18/07/2024
Gambar ini tiada berkaitan. Cafe ni cantik sangat bila malam.
Nasihat Pemilik Cafe dan Restoran dimana sahaja berada. Kalau baru nak buka cafe kena tahu juga apa yang saya ceritakan ni. Ramai sangat yang buka tutup cafe. Bidang F&B ni memang kerjanya penat. Kena tunggu pelanggan dan kena buat macam masak kat rumah.
Sekarang demand pelanggan tinggi. Jadi ramai yang usahawan cafe berusaha untuk memenangi hati pelanggan dan diharapkan cafenya viral. Makan kos yang sangat tinggi.
Cafe ni payah nak untung tinggi. Jual makanan tak boleh jual mahal. Pelangan nak selesa, makanan sedap, hantar cepat, layanan tiptop. Tapi pejuang cafe ketahiilah kadang-kadang korang tak perasan. Syok sehari ramai, dua hari tak ada orang. Dapat sale RM500 je sebab hujan. Staf dua shift sampai 10 orang. Bayar gaji hari RM70 sehari pun dah gaji je RM700. Hujung bulan owner menanggis hujung bucu katil.
Saya nasihat sebab saya lama dalam F&B. Kena fikir dalam-dalam kalau nak buat cafe. Saya tak cakap tak boleh tapi setakat lebih 5000 macam tak berbaloi. Komplen pelanggan, staf tak datang kerja s**a hati, bil elektrik dan air tertunggak. Macam -macam lagi.
Bisnes cafe dan restoran ni bisnes yang nampak macam menang tapi selalunya kalah. Abam nasihat je yang pengalaman 20 tahun dalam F&B. Kalau nak buat juga fikir, atur baik - baik. Ramai je bisnes cafe yang untung ribu riban. Tapi korang mesti nampak macam mana dia buat untung. Cafe yang besar, tempat yang sesuai, kepadatang penduduk.
Kadang-kadang mamak pun tutup beb. Siapa nak kesian pemilik bisnes. Salah sikit pelanggan komplen. Lama-lama tutup. Orang ketawa je kita.
Credit :- Coach Bahar