Ummah Network

Ummah Network Kebajikan Berterusan

Assalammualaikum... semua. BERITA BAIK hari ini (16 hingga 18 Oktober 2024)PERCUMA daftar ejen CHOCO ALBAB. Saya buka 10...
17/10/2024

Assalammualaikum... semua.

BERITA BAIK hari ini (16 hingga 18 Oktober 2024)
PERCUMA daftar ejen CHOCO ALBAB. Saya buka 100 orang yang mahu belajar berniaga bersama saya.

Sapa yang s**a makan chocolate?sebab buat apa pun, kena ada s**a, kan?
Boleh juga ajak sedara dan kengkawan untuk daftar bersama mereka.

Yang berminat saya guide, dah boleh daftar dengan saya ya hari ni. HQ buka pendaftaran PERCUMA 16-18hb sahaja.

Boleh Wasapp saya dulu untuk tanya soalan ya.

choco albab satu satunya industri coklat yang ada bijirin kilang muslim, ada cookies dan ada minuman, produk bumiputra muslim.

Perniagaan Choco Albab baru 3 tahun tapi MasyaAllah sangat pelbagai, menarik dan banyak memberi peluang kepada ahli yang layak untuk melancong.

Saya nak minta tolong doakan kami agar semangat berniaga dan luaskan pasaran muslim di peringkat seantero alam.

Nak buat hamper bercoklat, pakailah choco albab
Nak buat doorgift bercoklat, pakailah choco albab
Nak hadiahkan birthday, pakailah choco albab
Nak tukar milo, pakailah air coklat choco albab
Nak buat sumbangan makanan pakailah choco albab. 💚

Korang support lah saya dan team team, boleh? Sekurang kurangnya doakan or Aminkan😍
Aminn🤲

Yang nak join sistem Choco Albab , 3 hari ni daftar FREE tau. Wasap saya, 100 orang sahaja.

18/12/2023

Pentingnya sahabat solehah kerana.

1. Dia akan tegur silap kita, lebih kita dia jarang puji takut kita lupa diri.

2. Dia akan ajak kita buat amal.

3. Dia tak ungkit cerita lama kisah silam kita, sebab dia pun pernah ada kisah hitam.

4. Dia akan ingatkan kita kalau kita salah, bukan nak kita mengalah, tapi nak kita terhindar dari salah yang berulang.

5. Dia akan ajak kita belajar agama, bukan sebab dia alim, tapi dia tahu berhijrah tanpa ilmu bahaya.

Begitulah.

AfifahAlwi
Jom jadi kawan. Tiberr

21/11/2023

(Saya mulakan coretan ini sewaktu mengikuti perbicaraan kes di Mahkamah Persekutuan pagi tadi. Kemudian saya sambung semasa dalam perjalanan p**ang ke Kelantan. Ia agak panjang. Sudilah membaca sekiranya berkelapangan)

Saya pernah belajar dan saya juga pernah mengajar di Kulliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Antara subjek yang kami belajar adalah Sistem Perundangan Malaysia (Malaysian Legal System) dan subjek Perlembagaan Malaysia (Malaysian Constitution). Saya juga pernah mengajar keduanya. Antara tokoh undang-undang yang tersohor waktu itu adalah guru kami Prof. Emeritus Ahmad Ibrahim. Semua orang kenal tokoh ini. Kami di UIAM sangat berbangga mempunyai sosok ini. Seingat saya beliau adalah Syeikh dan Dekan kepada Kulliyyah Undang-undang dari awal penubuhan UIAM sehinggalah beliau meninggal dunia. Amat besar jasanya kepada UIAM tetapi besar lagi jasanya kepada perkembangan undang-undang dan Mahkamah Shariah di Malaysia.

Apabila beliau meninggal dunia, nama Kulliyyah Undang-undang UIAM di tukar kepada Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, IIUM. Hari ini ia lebih dikenali sebagai AIKOL di kalangan pelajar dan pensyarah UIAM. Walaupun sudah lama meninggalkan AIKOL saya merindui suasananya dan sangat menyanjungi jasanya yang begitu besar kepada saya. Terkadang terasa juga ingin kembali ke situ. Sekali sekala sewaktu melawat anak saya di AIKOL, saya boleh bayangkan setiap sudut bangunan dan dewan kuliah walaupun sudah hampir 15 tahun meninggalkannya.

