Menarik Di Temerloh

Menarik Di Temerloh Dihasilkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Temerloh bagi mempromosikan Temerloh sebagai ikon P
(17)

21/05/2024

Siapa cakap telefon lama anda tiada nilai? 🀨

Kitar semula telefon lama anda di tong KITAR berdekatan. Klik link ini https://linktr.ee/kitar_mcmc untuk mengetahui lebih lanjut.

06/02/2024

𝐉𝐨𝐦 𝐊𝐞 𝐏𝐄𝐃𝐒

"Salam sejahtera kepada komuniti! PEDi membawa perkhidmatan unggul untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti kita. Dari kursus digital hingga bantuan keusahawanan, kami di sini untuk memperkasa anda. Jom sertai kami di PEDi untuk kecemerlangan bersama! "


20/01/2024

Tahukah anda Kampung Paya Siput, Lanchang di Temerloh, Pahang merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia?

Ketahui lebih lanjut mengenainya menerusi infografik ini.

18/08/2023

Amalkan budi pekerti mulia dan akhlak yang tinggi di alam siber.

Jom Klik Dengan Bijak!

11/06/2023
17/04/2023
10/04/2023

Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.

Sentiasa amalkan etika media sosial yang baik dan bijak bezakan antara berita fitnah atau maklumat sama ada ia benar atau tidak.

Gunakan hak kebebasan bersuara dengan penuh bertanggungjawab dan integriti.



05/04/2023

HEBAHAN URUSAN PELANTIKAN DAN SURAT TAWARAN MELALUI SISTEM TAWARAN PELANTIKAN SPA
========================================
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
KEMENTERIAN/JABATAN : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
NO. URUSAN : SS20210002
BIL. CALON : 68 orang (Lantikan Simpanan)
Bagi calon yang berstatus lantikan tetap atau calon simpanan yang telah bertukar status kepada lantikan tetap, sila semak no.urusan di menu status permohonan di sistem SPA9 sekiranya tidak menerima emel hebahan "PENERIMAAN TAWARAN PELANTIKAN DAN CETAKAN SURAT TAWARAN" dari SPA.
Sila log masuk untuk proses setuju terima pelantikan tetap di https://stp.spa.gov.my/tawaranv2.0/
Calon dikehendaki membuat penerimaan tawaran dan melengkapkan dokumen pelantikan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tempoh sah laku tawaran LUPUT dan tawaran pelantikan TERBATAL
Panduan Pengurusan surat tawaran pelantikan tetap boleh dirujuk di https://tinyurl.com/vu39vtk5
Sekian, terima kasih.

05/04/2023

Selamatkah data peribadi anda jika β„Žπ‘Žπ‘›π‘‘π‘β„Žπ‘œπ‘›π‘’ dikitar semula?
Jangan risau!

Proses mengitar semula mobile e-waste akan melalui proses penghapusan semua komponen dalam telefon anda.

Ikuti langkah berikut untuk lebih berjaga-jaga:
πŸ‘‰ Pindahkan komponen dari memori β„Žπ‘Žπ‘›π‘‘π‘β„Žπ‘œπ‘›π‘’ anda, kad memori tambahan dan kad SIM ke β„Žπ‘Žπ‘›π‘‘π‘β„Žπ‘œπ‘›π‘’ baru.
πŸ‘‰ Pastikan semua data dalam β„Žπ‘Žπ‘›π‘‘π‘β„Žπ‘œπ‘›π‘’ anda dipadam dengan melakukan π‘“π‘Žπ‘π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦ π‘Ÿπ‘’π‘ π‘’π‘‘.
πŸ‘‰ Buang dan hapuskan kad SIM dan kad memori tambahan yang tak lagi digunakan dari β„Žπ‘Žπ‘›π‘‘π‘β„Žπ‘œπ‘›π‘’ anda.

