18/09/2022
Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan, Channel ini saya akan berkongsikan pengalaman saya melakukan ibadah umrah dan juga perkongsian Fiqh yang saya pelajari sepanjang saya menelusuri ibadah umrah dan perjalanan saya untuk menjadi Mutawwif.
Terus terang, sebelum ini, saya masih tidak bersedia, malah tiada hasrat untuk menjejakkan kaki ke bumi Haramain. Saya sibuk dengan duniawi dan selalu terbang ke Eropah dan beberapa negara lain. Namun, Bumi Haramain, memang tidak termasuk dalam list utama saya.
Selepas pandemik melanda, semua kita hanya duduk rumah sahaja, saya mula terfikir, dan muhasabah diri, besarnya kuasa Allah, hinggakan satu dunia tidak boleh ke mana-mana, dan hinggakan Makkah lenggang tanpa ada orang.
Suatu hari, seorang kawan bertanya dalam group usahawan bisnes kami, negara manakah yang akan anda pergi selepas border dibuka? Cepat saya menjawab, saya ingin ke Mekkah.
Dan Alhamdulillah, Allah memilih saya untuk kesana. Walaupun awalnya, tarikh penerbangan asal adalah pada bulan Januari, namun disebabkan kerajaan Malaysia menutup kembali untuk Umrah, maka perjalanan saya tertangguh ke 11 Feb 2022.
Mulanya, saya survey beberapa Travel Agency, tapi, mungkin sudah ditakdirkan, masa tu, tetiba saya teringat sahabat saya semasa saya belajar MBA dulu, Imam Muda Ustaz Abdul Jabbar. Dia memiliki sebuah travel agency yang menguruskan Umrah dan Ziarah. Terus saya hubungi beliau dan bertanya apa yang ada?
Lantas, beliau terus ajak saya pergi bersama beliau. Hakikat untuk saya jelaskan adalah, kenapa sebelum tu survey, sebabnya, saya punya kekangan kewangan dan saya perlu memilih sesuatu yang cukup ekonomi dan mampu bagi saya.
Alhamdulillah, bersama AjaQ Travel, saya tak perlu tambah pun duit, berapa pakej yang dijanjikan, itu lah yang saya dapat, malah, makan di sana, memang saya cukup puas hati.
Saya pergi seorang diri, kerana saya ingin mencari diri saya yang sebenar di sana...
Saya ingin berserah sepenuhnya kepada Allah.
Saya tahu, saya banyak buat salah, dan banyak dosa.
Semoga dosa-dosa saya di ampunkan Allah.
Bersambung....
Romzi Hj Seli
Kembara Ibn Battuta
Mutawwif Haramain
Join Channel Telegram saya untuk sebarang update dan perkongsian dari saya.
https://t.me/+pLbtakDlznBjM2Fl