Antara banyak- banyak topik yang kami belajar, topik berkenaan kedudukan Undang-undang Islam dan Mahkamah Shariah di Malaysia sangat menyentuh perasaan. Bukan sahaja kepada student malah pensyarah juga begitu. Tanyalah kepada mana-mana pelajar undang-undang UIAM, mereka akan berkongsi sentimen ini. Saya rasa pelajar undang-undang dari universiti yang lain juga berkongsi perasaan yang sama apabila mempelajari topik ini.

Kami diajar tentang sejarah perundangan Malaysia (Malaysian Legal History) sebelum, semasa dan selepas penjajahan. Kami cukup berbangga apabila diakui bahawa undang-undang Islamlah merupakan undang-undang bagi Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu dijajah (Lex Loci atau Law of the Land). Ia disebut dengan jelas oleh Hakim Maxwell dalam kes Ramah Bte Taat v. Laton Bte Malim Sutan (1927). Kes ini sangat terkenal dan meniti dari bibir ke bibir pelajar. Ia disebabkan perasaan begitu bangga atas pengiktirafan hakim Inggeris sendiri tentang pentingnya undang-undang Islam di Tanah Melayu. Pentadbiran negeri dan hal ehwal agama Islam termasuk undang-undang Shariah di bawah kuasa Raja-raja Melayu yang berdaulat.

Kedudukan undang-undang Shariah juga dibuktikan dalam undang-undang bertulis yang dipakai di negeri-negeri Melayu waktu itu seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Perak, Undang-undang Pahang, Kelantan dan negeri-negeri Melayu yang lain. Dokumen-dokumen ini ada yang masih di simpan dengan baik sampai hari ini. Undang-undang Islam yang dilaksanakan adalah dari mazhab Syafie. Undang-undang Adat Melayu (Malay Customary Law) juga dilaksanakan sebagai pelengkap kepada undang-undang Islam.

Tetapi malangnya setelah kedatangan penjajah terutamanya British suasana berubah. Mereka menggantikan undang-undang Islam dan undang-undang adat Melayu dengan undang-undang Inggeris. Begitulah sememangnya sifat dan perangai penjajah. Hak orang dirampas dan dijadikan milik mutlaknya dan boleh dibuat apa sahaja. Lihatlah apa yang sedang berlaku kepada bumi dan rakyat Palestin hari ini. Yang menentang akan dihukum.

Tanah Melayu dipecahkan menjadi tiga iaitu The Straits Settlements (Negeri-negeri Selat), Federated Malay States (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) dan Unfederated Malay States (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu). Undang-undang dan pentadbiran Inggeris diperkenalkan dengan pelbagai cara antaranya melalui Piagam Keadilan (Charters of Justice 1807, 1826 dan 1855), Residential System, Advisory System dan juga pemakaian undang-undang Inggeris yang sedang berkuatkuasa di England. Keputusan hakim dan prinsip-prinsip ekuiti yang diamalkan di England dijadikan rujukan utama oleh para hakim (English Common Law and Rules of Equity).

Rupa-rupanya kenyataan Hakim Maxwell dalam kes Ramah v. Laton itu hanyalah fakta sejarah sahaja. Setakat nak memberitahu kita bahawa itu hakikatnya dulu. Bila British berkuasa, ia tidak lagi begitu. Undang-undang Inggerislah yang mengambil tempat utama. Undang-undang Islam sudah terpinggir dan mengambil ruang sempit sahaja dalam sistem perundangan Tanah Melayu. Haknya yang asal sudah dirampas penjajah. Hakikat yang terpaksa ditelan walaupun pahit. Sampai di sini terdiam kami semua. Hanya mampu mengangguk-ngangguk tanda faham dan terkadang menggeleng-geleng kepala tanda kesal. Rasa bangga tidak ada lagi malah rasa tertipu p**a mengganti.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan status Islam sebagai Agama bagi Persekutuan yang terkandung dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia sepatutnya meletakkan undang-undang Islam di tempat tertinggi. Tetapi hakikatnya tidak begitu. Undang-undang Islam dan Mahkamah Shariah hanya setakat undang-undang dan mahkamah negeri, dalam kes-kes sivil dan jenayah tertentu yang telah ditetapkan dan aplikasinya untuk orang-orang Islam sahaja. Bidangkuasa menghukum juga terhad sebagaimana telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia khususnya Jadual Kesembilan Senarai Dua dan Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 Pindaan 1984 atau dikenali sebagai Akta 355. Setinggi manapun Mahkamah Shariah, kuasa menghukumnya lebih rendah dari Mahkamah Majistret iaitu mahkamah paling rendah dalam struktur mahkamah sivil di Malaysia.

