Madi'S Pangkor Trail

Madi'S Pangkor Trail Nature walk or jungle trekking in Sg Pinang Reserved Forest Pangkor..leisure and learning activity

19/05/2022

Up video pagi td plak...
Tq abg Og Pangkor utk video..😍

09/12/2021

Mengimbau kenangan yang menemukan ECOMY, VALE dan warga Pangkor pada tahun 2015 dengan satu tujuan, membina kapasiti anak Pangkor dalam memakmurkan ekonomi masyarakat setempat dan dalam masa yang sama, memulihara dan memelihara alam sekitar Pulau Pangkor. 8 warga Pangkor telah dilatih oleh mentor-mentor yang tidak asing lagi dalam industri eko-pelancongan Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun, ECOMY telah mewujudkan rangkaian pemandu pelancong alam sekitar yang menjalankan aktiviti eko-pelancongan sebagai peneraju dalam amalan konservasi yang juga mewujudkan peluang keusahawan secara langsung, mahupun melalui kesan limpahan kepada penduduk tempatan. ECOMY berbangga dengan hasil dari "PANGKOR NATURE GUIDE MENTORSHIP PROGRAM" ini apabila kami dapat meyaksikan bagaimana peserta-peserta program ini dapat memanfaatkan pengetahuan yang diberi dan mendapat hasil lumayan dari kerja keras mereka sendiri. ECOMY tidak berhenti di sini dalam perjalanan yang tiada penghujung ini. Kami akan sentiasa bersama mereka dengan visi yang sama, menyatukan manusia sejagat dengan alam sekitar.

---

Bringing back memories of ECOMY, VALE and the people of Pangkor in 2015 with one goal, building the capacity of Pangkor locals to prosper the local community's economy while at the same time preserving and protecting the Pangkor Island environment. 8 Pangkor residents have been trained by the renowned mentors in the Malaysian eco-tourism industry. In the last 3 years, ECOMY has established a network of nature guides who carry out eco-tourism activities as champions in conservation practices which also create business opportunities both directly and through the spillover effects to the locals. ECOMY is very proud of the results of this "NATURE GUIDE MENTORSHIP PROGRAM" as we witness how the participants in this program can leverage the knowledge gained and profit from their own hard work. ECOMY will not stop here as this journey is never ending. We will always be with them in the same vision, reconnecting people to the natural world.

Photo credit: Redah Alam Resources & Madi'S Pangkor Trail

07/10/2021

As state parks and forests open their doors to visitors, be ethical to keep mother nature pristine and minimise coronavirus exposure.

Flying snake...Paradise tree snakeChrysopelea paradisiTeluk Nipah
03/03/2021

Flying snake...
Paradise tree snake
Chrysopelea paradisi
Teluk Nipah

Sudah terang lagi bersuluh....
07/01/2021

Sudah terang lagi bersuluh....

Banjir Banjir Banjir.

Mari kita ajar sikit kepentingan hutan kepada si ahli politik.

TEBANGLAH HUTAN LAGI. yang mandi lumpur siapa? Si pembalak dan kroni masih kaya duduk rumah mewah. Khazanah negara semakin HANCUR.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

15/10/2020

Cukup2lah ladang yg dok ado...

Untuk kebaikan bersama dan langkah berjaga-jaga... Madis Pangkor Trail tidak akan beroperasi sehingga tarikh yg telah di...
12/10/2020

Untuk kebaikan bersama dan langkah berjaga-jaga... Madis Pangkor Trail tidak akan beroperasi sehingga tarikh yg telah ditetapkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri..


Ilmu ...
21/09/2020

Ilmu ...

Information & Articles: 1a. Snakebite Management Quick Guide for Healthcare Providers in Malaysia (updated 2017) 1b. Ministry of Health ...

