28/01/2022
[5 TIPS BERKESAN ELAK SCAMMER HOMESTAY]
Riuh dan jenuh baru2 cerita mengenai scammer homestay yang berleluasa. Modus operandi mereka ialah dengan memakai gambar2 homestay orang lain dan kemudian diiklankan. Lepas ambik duit booking dan sewa, terus melesap.
Sebelum anda booking, pastikan orang yg anda deal tu bukan scammer. Ini 5 tips mengelak dari kena ditipu scammer:
( #1) Minta profile page homestay tu. Homestay yg established semestinya mempunyai FB page atau website sendiri. Zaman skrg ni siapa yg takde FB kan?
( #2) Bercakap melalui telefon. Pastikan no telefonnya sah. Bukannya sekadar Whatsapp atau SMS sahaja.
( #3) Cara mudah untuk melihat kesahihan nombor telefon ialah memasukkannya ke dalam search bar FB. Semestinya pemilik homestay akan pernah mengiklankan atau membuat posting sebelum2 ni. Nombornya akan terkeluar, dan juga boleh trace ke profile page pemiliknya. Jika nampak meragukan, jangan teruskan. Jika no telefon tidak dapat dikesan dalam FB, ini adalah sesuatu yang meragukan.
( #4) Baca review untuk homestay itu jika ada. Bisness homestay ni sebahagian dari 'sharing economy', jadi semestinya akan terdapat banyak review. Homestay yang established akan mempunyai beratus2 review dari pelanggan mereka. Kalau ada video review (macam kat posting ni) lagi bagus!
( #5) Banding kan juga harga se-malam homestay di kawasan yang sama. Kalau terlajak murah, dan ada tanda2 di atas, memanglah sangat mencurigakan.
Harap anda semua terselamat dari scammer2 yg memburukkan industri homestay. Banyak homestay2 yang genuine dan bagus2 sebenarnya. Jom support homestay yg genuine.
*copy paste