Kerana Salji membawa aku ke bumi China. Kotoq? Hangpa dengaq kata kotoq? Ya aku sikit pun tidak menafikan statement itu! Tapi kerana ticket yang berharga RM120 return membawa aku sampai ke Bumi China. Tahap pengotornya bangsa China nie dalam kedai makan dia boleh hakkkkkkkkkk mengumpuikan segala hingus hat tak jadi keluaq jadi kahak dari lubang trachea ( POV Cikgu PJ kan sekarang ) beberapa minitt thuihhhhhhhh tepi kaki dalam kedai makan yang semua orang Tengah makan termasuklah aku dan kawan kawan.. Bayangkan, dalam sebuah kedai ada lapan meja makan dan setiap satu meja makan mempunyai empat kerusi dan tolak satu meja iaitu meja aku berapakah jumlah ludahan hakkkkkktuihhhhh disekeliling aku? ( POV aku baru semak kertas matematik murid ) Pernah dengaq, Iman Shafie pernah berkata mengenai pengembara ( sat bab agama GB aku tak bagi mengajaq, dia kata aku tak layak haha so ampa goggle la. Tapi akhir kata dari aku China memang kotoqq!! Oh ya, aku cover Kunming, Lijiang 2020! Nak follow tunggu la aku bukak trip. Yang Menulis _Mdmel.
Menyingkap disebalik tabir, kulit putih kemerahan, hidung tinggi bagai pelatuk yang tidak perlu diubah sesuai di mana mana negara era kemajuan yang mementingkan penampilan, disebalik raut kacaknya warga Kashmiri, terpancar keikhlasan berusaha mencari rezeki demi sesuap nasi. Tidak kira tua atau muda masing masing berebut rebut mendapatkan pelanggan demi melariskan jualan.Maka tidak hairanlah anda bakal dikerumuni beberapa orang penjual berasal daripada Kashmir sendiri yang mencuba sedaya upaya menjual pelbagai barangan kepada pelancong . Mereka juga seperti anda, saya dan awak semua yang bekerja kerana sesuap nasi, maka tolaklah dengan cara yang paling berhemat jika andai tidak berminat untuk membeli. Jangan sesekali bargain jika anda tidak mempunyai niat untuk membeli dan bargainlah semampunya kerana jualannya daripada 500rupes boleh jadi harga akhirnya hanya 100 rupees. Maka jadilah pembeli yang bijak. Kata Mereka ‘ Malaysian people is so rich’. Yang Menulis _Mdmel.