Aidiladha dalam trail....Ms Liz and husband from England
31/07/2020

Aidiladha dalam trail....
Ms Liz and husband from England


Di Malaysia kelawar atau lazimnya digunakan bagi merujuk kepada spesies khusus Pteropus vampyrus. Keluang merupakan seje...
26/07/2020

Di Malaysia kelawar atau lazimnya digunakan bagi merujuk kepada spesies khusus Pteropus vampyrus. Keluang merupakan sejenis haiwan berdarah panas dalam kump**an kelas mamalia. Sebagaimana haiwan mamalia lain perlu diingat dimana haiwan keluang membiak cara beranak. Keluang mempunyai ukuran yang berkali-kali ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Panjang antara hujung sayap dengan hujung sayap kira-kira 0.5 meter hingga 1.0 meter. Walau pun ramai menganggap kelawar dan keluang mempunyai sifat sama akan tetapi ada beberapa perbezaan yang sering disebut oleh orang yang mengatakan keluang dan kelawar sama hanyalah pada ukurannya. Sebenarnya keluang dan kelawar amat berbeza. Antaranya tabiat keluang berbeza dengan kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang p**a keluar pada waktu pagi. Sifatnya waktu cari makan sama dengan burung yang keluar waktu pagi dan p**ang ke sarang pada waktu petang. Makanan utama keluang ialah buah-buahan dimana bagi kelawar p**a s**a makan serangga. Keluang memang mempunyai mata boleh melihat dan sebab itu keluang terbang berkawan dan arah terbangnya lurus seperti burung. Keluang terbang jauh pergi mencari makan hingga berpuluh-puluh kilometer dari tempat tinggalnya setiap hari. Semasa keluang terbang ada kalanya ia akan mengeluarkan bunyi nyaring. Lazimnya mana-mana tempat mempunyai dusun pokok sedang berbuah akan menjadi tumpuan kump**an keluang. Keluang menjadi musuh utama bagi pemilik dusun selain ancaman tupai dan musang.

Kelawar tidak mempunyai mata yang berfungsi untuk melihat. Kelawar ada mata, tetapi buta. Kelawar terbang secara rawak (tidak lurus) dan bergantung kepada deria bunyi untuk mengelak melanggar sesuatu. Pada waktu petang (hampir malam), keluang akan berkumpul sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring. Dalam peribahasa Melayu ada juga menyebut, “bagai keluang bebar petang” yang bermaksud orang berkerumun (berhimpun) beramai-ramai.

Dikatakan pemegang rekod dunia sebagai burung yg mempunyai bulu terpanjangGreat argus @ kuang raya
24/07/2020

Dikatakan pemegang rekod dunia sebagai burung yg mempunyai bulu terpanjang
Great argus @ kuang raya

07/05/2020
Lindungi hutan kita
13/03/2020

Lindungi hutan kita

JOM KETAHUI 22 MANFAAT HUTAN KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA YANG RAMAI LAGI TIDAK TAHU

Malaysia mempunyai liputan hutan hujan tropika yang sangat istimewa. Dengan kepelbagaian flora dan fauna yang berpuluh ribu spesis, ia menjadikan negara ini sebagai negara ke 12 yang paling kaya dalam kepelbagaian bio di dunia.

Namun, ia bukan sekadar memberikan pemandangan indah semata-mata, ia memberikan beribu manfaat kehidupan kepada manusia tanpa kita sedari. Hakikatnya kita sebagai rakyat Malaysia mampu hidup secara aman dan sejahtera pada hari ini adalah disebabkan kewujudan hutan kita yang masih berfungsi untuk membekalkan pelbagai khidmat, sumber dan kestabilan kepada hidup kita.

Dari kawasan hutan perairan (hutan paya laut), ke daratan (hutan dipterokarp pamah & bukit) sehinggalah ke kawasan pergunungan (hutan montane & ericaceous), hutan kita yang mempunyai pelbagai jenis struktur ini memberikan pelbagai manfaat. Berikut adalah manfaat hutan kepada kehidupan manusia dan kestabilan ekosistem:

1. MENGUKUHKAN TANAH
Hutan mengukuhkan tanah daripada kejadian tanah runtuh. Struktur pokok hutan yang berakar menjalar, tunjang & pelbagai saiz bertindak sebagai jaringan konkrit semulajadi untuk memegang struktur tanah. Ia juga memberikan kesuburan kepada tanah untuk bercucuk tanam dan memberikan tanah sebagai struktur yang mampu menyimpan air dan menapis air hujan untuk digunakan oleh manusia.

