Melaka Tourism Association

Melaka Tourism Association MTA was founded as an NGO to help the state tourism body to promote Melaka as a tourism destination

Listen to the whispers of the wind this Christmas. They carry a message of love, peace, hope, and happiness for you. 🧑🏼‍...
25/12/2024

Listen to the whispers of the wind this Christmas. They carry a message of love, peace, hope, and happiness for you. 🧑🏼‍🎄☃️

May your days be merry, your hearts be full, and your dreams shine as brightly as the Christmas lights! 🌟

From our family to yours, Merry Christmas & Happy New Year ~ 🎄


MANEK SULAMKAN SI AYER MATA, ANGKAT SENI HALUS KASUT MANIKOleh: Norafiqah JamalSumber: Melaka Hari Ini AYER KEROH – Teat...
08/12/2024

MANEK SULAMKAN SI AYER MATA, ANGKAT SENI HALUS KASUT MANIK

Oleh: Norafiqah Jamal
Sumber: Melaka Hari Ini

AYER KEROH – Teater Perpaduan Peranakan: Manek Sulamkan Si Ayer Mata mengangkat keunikan seni halus kasut manik yang menjadi warisan adat budaya kebanggaan Peranakan Baba Nyonya.

Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA), Madeline Kuah berkata, teater dipentaskan pada 22 dan 23 November lalu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) berjaya menarik lebih 600 penonton.

Katanya, pembukaan pementasan perdana pada 22 November turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Ab Rahman.

“Teater ini mengisahkan Guek Neo, seorang pengusaha kasut manik Baba Nyonya yang dirundung kesedihan dan perasaan bimbang berikutan anak perempuan tunggalnya, Molly menolak untuk mewarisi perniagaan keluarga yang kaya dengan tradisi ini kerana mahu berkahwin.

“Atas nasihat dan idea sahabat baiknya iaitu Leha Tapak, Guek Neo memberi restu kepada Molly untuk berkahwin, namun menetapkan syarat iaitu harus menyiapkan sepasang kasut manik untuknya. Pada awalnya Molly menolak, dia berasa syarat itu tidak munasabah dan sengaja ingin menyusahkan dirinya.

“Tetapi atas dorongan sahabat, Molly bersetuju meskipun proses menyiapkan kasut berkenaan sulit baginya. Namun Guek Neo menjelaskan kepada Molly bahawa proses pembuatan kasut manik adalah simbolik kegigihan, kesabaran dan ketenangan diperlukan dalam kehidupan berumah tangga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Madeline berkata sepanjang dua hari pementasan teater muzikal itu, turut berlangsung pameran mini dan jualan kasut manik serta kebaya Baba Nyonya.

Jelas Madeline, teater arahan Ery Majid itu adalah kolaborasi antara MTA dan Pertubuhan Seni Kesidang Sari (PERSIDANG) selain turut mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

“Teater ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui bantuan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) dan Kerajaan Negeri Melaka serta pelbagai pihak yang lain,” katanya.

Check out KupasKipas’s video.

04/12/2024

AYER KEROH 4 Disember - Teater Perpaduan Peranakan: Manek Sulamkan Si Ayer Mata mengangkat keunikan seni halus kasut manik yang menjadi warisan adat budaya keba

04/12/2024
TEATER MANEK SULAMKAN SI AYER MATA 'PUKAU' PENONTONOleh: Norafiqah JamalSumber: Melaka Hari Ini AYER KEROH 30 November -...
01/12/2024

TEATER MANEK SULAMKAN SI AYER MATA 'PUKAU' PENONTON

Oleh: Norafiqah Jamal
Sumber: Melaka Hari Ini

AYER KEROH 30 November - Teater Perpaduan Peranakan: Manek Sulamkan Si Ayer Mata mengangkat adat budaya Peranakan Baba Nyonya menerusi kisah keunikan kasut manik.

Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA), Madeline Kuah berkata, teater yang berlangsung pada 22 dan 23 November lalu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu berjaya menarik lebih 600 penonton untuk dua malam.

Katanya, pembukaan pementasan perdana pada 22 November lalu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman.

"Teater ini mengisahkan Guek Neo, seorang pengusaha kasut manik Baba Nyonya yang berasa sedih dan bimbang ketika anak perempuan tunggalnya, Molly menolak untuk mempelajari dan mewarisi perniagaan keluarga yang kaya dengan tradisi ini. Sebaliknya Molly ingin cepat berkahwin dan pergi dari situ.

"Atas nasihat dan idea sahabat baik Guek Neo iaitu Leha Tapak, Guek Neo memberi restu kepada Molly untuk berkahwin dengan satu syarat. Syaratnya Molly harus membuat sepasang kasut manik untuknya. Pada awalnya Molly menolak kerana dia berasa syarat yang diberi oleh Guek Neo tidak munasabah dan sengaja ingin menyusahkan dirinya.

"Tetapi dengan dorongan dari temannya, Molly akhirnya bersetuju, proses pembuatan kasut manik tersebut awalnya sulit bagi Molly. Namun Guek Neo menjelaskan kepada Molly bahawa proses pembuatan kasut manik ini merupakan simbolik kegigihan,kesabaran dan ketenangan yang diperlukan dalam kehidupan berumahtangga," katanya.

Madeline berkata, sepanjang dua hari pementasan teater muzikal itu, turut diadakan pameran mini dan jualan kasut manik serta kebaya Baba Nyonya.

Jelas Madeline, teater arahan Ery Majid itu adalah kolaborasi di antara MTA dengan Pertubuhan Seni Kesidang Sari (PERSIDANG) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

"Teater ini turut mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui bantuan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) dan Kerajaan Negeri Melaka serta pelbagai pihak lain," katanya.

Check out KupasKipas’s video.

Address

No 4281-C , Jalan Mawar , Bukit Baru
Malacca City
75150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melaka Tourism Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Melaka Tourism Association:

Videos

Share