Malangnya bidangkuasa yang sedikit ini pun seringkali diganggu dan hendak dinafikan atas alasan berlaku pertindihan bidangkuasa (conflict of jurisdiction). Kami cukup tidak senang. Sebagai pelajar undang-undang di sebuah universiti Islam, situasi sebegitu memang sangat mengganggu emosi kami. Tarbiyyah yang kami terima sepanjang pembelajaran di UIAM sememangnya mendidik dan memberi bekas dalam jiwa kami.

Ada kes yang sepatutnya dibicarakan oleh Mahkamah Shariah telah dibawa ke Mahkamah Sivil. Malah ada kes yang telahpun diputuskan oleh Mahkamah Shariah atau pihak berotoriti dalam hal ehwal agama Islam dibatalkan oleh hakim Mahkamah Sivil. Situasi ini amat menyedihkan terutamanya apabila kes melibatkan soal aqidah dan asas agama.

AlhamdulilLah ramai rupanya yang tidak senang dan tidak selesa dengan keadaan ini termasuklah juga pimpinan negara. Bagi mengatasi masalah konflik bidangkuasa ini Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Shariah dan Sivil yang ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam telah mencadangkan pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan klausa (1A). Perkara 121(1A) ini memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes-kes yang berada di bawah bidang kuasanya secara eksklusif. Mahkamah sivil tidak boleh lagi campurtangan atau membatalkan keputusan Mahkamah Shariah. Mahkamah tinggi sivil dan mahkamah di bawahnya tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Perkara 121(1A) ini adalah penyelesaian yang sangat menggembirakan kami para pelajar juga pensyarah. Harapannya tidak akan ada lagi gangguan terhadap bidangkuasa Mahkamah Shariah. Bila sampai saja tajuk ini semuanya mengangkat muka, rasa bangga dan gembira. Sekurang-kurangnya menjadi sedikit penawar kepada duka.

Teringat saya pada Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim. Beliau penuh semangat seawal mula memasuki dewan kuliah lagi. Beliau antara orang yang memainkan peranan besar dalam pindaan itu. Jelas terbayang kegembiraan dan rasa sangat berpuashati dengan pencapaian ini.

Pengasingan kuasa antara Mahkamah Shariah dan mahkamah sivil ini telah diiktiraf oleh mahkamah dalam beberapa kes yang diputuskan antaranya kes Mohamed Habibullah v. Faridah bte Dato’ Talib (1992) dan Mohamad Hakeem Lee v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (1998) banyak lagi kes selepas itu.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, perkara ini kembali berbangkit dan malangnya keputusan berpihak kepada mahkamah sivil. Nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang tidak diam merancang. Menggunakan saluran undang-undang untuk mengenepikan bidangkuasa Mahkamah Shariah. Mereka mencuba dan mencuba. Hari ini tidak berjaya belum tentu esok akan gagal. Sedikit sahaja kaedah mereka pinda iaitu dengan menukar argumen kepada Dewan Undangan Negeri melampaui batas kuasa sewaktu meluluskan undang-undang walaupun ianya sudah lama berkuatkuasa. Akhirnya mereka berjaya juga dalam kes Indira Ghandi v. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (2018) dan Iki Putra Mubarak v. Kerajaan Negeri Selangor (2021). Dalam kes Indira Ghandi, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan pengIslaman anak yang dilakukan secara sepihak walaupun telah disahkan oleh Mahkamah Shariah. Mahkamah Persekutuan juga memutuskan Mahkamah Shariah tidak mempunyai bidangkuasa eksklusif walaupun undang-undang tersebut di bawah bidangkuasanya. Bertolak dari kemenangan mereka dalam kes ini, maka pada Mac 2023 mereka memohon untuk membatalkan undang-undang negeri yang mengesahkan pengIslaman anak bawah umur secara sepihak di 8 buah negeri di Malaysia.

Begitu juga dalam kes Iki Putra Mubarak. Undang-undang yang berkaitan dengan liwat dalam Enakmen Jenayah Shariah Selangor juga telah dibatalkan atas alasan DUN Selangor tidak ada kuasa meluluskannya. Kalau di Selangor, satu perkara mereka cabar dan berjaya tetapi kini mereka datang ke Kelantan dan mencabar 18 perkara (asalnya 20 perkara kemudian 2 digugurkan) dalam Enakmen Jenayah Shariah Kelantan (1) yang melibatkan kes-kes ta'azir.