2. MEMBEKALKAN UDARA BERSIH
Hutan menjalankan proses fotosintesis yang banyak dengan membekalkan udara segar khususnya oksigen bagi kehidupan, mengawal kelembapan udara daripada proses transpirasi serta menapis atau menyerap udara kotor dan pencemar seperti karbon dioksida, sulfur oksida, nitrogen oksida, & sebagainya.

3. MENAMPUNG KESIHATAN MANUSIA
Hutan memberikan udara yang segar kepada manusia, zat & nutrien daripada pemakanan dan minuman serta pemandangan yang indah untuk kesihatan mental. Selain itu, ia juga menghalang penyakit berbahaya seperti Denggi, Malaria, Zika, Ebola dan sebagainya jika habitat hidupan liar yang menjadi hos kepada virus ini terpelihara dan tidak dimusnahkan

4. MEMBEKALKAN SUMBER UBAT-UBATAN
Terdapat berpuluh ribu jenis tumbuhan herba dan ubat-ubatan di dalam hutan tropika yang menjadi sumber penting dalam industri perubatan samada farmaseutikal mahupun tradisional. Hampir 90% daripada penyakit manusia yang diketahui sains perubatan boleh dirawat dengan ubat-ubatan preskripsi yang berasal dari alam semula jadi khususnya hutan. Bahkan, kira-kira 7,000 sebatian perubatan yang ditetapkan oleh doktor Barat berasal dari tumbuh-tumbuhan di hutan hujan tropika. 5. EKO-PELANCONGAN
Kawasan hutan semulajadi yang kaya biodiversiti dan mempunyai pemandangan indah menjadi tempat pelancongan yang terbaik untuk aktiviti rekreasi, pemerhatian hidupan liar, burung, konservasi, menyusuri - yang mampu menjana pendapatan ekonomi setempat serta menyediakan kawasan riadah dan melepaskan tekanan yang sempurna untuk rakyat.

6. MENSTABILKAN CUACA
Hutan bertindak penting dalam menjadi agen pengawal kitaran hujan serta menjalankan proses transpirasi wap air untuk mengekalkan suhu sekeliling, kelembapan dan tekanan udara serta peredaran angin Ini memberikan kestabilan kepada cuaca setempat kita

7. MENGAWAL PERUBAHAN IKLIM & PEMANASAN GLOBAL
Hutan menjadi paru-paru bumi dengan menyerap sejumlah besar gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan sebagainya yang menjadi punca kepada pemanasan atmosfera - menyimpan dalam bentuk pepejal (j***m pokok). Proses transpirasi, kawalan kitaran air hujan dan pengeluaran gas oksigen juga memainkan peranan penting dalam memberi kestabilan kepada cuaca dan iklim dunia

8. MENYOKONG HABITAT & EKOSISTEM HIDUPAN LIAR
Hutan Tropika merupakan habitat penting ratusan ribu spesis flora & fauna lalu membentuk ekosistem dan interaksi kompleks yang memberikan stabiliti dan kelangsungan hidup di planet bumi.

9.MENJADI TEMPAT TINGGAL KOMUNITI LUAR BANDAR
Hutan masih lagi menjadi tempat bergantung komuniti tempatan seperti Orang Asli, warga desa, & nelayan berhampiran hutan paya laut dan penduduk luar bandar lain untuk meneruskan kehidupan. Sumber-sumbernya masih lagi diakses untuk meneruskan kehidupan seperti makanan, minuman, tempat tinggal, keselamatan, pakaian, sosioekonomi dan bermacam-macam lagi.

10. MEMBERIKAN KETENANGAN HIDUP & ESTETIKA
Hutan mempunyai pemandangan yang indah, suasana yang tenang, bunyi yang harmoni dan udara yang segar yang akhirnya memberikan nilai estetika yang mampu memberikan ketenangan jiwa dan fikiran serta menghilangkan tekanan & masalah manusia 11. MENAMPUNG CARA HIDUP, ADAT, BUDAYA DAN AGAMA
Hutan Hujan Tropika telah menjadi sebahagian identiti hidup masyarakat kita. Ia masih lagi mencorak cara hidup, adat, budaya komuniti tempatan seperti Orang Asli, warga desa, petani, nelayan & komuniti lain. Ia juga memberi nilai kerohanian & keagamaan kepada sesetengah etnik pribumi khususnya Orang Asli di Semenanjung dan Orang Asal di Sabah & Sarawak.

