D'Merbok Homestay

D'Merbok Homestay D'Merbok Homestay merupakan sebuah homestay yang menerapkan konsep "Homestay Ala Hotel" yang di hiasi dengan alam semuajadi yang indah dan nyaman. No.
(7)

Pendaftaran SSM: 202103344090 (IP0565216-H)
Diuruskan oleh :DMERBOK HOME ENTERPRISE D'Merbok Homestay ini di hiasi dgn suasana alam semula jadi yg indah dan nyaman. Panorama sawah padi @ Jelapang padi menjadi tarikan utama yang perlu diterokai oleh semua pengunjung kami di Homestay ini kerana homestay ini bersebelahan sahaja dengan sawah padi. Pemandangan Gunung Jerai yang pastinya terpukau juga m

enjadi satu lagi tarikan kepada pengujung-pengujung kami. D'Merbok Homestay menyediakan perkhidmatan homestay "eksklusif ala hotel" yang menjadi teras perkhidmatan kami. Kami menjanjikan pengalaman yang indah dengan merasai sendiri kehidupan dalam kawasan kampung,berjalan dan bergambar di sawah padi @ bendang, dan merasai makan buah rambutan @ "moktan" terus dengan mengait sendiri buah jika tiba musim buah di sini. D’Merbok Homestay ini sesuai untuk semua jenis keluarga sama ada keluarga kecil ataupun jika anda hadir dengan keluarga yang ramai atau jika hanya anda hadir seorang untuk sebarang urusan kerana kami menawarkan beberapa pakej bagi mengikut kesesuaian pengunjung kami:

1. 👨‍👩‍👦Bilik Superior (1 Queen Bed with Aircond + 1 Toilet):
🔹Sesuai bagi personal traveller atau family kecil (1 - 3 orang)
🔹1 queen bed
🔹1 toilet
🔹Mini pantry for coffea/tea maker
🔹TV
🔹WiFi
🔹*1 Extra matress (tilam)
💰RM129 semalam (Weekdays)
💰RM149 semalam (Weekend)
(5% diskaun diberikan jika anda membuat booking sebelum 14 hari daripada tarikh check-in)

* 2. 👨‍👩‍👧‍👧 Bilik Family (2 Queen Bed with Aircond + 2 Toilets + Ruang Tamu + Dapur):*
🔹Sesuai bagi family sederhana atau family besar (4 - 8 orang)
🔹2 set queen bed
🔹2 toilets
🔹Attach with living hall & kitchen
🔹Living hall with airconds
🔹TV (Astro + MYTV)
🔹WiFi
🔹Kitchen with fully cabinets set (Peti Sejuk + Rice cooker + Water dispenser)
🔹Set Perkakas Dapur
🔹Dapur masak
🔹Set pinggan mangkuk
🔹Meja Makan
🔹2 set Mini pantry for coffea/tea maker
🔹*4 Extra matress (tilam)
💰RM229 semalam (Weekdays)
💰RM249 semalam (Weekend)
(5% diskaun diberikan jika anda membuat booking sebelum 14 hari daripada tarikh check-in)

3. 🏠 Full House with 3 bedrooms (1 Bilik Family + 2 Bilik Superior):
🔹Sesuai bagi family besar (8 - 12 orang).
🔹Sesuai bagi family day session kerana halaman berpagar yang sangat luas
🔹4 set queen beds
🔹4 toilets
🔹Living hall with airconds
🔹Kitchen with fully cabinets set (Peti Sejuk + Rice cooker + Water dispenser)
🔹TV setaip bilik (Astro + MYTV)
🔹WiFi
🔹Kitchen with fully cabinets set
🔹Set Perkakas Dapur
🔹Dapur masak
🔹Set pinggan mangkuk
🔹Meja Makan
🔹4 Extra matress (tilam)
💰RM449 semalam (Weekdays)
💰RM499 semalam (Weekend)
(5% diskaun diberikan jika anda membuat booking sebelum 14 hari daripada tarikh check-in)