Dalam kes Indira Ghandi, suaminya memeluk Islam bersama anak-anak mereka. Dia rasa haknya sebagai sebagai ibu dinafikan. Dalam kes Iki Putra p**a, dia sememangnya didakwa kerana terlibat dalam pesta seks songsang melibatkan sembilan orang lelaki. Tetapi dalam kes Nik Elin dan anaknya ini, walaupun keduanya berasal dari Kelantan tetapi tidak tinggal di kelantan dan tidak didakwa atas mana-mana kesalahan yang terkandung dalam Enakmen. Tiba-tiba bawa permohonan di mahkamah untuk mencabar kuasa DUN Kelantan. Di situlah kita pertikaikan niat sebenar mereka. Selama ini tidak ada pun masalah berbangkit. Peguam kita ada bangkitkan isu ketiadaan locus standi untuk dipertimbangkan juga oleh mahkamah.

Pagi tadi Mahkamah Persekutuan dengan sembilan orang hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara sendiri mendengar penggulungan hujjah kedua belah pehak. Saya mengikutinya dari awal sehingga akhir. Saya cukup bangga dengan hujahan mantap dari pihak peguam kita yang bukan sahaja mewakili Kelantan bahkan negeri-negeri lain. Ramai juga diantara peguam itu adalah kawan-kawan saya sewaktu belajar di AIKOL. Ramai di kalangan mereka juga lepasan dari AIKOL. Satu kebanggaan untuk UIAM. Selepas kira-kira hampir dua jam mendengar hujahan, Mahkamah menangguhkan keputusan. Para Hakim memerlukan masa untuk meneliti kes ini secara teliti. Kita mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk agama dan rakyat Malaysia. Di perkarangan Mahkamah, ribuan orang yang datang segenap pelusuk tanah air berhimpun, bersolat hajat dan bermunajat mendoakan perkara yang sama. Tema perhimpunan adalah PERTAHANKAN SHARIAH.

Yang pastinya kes Nik Elin Zurina & Tengku Yasmin Natasha v. Kerajaan Negeri Kelantan ini nanti akan menjadi rujukan para pelajar dan pensyarah undang-undang di bilik kuliah. Kes ini akan disebut sampai bila-bila. Diulang-ulang sebagaimana juga kes Ramah v. Laton, walaupun diputuskan pada tahun 1927 tetapi disebut sampai hari ini. Saya tidak pastilah nanti samada pelajar dan pensyarah undang-undang akan berbangga dengan kes Nik Elin ini atau mereka akan menggelengkan kepala.

Dr. Mohamed Fadzli Hassan
20hb. November 2023.

Cnp.
Kredit penulis asal.
Dr. Mohamed Fadzli Hassan

21/11/2023

2⃣4⃣6⃣5⃣
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللهـُـمٌَ صَـلِّ عَـلَـى سـَـيْـدِنَـا مـُـحَـمٌَــدٍ وَعَـلَى آلِــہِ وَصَـحْـبِــہِ وَبَـارِك وَسَـلِّـم

*Diriku dan Saudaraku*,

Apabila engkau memiliki seorang sahabat yg membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karena mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah" (Imam Syafi'i).





*Maafkan Saya Doakan Saya*

07 Jumadal Ula 1445= 21 November 2023

16/11/2023

Hebat sungguh orang terdahulu...seorang gabenor tetapi adiknya miskin...

KISAH JANDA YANG MISKIN

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin bertanya.

“lmam, saya adalah seorang perempuan yang sudah lama kematian suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk membesarkan anak-anak saya, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai sebagai buruh kasar dikesempatan masa yg ada.

Oleh kerana saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait benang itu saya lakukan apabila bulan terang.”

Imam Ahmad rahimahullah mendengar dengan serius percakapan perempuan tadi. Perasaannya tersentuh mendengar ceritanya yang menyayatkan hati.

Beliau yang memiliki kekayaan lagi dermawan sebenarnya telah tergerak hati untuk memberi bantuan sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu hasratnya kerana ingin mendengar semua ucapan si ibu tadi.

Si ibu tadi meneruskan cerita katanya...“Pada suatu hari, ada satu rombongan kerajaan telah berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlah yang amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu?

Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu ianya adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang rosak akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi. Padahal jelas, wanita ini begitu miskin lagi fakir.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”

Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut. Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jawatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehingga adik kandungnya sendiri pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menyalahguna wang negara serta menyusahkan rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, lbu. sungguh, sehelai rambutmu yang terurai dari celahan jilbabmu jauh lebih mulia jika dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.

Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil sulaman itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…”

Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silakan engkau meminta apa sahaja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, nescaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”.

Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam syurga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Cnp.
Kredit kepada penulis asal.