12. MENYEDIAKAN KAWASAN TADAHAN AIR YANG PENTING
Hutan tropika mampu menadah limpahan air hujan dalam kuantiti yang banyak seterusnya bertindak sebagai span semulajadi dengan menapis dan menyimpannya di dalam tanah melalui struktur pokok yang bertingkat dan komples. Air ini kemudiannya disalirkan semula secara perlahan-lahan dan konsistem melalui anak-anak sungai dan air terjun seterusnya ke sungai-sungai besar dan laut. Sebahagian besarnya digunakan oleh manusia untuk minuman, masakan, pertanian, industri, tenaga dan menampung kehidupan seharian.

13. MENYUBURKAN TANAH
Mengekalkan kelembapan tanah hasil daripada serapan dan simpanan air hujan yang membantu pertumbuhan pokok. Ia juga membekalkan nutrien yang mencukupi untuk kesuburan tanah hasil daripada tindak balas ekosistem dan mikroorganisme. Oleh itu, aktiviti pertanian yang menjadi sumber utama makanan kita seperti sawah padi, sayur-sayuran, perkebunan, tanaman pokok buah-buahan dan sebagainya amat bergantung kepada hutan yang sihat.

14. MEMBEKALKAN SUMBER MAKANAN DARAT
Hutan Hujan Tropika membekalkan sumber makanan penting untuk rakyat Malaysia samada secara langsung ataupun tidak langsung. Secara langsung termasuklah membekalkan buah-buahan tempatan, ulam-ulaman, tumbuhan hutan yang boleh dimakan serta habitat kepada makanan laut. Secara tidak langsung: Daripada bekalan air dan tanah yang subur - ia memberikan sokongan kepada industri pertanian dan penternakan daripada padang ragut yang subur untuk makanan seharian kita

15. MEMBEKALKAN SUMBER MAKANAN LAUT - Dirian hutan paya bakau menjadi habitat terpenting kepada tempat pembiakan spesis makanan laut seperti ikan, udang, ketam, siput dan sebagainya. Nelayan pesisiran pantai amat bergantung kepada hutan paya bakau yang sihat untuk mencari hasil. Tanpa hutan bakau, sumber perikanan ini akan semakin berkurangan lalu menyebabkan harga makanan laut akan semakin meningkat

16. MEMBEKALKAN ZAT & NUTRISI YANG MENCUKUPI UNTUK KOMUNITI ORANG ASLI
Komuniti ORANG ASLI masih bergantung pada makanan daripada hutan yang sebenarnya mempunyai lebih banyak kepelbagaian dan diet yang berkhasiat. Misalnya, makanan hutan walaupun menyumbangkan hanya 2% kepada jumlah pengambilan kalori kanak-kanak, namun ia mempunyai lebih 30% vitamin A dan 20% zat besi yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran. Jika hutan pencarian mereka musnah, maka tidak menghairankan krisis malnutrisi seperti simptom penyakit kulit, kuku, buncit perut, kerosakan pada gigi dan terdedah kepada serangan cacing yang menyebabkan cirit-birit (diarrhea), penyakit malaria, penyakit anemia (kekurangan sel darah merah), terbantut serta simptom marasmus.

17. MENAMPUNG PEMBEKALAN TENAGA ELEKTRIK Hutan yang mampu membentuk kawasan tadahan air menjadi struktur penting untuk bekalan air daripada sumber hidroelektrik, mini hidro dan mikro hidro Hidroelektrik, mini-hidro, mikro-hidro. Selain itu, stesen janakuasa yang menggunakan teknologi stim seperti janakuasa arang, gas dan petrol juga memerlukan bekalan air bersih yang dibekalkan oleh hutan untuk mesin dandangnya (boiler). Ini semua bergantung daripada hutan yang sihat

18. MENGAWAL MUSIM KEMARAU
Dengan fungsi mengekalkan kelembapan tanah dan udara setempat serta mampu simpan kuantiti air banyak - hutan mampu mengawal musim kemarau dan kesannya dengan efektif. Dalam musim kering juga, ia mampu membekalkan bekalan air dalam jangka masa yang panjang. Kitaran hujan memerlukan hutan, oleh itu hutan menstabilkan kitaran hujan agar cuaca kemarau jarang berlaku.