Aktiviti-aktiviti menarik di homestay kami:
🔸Berjalan dan bergambar di sawah padi
🔸Mengait buah rambutan dan boleh terus makan buah rambutan bersama keluarga
🔸Beriadah dengan pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan
🔸Sesuai bagi mereka yang ingin anjurkan family day untuk outdoor activity @ outdoor games
🔸Permainan dalaman @ Indoor games
🔸Aktivity BBQ (*BBQ set disediakan)
🔸Boleh juga diadakan lokasi majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman utk undangan 500 orang.
🔜* *Coming soon aktiviti berbasikal @ ronda satu kampung
Aktiviti-aktiviti lain :
🔸Menikmati kesejukan Air Terjun Batu Hampar atau mandi sungai dengan panorama alam semulajadi yang indah di Hutan Lipur Rekreasi Tupah.
🔸Menggali sejarah warisan Kerajaan Kedah Tua di Muzium Arkeologi Candi Lembah Bujang dan Tapak Warisan Arkeologi Sungai Batu
🔸Menaiki bot di sepanjang Sungai Semeling
🔸Rakamkan gambar kenangan anda di Semeling Street Art dengan pelbagai hasil karya kreatif yang di lukiskan di sepanjang deretan kedai di Jalan Raya Semeling
🔸Membeli-belah serta rasai masakan panas dengan hasil lautan yang fresh di Jeti Tanjung Dawai yang merupakan destinasi wajib harus dilawati. Jangan lepaskan peluang unutk membeli hasil lautan dan makanan kering seperti ikan bilis, ikan masin, belacan dan macam-macam lagi.
🔸Inginkan pengalaman yang berbeza sewaktu ke pantai? Anda boleh menaiki bot tambang daripada Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Anda boleh berkelah serta mandi manda di Pantai Merdeka yang indah dan nyaman. Ingin menerokai Gunung Tertinggi di Kedah, jom terokai Gunung Jerai yang pastinya memukau dengan pemandagan yang sangat indah.
🔸Jom terokai dan beriadah bersama kelaurga di Taman Tema Air The Carnival Water Park
🔸Jangan lupa singgah makan Mee Kuah Tulang di Kampung Singkir Darat.

🏝Tempat-tempat menarik berhampiran homestay:
🔸Berdekatan dengan kedai runcit dan pekan merbok (1 minit)
🔸Berhampiran dengan pelbagai kedai makan dan restoran di sekitar Merbok (3 minit)
🔸Berdekatan dengan Air Terjun Batu Hampar dan Hutan Lipur Rekreasi Tupah (3 minit)
🔸Berdekatan dengan Muzium Arkeologi Candi Lembah Bujang(3 minit)
🔸Lokasi yg sangat dekat dgn UiTM Merbok (5 minit)
🔸Berdekatan dengan MRSM Merbok (10 minit)
🔸Berdekatan dengan Tapak Warisan Arkeologi Sungai Batu (10 minit)
🔸Berdekatan dengan Sungai Semeling (15 minit)
🔸Berdekatan dengan Pusat Rekreasi Tanjung Dawai dan Pasar Makanan Laut Kering Tanjung Dawai (15 minit)
🔸Berhampiran dengan kaki bukit Gunung Jerai ( 15 minit)
🔸Berhampiran dengan Pusat Bandar Sg. Petani (20 minit)

📣Waktu masuk (check-in) : 🕑Selepas pukul 2 petang

🔔Waktu keluar (check-out) : 🕛Sebelum pukul 12 tengah hari

Jom Tempah sekarang di:
https://forms.gle/mkTJJimu7zp7zM3Q9

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila WhatsApp talian hotline kami di https://wa.link/roe05f atau boleh terus hubungi kami di 019-476 2287

Rasailah keindahan alam semulajadi anda di sini!


Address

No. 547F, Kampung Pekan Lama Merbok
Merbok
08400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Merbok Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D'Merbok Homestay:

Share


Other Vacation Home Rental in Merbok

Show All