03/10/2024
Bismillah
03.10.24
Baru-baru ini ramai yang komen dan terkesan mengenai waktu check in dan check out.
Perkara ini memang sesuatu yang agak sensitif buat kita sebagai seorang penyewa penginapan .
Justeru itu, kebiasaannya pihak pengendali homestay atau rumah inap dan seangkatan dengannya sering mengingatkan untuk penyewa menepati masa check out , agar penginapan dapat dibersihkan pada masa yang ditetapkan.
Kebanyakan penginap sememangnya memahami bahkan sangat menjaga kebersihan. Apabila para penginap ini mengikut sop dan meninggalkan penginapan dengan baik, makanya ianya akan memudahkan urusan pembersihan dan penyewa seterusnya dapat mendaftar masuk pada waktunya .
Oleh kerana ini juga , kita boleh lihat dalam terma penginapan akan ada tertera denda bagi kelewatan atau kekotoran dan kerosakan .
Setakat ini, Alhamdulillah 99% para pelanggan Traders Villa baik-baik orangnya .
1% lagi adatlah bila ada sedikit ketidak sefahaman, namun dapat diselesaikan dengan baik.
Dan , Alhamdulillah biasanya kami akan berkomunikasi awal serta mengingatkan penyewa min 1 hari sebelum check in dan check out.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dan memohon maaf di atas kekurangan jika ada serta akan sentiasa berusaha menambah baik untuk keselesaan bersama.
Opps sebelum terlupa , tahun 2024 hari-hari cuti kami dah penuh, tapi boleh semak untuk hari-hari biasa.
Tempahan majlis 2025 kami dah buka ya.
Boleh wassap ke www.wasap.my/+601139923995/pakejTV