19. MENGAWAL MASALAH BANJIR
Hutan mampu mengawal masalah banjir dengan efektif dengan menutup permukaan tanah daripada hakisan hujan,menadah, menapis dan menyimpan limpahan air hujan dengan berkesan, serta bertindak sebagai span semulajadi dalam menyerap lebihan air hujan/banjir. Ia juga mengawal dan menahan mendapan tanah yang menjadi salah satu punca utama kepada banjir.

20. MENAHAN HAKISAN OMBAK & TSUNAMI
Hutan Paya Bakau berfungsi penting dalam menjadi benteng pemecah ombak, menahan hakisan laut dan tsunami serta melindungi kawasan pantai daripada angin ribut. Ia juga memerangkap sampah daripada terus terlepas ke kawasan yang tidak sepatutnya

21. MEMBERIKAN JAMINAN PERLINDUNGAN & KESELAMATAN
Hutan yang sihat mampu menjamin keselamatan hidup kita dengan menjadi benteng kepada bencana alam seperti banjir, kemarau, tanah runtuh, pencemaran, penyakit, ribut dan gangguan fizikal lain.

22. MEMBERIKAN JAMINAN & PERLINDUNGAN EKONOMI JANGKA MASA PANJANG
Dengan kesemua manfaat ini, hutan yang sihat mampu mengekalkan stabiliti dan menyokong ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam perhutanan, sumber asli, konservasi, eko-pelancongan, pembekalan air bersih yang menampung keperluan industri, servis dan perniagaan,menjamin keselamatan makanan dan menyelamatkan negara kita daripada bencana yang akhirnya akan merugikan ekonomi Kesimp**annya, sememangnya hutan yang ada di negara ini teramat-amat penting untuk kehidupan seharian kita. Tanpa hutan yang sihat ini, kita mungkin akan mendapat pelbagai musibah seperti krisis ekonomi, kenaikan kos sara hidup, kenaikan harga makanan, krisis penyakit, bencana alam dan pelbagai lagi perkara yang bakal melumpuhkan perjalanan negara kita.

Maka, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama memperjuangkan agar hutan kita terpelihara dan memastikan segala pembangunan di negara ini dijalankan dengan lestari dengan menitik beratkan aspek perlindungan alam sekitar. Mohon cakna dan ambil tahu isu alam sekitar di sekeliling anda dan yang paling penting, pantau segala projek pembangunan yang dirancang dan diluluskan oleh kerajaan dan syarikat pemaju agar ia tidak memberikan impak kepada kemusnahan hutan.

BERSAMA LINDUNGI HUTAN KITA!!!

SILA SEBARKAN POSTER & MAKLUMAT INI UNTUK KESEDARAN AWAM.

Weekly routine....Morning walk at Anjugan Beach Resort, the only resort provided this activity in Pangkor..   (Nak abis ...
08/03/2020

Weekly routine....
Morning walk at Anjugan Beach Resort, the only resort provided this activity in Pangkor..



(Nak abis br ingat nak amik gambo)
😂🤣

Tak dapat 'morning walk' semalam,hari ni terus buat nature walk....Thanks
02/03/2020

Tak dapat 'morning walk' semalam,hari ni terus buat nature walk....
Thanks

1 happy family enjoyed the trail with compliment"this the best activity we have done in Pangkor"
21/02/2020

1 happy family enjoyed the trail with compliment
"this the best activity we have done in Pangkor"





Weekly routine with my Mentor...Morning walk
16/02/2020

Weekly routine with my Mentor...
Morning walk




A couple from Germany, Mr. Michael and his wife and their 4 month old daughter
06/02/2020

A couple from Germany, Mr. Michael and his wife and their 4 month old daughter



Morning walk..
26/01/2020

Morning walk..








Address

Pangkor
32300

Telephone

0125131447

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madi'S Pangkor Trail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Madi'S Pangkor Trail:

Videos

Share

Category


Other Tour Agencies in Pangkor

Show All