29/10/2021
*SOP TERKINI UMRAH 1443H/2021*
==============================
1. Visa Umrah telah termasuk perlindungan insurans perubatan di Arab Saudi.
2. Umur mesti 18 tahun dan ke atas.
3. Setiap jemaah perlu mengambil vaksin lengkap yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Pfizer dan AstraZeneca (yang ada di Malaysia). Penerima 2 dos Sinovac perlu mendapat dos "booster" dari Pfizer atau AstraZeneca.
4. Sebelum ke Arab Saudi, jemaah perlu memuat turun aplikasi seperti berikut:
a) Tawakkalna – Aplikasi untuk memantau kesihatan dan pergerakan jemaah (seperti my sejahtera).
b) Eatmarna – Permohonan permit bagi Tawaf/Saie Umrah, ziarah raudah dan makam rasulullah, dan solat di Masjidlharam.
5. Muatan bilik maksimum dibenarkan adalah 2 orang sahaja.
6. Muatan penumpang bas, maksimum 25 orang.
7. Perlu melakukan pemeriksaan Polymerase Chain Reaction (PCR) dibuat dalam tempoh tidak lebih dari 72 jam dari waktu penerbangan pergi dan perlu membawa salinan cetakan.
8. Urusan permit Tawaf/saie Umrah, ziarah Raudah dan Makam Rasulullah s.a.w akan diuruskan oleh Operator Umrah.
9. Tawaf/saei Umrah, ziarah Raudah dan Makam Rasulullah s.a.w hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan dalam tempoh pakej. Permohonan Umrah seterusnya hanya boleh dibuat selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama, tetapi tiada jaminan diluluskan.
10. Tawaf/saie Umrah, ziarah Raudah dan Makam Rasulullah s.a.w dilakukan secara berkumpulan (tidak lebih 25 jemaah bagi setiap kumpulan) dan akan diiringi oleh pegawai Arab Saudi/ wakil operator Umrah.
11. Aktiviti ziarah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebenaran untuk turun/keluar dari bas/kenderaan adalah tertakluk kepada kebenaran dan keadaan semasa.
12. Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak memerlukan permit. Tetapi solat di Masjidilharam perlu mendapatkan permit. Jemaah perlu memohon sendiri selewat-lewatnya sehari sebelum solat di dalam aplikasi Eatmarna.
13. Sebelum pulang ke Malaysia, jemaah wajib membuat ujian PCR dalam masa 3 hari (72 jam) sebelum tarikh/waktu penerbangan dan keputusan mesti negatif.
14. Tawaf sunat dan wada’ masih belum dibenarkan.
15. Tiba di Malaysia perlu jalani kuarantin selama 7 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
16. Untuk kuarantin dirumah setibanya di Malaysia, jemaah perlu membuat permohonan melalui laman sesawang moh.gov.my selewat-lewatnya 10 - 7 hari sebelum penerbangan pulang ke Malaysia.
17. Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
*_SOP DAN SYARAT² INI TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN SEMASA YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK KERAJAAN ARAB SAUDI_*