Be the first to know and let us send you an email when Homestay Cikgu Zura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Contact The Business
Send a message to Homestay Cikgu Zura:
Videos
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Selamat Tahun Baru 2024 pada semua pelanggan #HomestayCikguZura
Pelanggan diminta melakukan pembayaran deposit (kadar seperti dipersetujui) ke akaun pemilik homestay secara INSTANT TRANSFER jika berlainan bank untuk pengesahan tempahan.Hanya pelanggan yang telah membayar deposit sahaja akan dimasukkan ke dalam senarai tempahan pada tarikh berkaitan.
SALINAN IC PELANGGAN DIPERLUKAN. (snap & whatsapp).
Jika gagal memberikan salinan ic dalam tempoh 24 jam setelah membayar deposit pihak pemilik homestay berhak membatalkan tempahan. Sebarang perubahan menukar tarikh atau PEMBATALAN tempahan perlu diberitahu pihak homestay sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh check-in. JIKA TIDAK DEPOSIT AKAN DIKIRA HANGUS. Pelanggan dibenarkan menukar tarikh tempahan jika ada kekosongan sahaja. Ketidakhadiran pelanggan mengikut tarikh tempahan menyebabkan tempahan terbatal dan pihak homestay berhak mengambil tempahan lain dan pembayaran deposit tidak dipulangkan. Hanya pelanggan MUSLIM, KELUARGA atau MAHRAM sahaja yang dibenarkan menyewa.
Proses Checkin;
Bayaran baki mesti dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum hari menerima kunci pada tarikh checkin. sila hubungi 0134248543 (Encik Azhar) untuk berbincang berkaitan cara pengambilan kunci. Jika ingin masuk awal caj tambahan akan dikenakan.
Proses Checkout;
Dinasihatkan hubungi Encik Azhar seperti di atas lebih awal untuk pemulangan kunci.Pastikan segala suis peralatan elektrik ditutup. (lampu, kipas, aircond) dan paip air ditutup sebelum meninggalkan homestay. Pelanggan perlu memastikan segala peralatan/perabut diletakkan ditempat asal sebelum checkout. Jika keluar lewat caj tambahan juga dikenakan.
Peraturan Penginapan;
Homestay ini milik tuan rumah yang beragama Islam. Sila pastikan tiada aktiviti melanggar peraturan agama, percampuran jantina bukan mahram dan lain-lain.
Pihak homestay berhak melakukan pemeriksaan sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.
Mematuhi had bilangan tetamu iaitu 8 orang atau bilangan yang dipersetujui untuk 1 unit.
Tidak dibenarkan membawa masuk makanan/minuman/binatang yang tidak halal.
Lokasi merokok adalah diluar kawasan rumah
Tidak dibenarkan membawa keluar atau mengubah peralatan/perabut yang disediakan dan jika ianya berlaku, pihak pemilik homestay berhak untuk mendapat ganti rugi mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak pemilik homestay.