Al Afdhal Travel & Tours

Al Afdhal Travel & Tours Menawarkan pakej haji dan umrah pada harga mampu milik dan bimbingan pengisian ilmu yang bermanfaat

04/06/2022
Moga Allah rezekikan kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas apa pun yang berlaku di dalam kehidupan.. aaminn🌹 ...
14/12/2021

Moga Allah rezekikan kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas apa pun yang berlaku di dalam kehidupan.. aaminn🌹


CARA NAK ALLAH JEMPUT.Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk Ajak..Ramai yang cakap, sesiapa yang Alla...
19/11/2021

CARA NAK ALLAH JEMPUT.

Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk Ajak..

Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!

Allah tak jemput siapa yang mampu..
TAPI..
Allah jemput siapa yang ingin kesana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha kesana

Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, 'jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah'.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.

Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.

Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek? Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..

Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi

KERANA APA?

Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya

Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa




Kredit: FB Sabariah Abd Majid

18/11/2021

Salam Jumaat semua


03/10/2021

Alhamdulillah, bulan 12 ni insyaAllah ibadah umrah akan bermula semula. PM kami untuk daftar slot terawal ke sana. Hanya daftar sahaja, tiada sebarang deposit kami ambil. InsyaAllah moga kita semua Allah rezekikan ke tanah suci.. aaminn

01/08/2021

Kerajaan Arab Saudi telah membuka pintu untuk jemaah luar mengerjakan umrah & ziarah. Alhamdulillah, Malaysia salah satu negara yang tersenarai. Follow kami rapat2 untuk update terkini ye🌷

SubhanAllah betapa luasnya cakerawala Allah. Kita hanya manusia kerdil yang duduk dibumi ibarat setitis air di lautan ya...
13/06/2021

SubhanAllah betapa luasnya cakerawala Allah.
Kita hanya manusia kerdil yang duduk dibumi ibarat setitis air di lautan yang luas.

Masihkah kita sombong?

Bumi mengambil masa sekitar 365 hari untuk mengelilingi Matahari yang berjarak 147 juta kilometer. Bumi bergerak dengan kelajuan sekitar 107,000 km/j dan telah beredar sejauh sekitar 940 juta kilometer untuk cukup satu putaran orbit.

Planet-planet dalam sistem suria beserta tempoh peredaran lengkap;

Utarid — 88 hari
Zuhrah — 225 hari
Bumi — 365 hari
Marikh — 687 hari
Musytari — 12 tahun
Zuhal — 29 tahun
Uranus — 84 tahun
Neptune — 165 tahun

07/06/2021

Moga ayah2 semua , ibu2 diberi ganjaran syurga Allah swt🤲

Selamat Datang Rejab 1442H“Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab & Syaaban, dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan”
12/02/2021

Selamat Datang Rejab 1442H

“Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab & Syaaban, dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan”

Pusat Darah Negara menyatakan bekalan darah yang ada hanya cukup untuk menampung keperluan 5 hari sahaja lagi.Jom kita s...
23/01/2021

Pusat Darah Negara menyatakan bekalan darah yang ada hanya cukup untuk menampung keperluan 5 hari sahaja lagi.

Jom kita sama-sama menderma darah dengan kadar segera.

Hubungi hospital yang berdekatan untuk membuat temujanji derma darah di musim PKP ini.


Assalam, berikutan satu whatsapp yang dikatakan tular baru-baru ini, pihak kami ingin maklumkan bahawa ianya adalah pals...
27/09/2020

Assalam, berikutan satu whatsapp yang dikatakan tular baru-baru ini, pihak kami ingin maklumkan bahawa ianya adalah palsu.

Kami akan buka kuota umrah kepada semua yang berminat selepas mendapat confirmation semua perkara dari pihak muasasah kami di Arab Saudi.

Harap maklum semua🌷

Assalamualaikum., Berit baik untuk anda yang berada di Batu Pahat & sekitarnya. Seperti yang dijanjikan in Sha Allah kam...
21/09/2020

Assalamualaikum.,
Berit baik untuk anda yang berada di Batu Pahat & sekitarnya. Seperti yang dijanjikan in Sha Allah kami bawakan Ustaz Mubi dalam program ILMU MURABBI pada SABTU 10/10/2020.

