17/12/2020
• • • • • •
Jangan memandang remeh pada setiap kebaikan yang kita lakukan, memberi laluan, mengemas sedikit meja makan kita selepas makan di restoran, menghulurkan seringgit dua kepada cleaner, guard dll yang perlu, memberi pendapat kepada yang sedang keliru, memberi semangat kepada yang lemah, dll.
Begitulah, setiap hari pasti ada peluang² seperti ini hadir di hadapan kita. Walaupun hanya di rumah, mungkin peluang itu melalui alam maya. Jangan tanya dimana pertolongan Allah?, mungkin hidup kita hanya fokus dan uruskan soal yang berkaitan diri sahaja.
Jangan menolak dan mengelak daripada menjadi perantaran Allah dalam menunaikan hajat orang lain, pasti hajat dan keperluan kita juga akan ditunaikan Allah melalui pertaraan manusia² lain.
Sabda Nabi SAW : "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya". (Riwayat Muslim)
Allahuakbar.. Begitulah putaran hidup.
Asma' binti Harun 🙂