19/09/2022
PETALING JAYA β βBukan tidak mahu berjalan dalam negara, tetapi melancong ke Thailand lebih murahβ.
Itu antara respon orang ramai terhadap laporan yang mengatakan trend bercuti ke Thailand, luar negara jejas nilai ringgit.
Ia berikutan trend tersebut menyaksikan lebih banyak aliran keluar mata wang ringgit Malaysia yang dibimbangi memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, laporan tersebut mendapat reaksi orang ramai yang mempertahankan mengapa mereka lebih memilih untuk bercuti di Thailand terutama sekali Hatyai sebaik sahaja sempadan negara dibuka.
Rata-rata pengguna mendakwa, perbelanjaan untuk melancong dalam negara adalah lebih besar serta sukar untuk bercuti dengan bajet yang rendah.
βKenapa ramai bersesak ke Thailand? Pergi Hatyai je cukup, akan rasa macam tiap minggu nak pergi. Hotel murah, makan murah dan sedap. Industri pelancongan mereka memang betul-betul hidup,β kata seorang pengguna Twitter, .
βBerjalan dekat sana lebih seronok. Murah pun murah, contohnya RM15 masuk kedai serbaneka di Thailand boleh beli macam-macam. Tapi di Malaysia, tak banyak boleh dibeli dengan RM15,β kata seorang lagi pengguna dikenali sebagai Han.
Dalam pada itu, orang ramai turut berpendapat bahawa kerajaan sebaliknya perlu mengawal penjual dari luar negara di platform e-dagang kerana ringgit Malaysia lebih mudah untuk terus mengalir ke luar negara.
βPeniaga luar senang buat duit di negara ini sebab langsung tak dikawal. Sudahlah percuma, tidak perlu bayar cukai.
βKerajaan sepatutnya contohi Indonesia di mana mereka kawal peniaga dari negara luar malah ada peniaga dari China tidak boleh menjual sesetengah produk demi menjaga industri produk tempatan,β kata Eyla. β KOSMO! ONLINE