13/10/2023

*Tazkirah Hari Ini (27 Rabi'ul Awal 1445H)*
Ada banyak peranan ayah dalam Islam yang harus ditunaikan dengan benar sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w.,
"Setiap kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin ke atas rakyatnya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya.
Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya.
Seorang perempuan adalah pemimpin di rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.
Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya.
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya." (HR Bukhari daripada hadis Nafi' bin Umar r.a.).
(Muhammad Lili Nur Aulia - Cinta di Rumah Hasan Al Banna)

WAKAF AIR; 20 BULAN, RM4 JUTA! Terima Kasih Rakyat Malaysia Saya secara peribadi sangat terharu. Pada bulan Disember 202...
26/08/2022

WAKAF AIR; 20 BULAN, RM4 JUTA!
Terima Kasih Rakyat Malaysia

Saya secara peribadi sangat terharu.

Pada bulan Disember 2020, KASA dan Yayasan Waqaf Malaysia melancarkan Tabung Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air Malaysia atau lebih mudah disebut sebagai Wakaf Air.

Kita bermula kosong.

KASA merangka kaedah pendanaan alternatif menerusi instrumen wakaf untuk membiayai perkhidmatan air berskala kecil dan perlu disegerakan khususnya di kawasan luar bandar yang tidak disambung dengan paip awam.

Alhamdulillah, setelah 20 bulan, sebanyak RM4.21 juta dana kutipan yang telah diperolehi, manakala RM1.15 juta telah dimanfaatkan untuk membiayai 28 projek di seluruh Malaysia.

Sesiapa sahaja yang ingin berwakaf untuk mendapat pahala sedekah jariah, silakan.

RHB Islamic Bank
2124 57600 01304

Insya-Allah, more to come!

Jom menyumbang
11/08/2020

Jom menyumbang

26/06/2020

Kenduri pasang lagu hindustan?

23/06/2020
Jom menyumbang
09/05/2020

Jom menyumbang

AMAL KONGSI REZEKI

Jom sama2 kita kongsi rezeki kita pada yang memerlukan....

Sebarkan

29/01/2020
Assalamualaikum...Jom beli, guna produk Muslim by Matin Marketing.Antara produk MATIN
05/01/2020

Assalamualaikum...

Jom beli, guna produk Muslim by Matin Marketing.

Antara produk MATIN


Antara produk MATIN.JOM pakat2 guna.
09/04/2019

Antara produk MATIN.

JOM pakat2 guna.

KENAPA MEREKA?Assalammualaikum w.r.h.Mungkin ada sesetengah kita ingin bertanya sperti soalan diatas, kenapa mereka,* pe...
24/07/2018

KENAPA MEREKA?

Assalammualaikum w.r.h.

Mungkin ada sesetengah kita ingin bertanya sperti soalan diatas, kenapa mereka,

* perlu diambil perhatian?
* perlu ditolong?
* perlu didorong?
* perlu dibantu?

dan banyak persoalan lagi yg bermain diminda kita....

Disini, jika kita ingin persoalkan, memang banyak yg boleh disoalkan, namun kenapa kita tidak menukar persoalan ( Kenapa mereka? kepada kenapa bukan kita?)

Disini, kita boleh mempersoalkan, kenapa bukan kita,

* yg ingin membantu mereka..
* yg ingin berdakwah kepada mereka
* yg ingin membina masa depan mereka

dan banyak lagi yg boleh kita bantu.
InsyaAllah, pada 4&5 Ogos nnti, Sukarelawan dr beberapa NGO akan menyantuni masyarakat kg org asli keeb, sg siput.

Disini, kami ingin memohon sedikit sumbangan bg melaksanakan beberapa aktiviti bersama masyarakat kg org asli diantaranya ialah aktiviti pemantapan asas fardhu ain, kelas memasak kepada kaum ibu, serta jamuan rakyat utk masyarakat disana.

Kami telah memperolehi separuh dari sumbangan yg diperlukan yg berbentuk kewangan dan perlu lagi dlm anggaran RM 1000 bg memudahkan aktiviti yg akan dijalankan.

Bagi sesiapa yg ingin menyumbang, boleh menghubungi no yg tertera di poster. Selain itu, kami juga menerima sumbangan dlm bentuk hadiah dsbnya...

Segala sumbangan Tuan/ Puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih..

boleh C&P ke group2 wsap anda

Address

Kg Baru Jalan Sg Buaya
Nibong Tebal
14300

Telephone

+60194257462

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ummah Network posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share