Mudah, kan?
Jom layari website KITAR untuk maklumat lanjut:
🌐 https://kitar.mcmc.gov.my/



05/04/2023

Let's do our part to ensure environmentally safe disposal and recycling of end-of-life (EOL) SIM-base

02/04/2023

β™₯️Hari kesedaran autisme disambut pada 2 April 2023 untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan dan keadaan individu dengan autisme. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1 daripada 100 kanak-kanak menghidap autisme. Autisme berasal daripada perkataan Greek iaitu β€˜autos’ yang bermakna sendiri. Autisme merujuk kepada seseorang dalam dunianya sendiri.

Dari aspek perubatan, autisme merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengalami gangguan neurologi otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran mereka. Individu dengan autisme berkemungkinan mempunyai gangguan dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan masalah tingkah laku dalam menjalani aktiviti seharian.

25/03/2023

Nak beli PS5 harga RM1000? Lepas bank in, seller block? Segera telefon 997. Perkhidmatan yang disediakan hasil kerjasama Bank Negara, PDRM, SKMM dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan bank-bank dan telco. Nombor 3 digit yang mudah diingat dan perlu disimpan sebagai nombor kecemasan kedua anda selepas pasangan.

Dengan laporan anda yang pantas, Pusat Respons Scam Kebangsaan ini boleh menyekat transaksi walaupun ia telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun bank (dalam negara) yang berbeza. Ia boleh membantu anda mengelakkan kerugian tambahan, mencari semula duit anda, siasatan jenayah, dan menguatkuasa undang-undang.

Apa sahaja jenis scam dalam talian. Macau scam, phishing scams, Macau scams, malware attack scams, COD tak sampai atau parcel scams dan love scams. Talian ini boleh diakses pada setiap hari jam 8 pagi - 8 malam.

25/02/2023

𝐀𝐏𝐀 πˆπ“π” 𝐃𝐀𝐓𝐀 ππ„π‘πˆππ€πƒπˆ?

Sebarang Maklumat yang boleh digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk mengenal pasti individu (subjek data).

Pengguna diingatkan supaya tidak berkongsi data peribadi dengan orang yang tidak dikenali.



16/02/2023

Pastikan kata laluan yang digunakan adalah unik dan tidak mudah diakses oleh pihak lain.




10/02/2023

PERINGATAN!

Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada pemanggil atau penghantar SMS yang mencurigakan. Yang penting, jangan panik.

Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah penipuan, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.





01/02/2023

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal ditubuhkan, inisiatif perkukuh keselamatan siber negara January 31, 2023 Written by Media Baharu Published in Semasa PUTRAJAYA, 31 Januari- Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal ditubuhkan bagi memperkukuh keselamatan siber negara.Ia melibatkan ker...

20/01/2023
07/01/2023

Pastikan anda baca & fahami terma dan syarat sebelum bersetuju.
Penting ya untuk baca terma dan syarat sebelum turunkan tanda tangan. Tak salah pun kalau bertanya banyak soalan tentang hal yang kita tak faham dalam terma dan syarat.
Ingat, data peribadi anda adalah hak anda!


05/01/2023

Semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian yang telah kita kecapi selama ini.

Pihak MCMC telah menyediakan platform bagi mempercepatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan berunsur 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan yang lain.

Sila laporkan kandungan sensitif berbaur 3R (Religion, Race & Royalty) melalui talian Whatsapp: 016 – 2206 262 atau e-mel:
[email protected]







21/12/2022
21/12/2022

Kerajaan Perpaduan setuju meneruskan beberapa bantuan diumumkan pada Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahbaikan.

20/12/2022

NOTIS PEMAKLUMAN

Kepada pelanggan yang dihormati.

Kaunter Cawangan Mentakab, Majlis Perbandaran Temerloh akan ditutup sementara bermula pada 15.12.2022 hingga 15.01.2023 sebagai persiapan menghadapi bencana banjir.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.



20/12/2022
17/12/2022

NOTIS PEMBERITAHUAN

Susulan dari tragedi tanah runtuh baru-baru ini, semua tempat perkelahan dan perkhemahan di tepi sungai, air terjun dan lereng bukit berbahaya serta berisiko dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh adalah ditutup serta-merta kerana ramalan hujan lebat berterusan.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.



Address

Pahang Tua
28500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menarik Di Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Tourist Information Centers in Pahang Tua

Show All