Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara

Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara The site of South East Asia's oldest civilization known as Kadahar, Queda, Cheah Cya or Qalah in ancient times - in Sungai Batu, Merbok, Kedah Malaysia.
(446)

Sebelum Sungai Batu dijumpai, terdapat banyak catatan menunjukkan ada satu tempat di Nusantara Melayu di mana terkenal di sleuruh dunia dengan gelaran yang bersangkutan dengan besi. Panggilan tersebut adalah seperti Chieh Cha, Qalah, Qala, Kadaram, Kataha, Qeda dan puluhan nama yang kena mengena dengan besi. Sebuah kitab lama Pakistan memberi jolokan nama tempat itu sebagai Gudang Besi Dunia. Tahu

n 2010, telah ditemui dan kini diakui. Di sinilah Tamadun Terawal Asia Tenggara bermula. Tamadun Kedah Tua, Juga turut dipanggil Tamadun Sungai Batu.

27/01/2025

Melawat bandar purba Babylon di Iraq. Bandar ini dibina sewaktu zaman Raja Nebuchadnezzar II pada tahun 600 Sebelum Masihi.

Nebuchadnezzar II ini juga dikenali sebagai Nebonidos. Ada 2 pendapat ulama tentang Nebonidos ini (615 BCE - 539 BCE), pendapat pertama mengatakan baginda keturunan Nebuchadnezzar 1 (1127 BCE - 1104 BCE) , pendapat kedua p**a mengatakan mereka tiada kaitan.

Tapi apa yang menarik ketika pemerintahan Nebonidos (Nebuchadnezzar II) inilah Cyrus The Great dari Persia or Iran (600 BCE - 530 BCE) telah berjaya menawan kota Babylon ketika tahun 550 BCE) dan membebaskan sebahagian bani Israel dan beberapa puak Yahudi yang telah ditawan ketika pemerintahan Nebuchadnezzar I.

Dengan Kekalahan Nebuchadnezzar II ( Nebonidos) maka tawanan2 ini dapat dibebaskan termasuklah Nabi Zulkifli a.s tetapi baginda menolak untuk p**ang ke Palestin.

Pembebesan kaum bani Israel dan sebahagian kaum Yahudi ini, menyebabkan beberapa pendeta Yahudi menyanjungi Cyrus The Great sebagai Raja Iskandar Zulkarnain ( Raja yang membebaskan timur dan barat) dalam versi Yahudi.

Adapun dalam versi Islami Raja Zulqarnain adalah Raja Agung Yaman bernama Raja Mas'ab yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim as ( c 1900 BCE).

25/01/2025

Alhamdullillah manuskrip kedua Persatuan AncKed Sungai Batu Official yang membincangkan berkaitan pensejarahan Kedah Tua berdasarkan kajian arkeologi yang telah dijalankan sejak 1800.

22/01/2025

Check out sahabatANCKEDโ€™s video.

22/01/2025
19/01/2025

As salam. Naik tak status ni pada fb pembaca? Test test test.

Pakej ke 15 yang Persatuan AncKed Sungai Batu Official  tawarkan adalah seperti beirikut : Dari Kompleks Arkeologi Sunga...
19/01/2025

Pakej ke 15 yang Persatuan AncKed Sungai Batu Official tawarkan adalah seperti beirikut :
Dari Kompleks Arkeologi Sungai Batu ke Kota Kuala Muda, Pasar Bisin, Galeri Tsunami dan Pantai Merdeka.

Siang Adminah tak dapat pergi mana-mana tempat sebab niaga. Malam ja Adminah free. Ada dua tempat yang Adminah dan suami cadang pergi. Gunung Jerai atau Pantai Merdeka.

10.30 malam kami ke Pantai Merdeka sahaja. Dari Sungai Petani ke sana kiranya sampai jam 11.15. Pantai Merdeka masih ramai orang terutama pemancing-pemancing ikan. Sepanjang batuan antara daratan dan pantai penuh dengan pemancing-pemancing.