Siapa yang patut hadir?
Tak kisah samada anda pelajar, suri rumah, bekerja, berniaga. Anda wajib hadir ke majlis ilmu ini.
Jika anda seorang usahawan lagilah WAJIB PEGI kerana banyak 'penyakit Ain' (penyakit dari pandangan mata & hati yg berlaku dalam kalangan masyarakat kita).

Semua org bisnes sibuk cari ilmu dunia., sibuk mencari ilmu macam mana nak dapat 1juta pertama dalam perniagaan.,
tapi kita lupa nak cari ilmu mcm mana nak mudah2 je tarik rezeki 1juta tenang2 kalau ada ilmu rohani.

Jom kenali
Siapa ustaz Mubi?

Bismillahirrahmanirrahim

Al fadhil Ustaz Mubi bin Mat Hussain adalah pengamal perubatan shiffa.,

Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam Seminar Pendidikan Islam, Pengajian Islam, Pengubatan Islam, Perubatan Islam & Kaunseling Islam.

Ramai dikalangan masyarakat kita yang mempunyai masalah jiwa, masalah kerohanian & tekanan. Tak kurang juga masalah
Saka, sihir dan lain2.

Apakah kesannya pada diri/perniagaan/kesihatan/keluarga?
Bagaimana nak lindungi?
Bagaimana nak rawat?
Jangan tersalah pilih perawat.,
Kerana,
Sekarang ramai pesakit lebih cenderung pergi kepada golongan disebut ‘uskun’, iaitu ‘ustaz dukun’ yang luarannya nampak seperti seorang ustaz tetapi amalan atau kaedah perubatan cenderung ke arah dukun.

Pada setiap program ustaz. peserta dibekalkan risalah ayat al-Quran yang sesuai diamalkan sebagai pendinding. Kami mahu memberikan kesedaran bahawa anda boleh merawat sendiri atau mendinding diri tanpa perlu pegi kepada pihak tidak sepatutnya yang tanpa sedar memesongkan akidah & tauhid kita sebagai umat Islam.

*MAJLIS ILMU MURABBI*
Tarikh: *10/ Oktober/ 2020*

Join Group untuk pendaftaran.
Klik👇

https://chat.whatsapp.com/ItOmNRgb56GB9hul9JOBLv

(TEMPAT TERHAD HANYA UNTUK 70 PEREMPUAN & 30 LELAKI SAHAJA)

Teruskan berdoa!Moga kerinduan kita semua bakal berakhir tidak lama lagi, insyaAllah
14/09/2020

Teruskan berdoa!

Moga kerinduan kita semua bakal berakhir tidak lama lagi, insyaAllah

Amiin ya Allah🤲🤲
26/08/2020

Amiin ya Allah🤲🤲

Jom hadir menyaksikan sendiri
23/08/2020

Jom hadir menyaksikan sendiri

BERITA DARI MAKKAHHari pertama Haji 1441H 8 Dzulhijjah 1441H, Hari TarwiyahTawaf Qudum dan Saie Haji dalam keadaan penja...
29/07/2020

BERITA DARI MAKKAH
Hari pertama Haji 1441H
8 Dzulhijjah 1441H, Hari Tarwiyah
Tawaf Qudum dan Saie Haji dalam keadaan penjarakkan sosial.

MasyaAllah Tabaarakallah...

Pemandangan yang terindah, susunan yang sangat rapi, pengurusan yang super duper sistematik.

Semua mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Saudi. Wabak COVID-19 mengajar kita semua agar melakukan ibadah Haji dengan tenang dan teratur. Tidak perlu berpusu² hingga menolak antara satu sama lain yang mungkin terkadang mencederakan yang lain. Ada hikmah di sebalik wabak yang Allah turunkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Setiap kejadian pasti ada ibrahnya.

Address

Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 13:00
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+60192817856

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Afdhal Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Parit Raja travel agencies

Show All