segari & Laman Karya Lumut - LAKAR. Tontonilah video promo ini untuk rujukan anda semua.
Ingat, kamera tak semestinya DSLR je, guna handphone pun boleh, bebas! Janji, ikuti tema yang ditetapkan.
Boleh rujuk syarat-syarat kat borang pendaftaran dan video promo.
Sekadar peringatan buat peserta, pendaftaran bermula 4hb September 2021 sehingga 21hb September 2021. Tarikh akhir penghantaran Karya (melalui emel) adalah pada 21 September 2021.
Daftarlah segera di -
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScn0EHu8sF7-qZ0x1zEWspt3uIy0BhiLjvkTSX9JItv2Jt5VA/viewform
Selamat jaga diri dan Selamat Berkarya.
#NAFAS2021
#rakansegari
#lamankaryalumut
#galeripercha
#perchaartspace
#KUASAPerak
#NAGARAKOTA
#CENDANAMalaysia
#GEFSGP
#WorldRiverDay
Nagarakota, Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA, Galeri Percha, Percha Artspace, Majlis Perbandaran Manjung, Smart Komuniti MP Manjung, Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung.
Buat adik-adik dan peminat seni lukis muda seluruh Malaysia, jom sertai Pertandingan Seni Lukis bersempena program Nature Art Festival - NAFAS 2021 secara atas talian (online) dan Hari Sungai Sedunia anjuran Rakan Segari dan Laman Karya Lumut - LAKAR
Pertandingan yang bertemakan “SUNGAI” ini dikelolakan oleh Galeri Percha (Percha Artspace), ia terbuka kepada warga Malaysia yang berumur dari 7 hingga 17 tahun dengan 2 kategori iaitu 7-12 tahun dan juga 13-17 tahun.
Pendaftaran telah dibuka & tarikh akhir penerimaan karya adalah 21hb September 2021 melalui pos.
Daftar segera di pautan google form di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfD5JYm5LxaYBQtI_YNMf7-HDnIEQ3Kd10ZWpFg6UCK9KL2og/viewform
Tontoni video promo untuk rujukan dan maklumat lanjut.
Selamat berkarya. Lindungi diri dan keluarga. Stay Safe.
#NAFAS2021
#rakansegari
#lamankaryalumut
#galeripercha
#perchaartspace
#KUASAPerak
#NAGARAKOTA
#CENDANAMalaysia
#GEFSGP
#WorldRiverDay
Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA, Majlis Perbandaran Manjung, Smart Komuniti MP Manjung, Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung
Kemusnahan Air Terjun Tg Batu (Teluk Sera) di kompartmen 16 (Blok E) Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung, Perak.
Kemusnahan sebahagian Hutan Simpan Segari Melintang adalah berpunca daripada Projek aktiviti kuari di Utara HS Segari Melintang di beberapa kompartmen.
Beberapa NGO sebelum ini telah membantah cadangan kuari dan kerajaan negeri bersetuju untuk tidak membuka kuari baru. Namun ia masih diberi kelulusan untuk melakukan aktiviti kuari di dalam Hutan Simpan.
PENCEROBOHAN DAN PENEROKAAN HARAM RIZAB SUNGAI / ZON RIPARIAN SEGARI
Laporan TV3 di lapangan bersama Rakan Segari dan penduduk / nelayan. Rakaman drone oleh @Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)