Dari jauh sebelah kanan, ternampak sudut yang berwarna oren keemasan. Rupanya ianya adalah tempat berjalan kaki yang baru dibina untuk kita melawat Kubu Pertahanan Perang Dunia Ke 2. Milik tentera Jepun. Terdapat juga penjara untuk tahanan. Dinamakan tempat tersebut Bukit Penjara.

Dalam pakej 15, pembaca boleh dibawa dari Tapak Arkeologi Sungai Batu ke Pantai Merdeka. Dan juga lokasi-lokasi di atas. Tapi sebelah sianglah.

Sebelah malam boleh juga tapi kami tak boleh lah jadi Tour Guide. Sendiri-sendiri jalan oklah.

Agak jauh juga dari Pantai Ke Bukit Penjara kena jalan. Tetapi disebabkan malam dan angin pantai yang sangat menyamankan, jauh berjalan tidaklah terasa sangat. Adminah dengan terjungkit-jungkit berjalan juga. Sampai ke kubu.

Sambil berjalan tu tak sempat nak rasa seram atau gerun sebab ramai ja kaki pancing lepak sampai ke laluan kubu perang tentera Jepun. Tak tahulah Adminah sampai jam berapa mereka memancing.

Dalam fikiran terpikir juga, dengan semalam bulan masih mengambang penuh, dengan lautan.kalau sedang memancing bahu dicuit, toleh-toleh hantu tentera Jepun, camna tu. Rasa yang tolong sambung pancing, hantu Jepun pa...hihihihi.

Adminah terpikir begitu sebab Adminah pernah tanya Prof Mokhtar, kenapa lawatan tak masuk sampai ke gua Bukit Penjara. Kata Prof, banyak gangguan.

Setelah jauh berjalan, akhirnya sampai juga ke tempat letak kereta. Sistem parking pun cashless sama macam kita letak kereta di pasaraya-pasaraya besar. Sambil jalan tu Adminah macam biasa, pesan jelah. "Ok. Dah sampai ke tempat kereta. Jangan ikut aku lah ye. Bukan aku mai cari apa pun. Mai jalan ja. Balik na tempat kamu."

Celah pesan-pesan pun, Adminah balik tak boleh lena langsung sampai azan Subuh. 6.25 pagi.

Mungkin sebab dalam kereta semasa p**ang dari Pantai Merdeka jam 11.50 malam, Adminah sempat terlelap dalam beberapa saat. Sempat mimpi orang tua sedang pegang sesuatu sambil muntah hijau.

Mencabar juga no buat lawatan Kedah Tua waktu malam. Rasa kalau Persatuan buka juga pelancongan waktu malam, mesti best. Yang kena dulu Tour Guide lah...hihihihi. Ada berani?

Rasa Adminah, sebahagian besar rakyat Malaysia tak tahu lagi ni bahawa negara kita dijumpai tapak tinggalan lama yang sa...
17/01/2025

Rasa Adminah, sebahagian besar rakyat Malaysia tak tahu lagi ni bahawa negara kita dijumpai tapak tinggalan lama yang sama nilai dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Tertua di Asia Tenggara dengan tahun berlangsungnya tamadun adalah kurun ke 8 Sebelum Masehi.

Sekarang tarikh 788 Sebelum Masehi.

Wahai pemimpin Melayu. Lakukan sesuatu supaya kita dapat melihat penyelidikan ke atas tamadun Melayu ini dapat disambung.

Jatidiri bangsa ada di sini.

Cantikkan Tapak Arkeologi Sungai Batu sekarang? Perrmandangan di waktu malam. Adminah baru singgah jam 11.00 malam taksa...
17/01/2025

Cantikkan Tapak Arkeologi Sungai Batu sekarang? Perrmandangan di waktu malam. Adminah baru singgah jam 11.00 malam taksat. Sudah berwajah baru. Ada yang belum siap lagi.

Malam-malam ada makhluk lain yang tolong jaga tapak. Ada yang kejar Adminah. Adminah p**a tak boleh berlari. Berjalan pun terhencot-hencot perlahan. Nasib baik kedudukan antara kami agak jauh. Seriau pun ada. Anjing ler. Siang lari masuk dalam hutan belakang tapak. Malam banyak p**a.

