ini ada lah ciapan video dari saudara Rahul dari kepulauan riau lingga,video ini berkenaan tenun telepuk corak nye seperti kuntuman bunga,sama sebutanya corak hiasan pada Wau Tradisional Pahang juga di pangil telepuk dan corak nye seakan kuntuman bunga sahaja. mungkin orang zaman dulu mengambil nama semperna corak dari kain tenun tersebut walahualam, bila tengok corak bunga pada kain tu teringat admin pada zaman kanak-kanak corak wau pahang semua seperti itu yg membezakan hanya warna sahaja...
#persatuanwausriwangi
#SemangatAnakMuda
#pahangdarulmakmur
assalamualaikum sahabat-sahabat semua lama admin tak bersiaran, ada ni tengah kumpul bahan-bahan untuk membuat wau tradisi negeri pahang untuk tahun hadapan.. dalam video di bawah adalah batang pokok pinang yang akan di guna kan untuk tulang tengah dan juga untuk busur wau pahang.. moga perkongsian ni bermanfaat
#persatuanwausriwangi
#semangatanakmuda
#pahangdarulmakmur
bermula sebuah perjalanan mencari ketenangan
Admin berkesempatan untuk melihat pertandiangan silat gendang, mungkin bagi orang lain cara 'healing'nye berbeza, bagi admin healing dengan melihat seni tradisi lebih menarik tahniah atas pengajuran.
#persatuanwausriwangi #SemangatAnakMuda
#PahangDarulMakmur
Terima kasih kepada kampung som jerantut menjemput admin untuk mini karnival kebudayaan dan admin sangat-sangat menghormati tok4 kampung som dan juga tok penghulu atas usaha untuk menaikkan budaya dan tradisi negeri pahang.
#persatuanwausriwangi
#SemangatAnakMuda
#PahangDarulMakmur
Terima kasih kerana menjemput admin lama betul admin sibuk dengan tugas-tugas hakiki in sha allah lepas ni admin akan aktif semula dengan permainan tradisi ini..
Assalamualaikum admin dan team akan berada di pesta hogoh bera pada 20hb dan 21/11/2021, di pesta hogoh bera bermacam macam jualan pameran dan sukan rakyat akan diadakan, admin dan team juga akan mengadakan pertandingan wau pungguk, khusus membuat wau pungguk dan pameran wau pungguk dan wau antarabangsa in sha allah di sebelah malam pula kami akan menaikkan wau berlampu, program ini diadakan dengan kerjasama Jkkn Pahang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan jabatan warisan negara. Moh lah kita beramai ramai ke sana. #hogohbera
#persatuanwausriwangi
#SemangatAnakMuda
#PahangDarulMakmur
Saja upload video lama untuk menaikkan semangat membuat dan bermain wau pada musim depan, in sha allah kita dah berada di fasa endemik jd pada tahun depan kita boleh bermain selagi kita mengamalkan sop yg di tetapkan, mungkin pada tahun 2022 admin dan team merancang untuk mengada kan festival layang layang dan wau di pekan pula, doa-doakan agar berjaya, admin juga dah membuat akaun tik tok dalam fasa untuk menarik minat generasi muda kepada permainan tradisi ini minta tolong sahabat-sahabat follow akaun admin agar dapat menaikkan semangat admin dan team dalam memperkenalkan tradisi kita.https://vt.tiktok.com/ZSej1N3fQ/..
#persatuanwausriwangi
#SemangatAnakMuda
#PahangDarulMakmur
Bengkel Wau Pungguk Pahang
BENGKEL WAU PUNGGUK PAHANG
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...
Jangan lupa untuk bersama kami dalam program di bawah Insentif Seni JKKN Anjuran Persatuan Wau & Layang-Layang Pahang dengan Kerjasama JKKN Pahang dan dikuasakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Ayuh ramai- ramai ikuti bengkel dan tonton secara "LIVE" di saluran Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 3 Oktober 2021 jam 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
#malaysiamembaca
#pahangmembaca
#pahanglibrary
#JKKN #persatuanwaudanlayanglayangpahang #waupungguk
#staysafe