JALAN-JALAN DI HATYAI & SONGKHLA
#THROWBACKHATYAI
๐น๐ญ - BAHAGIAN 1
Be a traveller, not a tourist.
#malaysia #sabahtourism #travelgram #travel
LAWATAN RASMI MAJLIS DAERAH PAPAR (MDP) KE MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB) 2024 (15-18 MEI 2024)
Alhamdulillah, tanggungjawab Babussalam Travel & Tour untuk membawa rombongan Majlis Daerah Papar (MDP) melakukan kunjungan rasmi ke pejabat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dapat untuk dilaksanakan dengan jayanya. Rombongan MDP mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sekitar jam 6:20 petang kelmarin. Mendaratnya rombongan kami di Kota Kinabalu disambut dengan pemandangan indah matahari terbenam dan cuaca yang begitu baik.
Terima kasih kepada Majlis Daerah Papar (MDP) kerana yakin dan percaya dengan perkhidmatan BABUSSALAM TRAVEL & TOUR untuk memastikan rombongan MDP dapat menikmati detik-detik sepanjang perjalanan di Melaka dan Kuala Lumpur. Mohon maaf juga sekiranya ada kekurangan dari pihak kami tidak kira dari segi apapun. Sekali lagi, terima kasih.
Assalamualaikum dan sampai jumpa lagi!