Best juga melawat tapak waktu malam. Adminah di luar sahaja. Tak masuk tapak pun. Apapun kena basuh kaki sebelum masuk rumah dan tidur.

Pembaca tunggu lagi? Datanglah Tapak Arkeologi Sungai Batu. Kalau berkhemah macam menarikkan?

Tedia...Adminah kalau tulis macam ni ramai yang akan gelak sebab tak layak. Kita bagi laluan kepada arkeologis betul. Ap...
16/01/2025

Tedia...Adminah kalau tulis macam ni ramai yang akan gelak sebab tak layak. Kita bagi laluan kepada arkeologis betul. Apapun bagi masa sedikit pada Adminah ya. Sedang dalam pemulihan kaki. Dari berkerusi roda ke bertongkat kini semakin baik cuma segan nak jalan depan orang. Jadi Adminah banyak habiskan masa di rumah sahaja.

Dalam masa tu kita layan dulu dari halaman Persatuan AncKed Sungai Batu Official .

Kami ingin berkongsi pandangan dan rasa mengenai buku ini, yang mungkin mempunyai pendekatan selektif dalam menafsirkan data arkeologi, terutamanya dalam memilih tarikh tertentu yang sesuai dengan naratif yang ingin diketengahkan oleh penulis. Jika penulis mengenepikan dapatan Optically Stimulated Luminescence (OSL) yang menunjukkan pentarikhan kurun ke-8 Sebelum Masihi, dan sebaliknya menggunakan tarikh abad ke-2 Masihi, ia mencerminkan persoalan keaslian interpretasi mereka.

Antara pandangan kami tentang isu ini:
1. ๐Š๐ž๐ญ๐ž๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐จ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง:
Dengan mengabaikan dapatan OSL, yang merupakan salah satu kaedah pentarikhan saintifik yang diiktiraf, penulis mungkin dilihat tidak memberikan penghormatan sewajarnya kepada data asal yang diperoleh daripada kajian lapangan. Hal ini boleh menimbulkan persepsi bahawa naratif yang diketengahkan mempunyai unsur berat sebelah atau agenda tertentu.

2. ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐€๐ฌ๐š๐ฅ:
Penulis yang tidak terlibat secara langsung di tapak, tetapi memberikan tafsiran yang berbeza, mungkin telah memutuskan kesinambungan antara dapatan sebenar di lapangan dan interpretasi dalam buku. Ini boleh merendahkan nilai naratif sejarah baharu yang cuba disampaikan.

3. ๐Š๐ž๐ฌ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐๐š๐ซ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐“๐ฎ๐š:
Menggunakan tarikh abad ke-2 Masihi berbanding kurun ke-8 Sebelum Masihi boleh mengurangkan nilai sejarah Kedah Tua sebagai salah satu tamadun tertua di dunia. Sebaliknya, ia meletakkan Kedah lebih hampir dengan perkembangan tamadun lain di Asia Tenggara seperti Funan dan Champa, yang mula berkembang sekitar abad ke-1 atau ke-2 Masihi.

4. ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ฎ๐ก๐ข ๐…๐š๐ค๐ญ๐š ๐€๐ฌ๐š๐ฅ:
Naratif sejarah yang kukuh perlu berpaksikan bukti dan kajian asal. Sebarang perubahan terhadap dapatan awal perlu mempunyai asas yang kukuh dan dinyatakan dengan jelas dalam konteks metodologi dan justifikasi ilmiah.

๐คe๐ฌi๐ฆp๐ฎl๐šn:
Bagi kami buku ini, walaupun bertujuan memperkenalkan naratif baharu, mungkin gagal memberikan pengiktirafan penuh kepada dapatan asal daripada kajian saintifik. Ini boleh dilihat sebagai kelemahan akademik jika pandangan tersebut tidak disokong dengan bukti baharu yang kukuh. Perspektif ini juga menimbulkan persoalan mengenai tujuan sebenar bukuโ€”adakah ia untuk memaparkan kebenaran sejarah, atau mencipta naratif yang lebih mudah diterima dalam kerangka tertentu?

๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ข, ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐š๐œ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ก๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ก๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐š๐ง๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐Ÿ๐š๐ค๐ญ๐š, ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ฌ๐ฎ๐š๐ซ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฌ๐จ๐ค๐จ๐ง๐  ๐›๐ฎ๐ค๐ญ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐š๐ข ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ซ๐›๐ข๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ข๐š๐ก.

Lagi artikel ilmiah untuk pembaca. Adminah dah kata...Sungai Batu akan naik gak walau banyak mana pun cabarannya. In sya...
09/01/2025

Lagi artikel ilmiah untuk pembaca. Adminah dah kata...Sungai Batu akan naik gak walau banyak mana pun cabarannya. In sya Allah.

Abstrak manuskrip terbaru yang diterbitkan di dalam jurnal L'anthropologie (Q2, SJR 2023) yang membuktikan perkembangan industri peleburan besi di Kompleks Arkeologi Sungai Batu tepah bermula semenjak sebelum kurun pertama Masihi.

08/01/2025

Alhamdulillah manuskrip pertama Persatuan AncKed Sungai Batu bagi tahun 2025 berkaitan bukti industri besi.

04/01/2025

SEMENANJUNG TANAH KEDAH

Original Manuscript text by Ibnu Faqih (died 365 AH/975 CE)

ุซู… ุชุฎุทู ุงู„ู…ุฑุงูƒุจ ุฅู„ู‰ ู…ูˆุถุน ูŠู‚ุงู„ ู„ู‡ ูƒู„ุงุฉ ุจุงุฑ ุงู„ู…ู…ู„ูƒุฉ ูˆุงู„ุณุงุญู„ ูƒู„ ูŠู‚ุงู„ ู„ู‡ ูƒู„ุงู‡ ุจุงุฑ ูˆู‡ู‰ ู…ู…ู„ูƒุฉ ุงู„ุฒู‘ุงุจุฌ ู…ุชูŠุงู…ู†ู‡ ุนู† ุจู„ุงุฏ ุงู„ู‡ู†ุฏ ูŠุฌู…ุนู‡ู… ู…ู„ูƒุŒ ูˆู„ุจุงุณู‡ู… ุงู„ููˆุทุŒ ูŠู„ุจุณ ุงู„ุณุฑู‰ู‘ ูˆุงู„ุฏู†ูŠ ู…ู†ู‡ู… ุงู„ููˆุทุฉ ุงู„ูˆุงุญุฏุฉ

Menyusur keluar dengan perahu menuju ke suatu tempat yang dipanggil oleh mereka sebagai Kerajaan Tanah Kedah [ูƒู„ุงุฉ ุจุงุฑ], dan kesemua pesisir semenanjung itu juga dipanggil Tanah Kedah, dan ia adalah Kerajaan Zabaj yang berasingan daripada negara hindi dan ia diperintah oleh satu radja [sebagai agong atau radja segala radja-radja], dan pakaian mereka [diperbuat daripada fabrik] sarong (ุงู„ููˆุท), mereka memakainya sebagai pakaian tradisi (ุงู„ุณุฑู‰ู‘) dan kebiasannya di antara mereka memakai sehelai sarong sebagai tengkolok (ุงู„ููˆุทุฉ).

1.Assara (ุงู„ุณุฑู‰ู‘) dalam konteks bahasa arab merujuk kepada pakaian tradisi bagi sesuatu etnografi yang menjadi warisan dan identiti.
2. Ayat ุงู„ููˆุทุฉ ุงู„ูˆุงุญุฏุฉ merujuk kepada pemakaian fabrik sarong sebagai tengkolok, semutar atau lilit kepala.
3. Kulah Bar ( ูƒู„ุงุฉ ุจุงุฑ) merujuk kepada Tanah Kedah, Tanah Melayu, Semenanjung Melayu.
4. Fozhi (ุงู„ููˆุท) adalah nama purba yang merujuk kepada zon Tanah Melayu. Ia disebut dalam sejarah Tang. Sรคn Fo Zhi bermaksud 'The mighty of Fozhi'.

Address

Tapak Arkeologi Sungai Batu
Merbok
08100

Telephone

+60147574498

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara:

Videos

Share