Jaulah Ilmu Ziarah Ulama

Jaulah Ilmu Ziarah Ulama Jauziy Resources (SSM : 003402058-A)
Travel & Educational Consultation
[Available in Malaysia]

JAULAH ILMU ZIARAH ULAMA (JAUZIY) menganjurkan Program Jaulah Ulama Kedah Tahun 2022. Pada peringkat permulaan, program ini dirancang untuk menziarah Ulama dan sejarah Orang Soleh yang berada di beberapa kawasan Kedah.Program ini diadakan untuk mengenali para Ulama dan melihat secara langsung corak kehidupan mereka seterusnya menjadikan mereka contoh tauladan dalam kehidupan dan mewujudkan rasa ri

ndu serta cinta terhadap Ilmu dan Ulama, dalam masa yang sama mendapatkan nasihat dan peringatan daripada mereka.

Telah pergi Maktok kepada jemaah Jauziy iaitu Ummi Ustazah Asidah. Mari sama-sama kita hadiahkan Alfatihah buatnya ๐Ÿคฒ๐Ÿป
11/11/2023

Telah pergi Maktok kepada jemaah Jauziy iaitu Ummi Ustazah Asidah. Mari sama-sama kita hadiahkan Alfatihah buatnya ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah semalam kami Team Jaulah Ilmu Ziarah Ulama berkesempatan menyantuni keluarga besar Ustazah Asidah bersempena Majlis Doa Selamat. Terima kasih atas jemputan.

Untuk pengetahuan semua, Ustazah Asidah sekeluarga diantara peserta Jaulah Ilmu Ziarah Ulama yang giat bersama kami untuk ziarah para Ulama'

Jom samaยฒ kita doakan semoga keluarga ini mendapat kebaikkan, mendapat rahmat, mendapat syurga Allah ๐Ÿคฒ

Perjuangan Ulama' Kedah (3.0)Tarikh : 21 - 23 Julai 2023 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)Berkumpul : Masjid Negeri Shah Alam (Ju...
21/06/2023

Perjuangan Ulama' Kedah (3.0)

Tarikh : 21 - 23 Julai 2023 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Berkumpul : Masjid Negeri Shah Alam (Jumaat 8 Malam)

Yuran : RM350 (3 hari)
Pakej All In : Termasuk Penginapan Hotel, Pengangkutan Bas, Makan Minum & Kitab Zikir.

ISTIMEWA : Masjid Al-Busyro | Murtadha Dakwah Centre (MADAD) | Pameran Ulama Nusantara | Pekan Rabu | Cabutan bertuah

Ziarah Ulama' dan Makam Orang Soleh :
โ€ข Mantan M***i Kedah Dato' Paduka Sheikh Badaruddin
โ€ข Tuan Guru Haji Abd Rahim Sg. Jagung
โ€ข Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada
โ€ข Baba Khairul Anuar Gajah Teriak
โ€ข Makam Tuan Hussein Kedah
โ€ข Makam Haji Chik Kodiang

Tempat menarik :
โ€ข Masjid Al-Busyro
โ€ข MADAD
โ€ข Pameran Ulama' Nusantara
โ€ข Pekan Rabu
โ€ข Pondok dan Madrasah

PANGGILAN PENDAFTARAN ZIARAH ULAMA KEDAHโ€ผโ€ผ
Tekan sini>> Www.wasap.my/601111496939/ZiarahKedah
Www.wasap.my/60107133214/ZiarahKedah

14/06/2023

Ready untuk ziarah seterusnya Kedah 3.0 ?

Alhamdulillah direzekikan dapat ziarah Baba Li dan pondok
07/06/2023

Alhamdulillah direzekikan dapat ziarah Baba Li dan pondok

Alhamdulillah nikmat ziarah bersama Jaulah Ilmu Ziarah Ulama bukan sekadar dapat makanan rohani sahaja, makanan jasmani ...
07/06/2023

Alhamdulillah nikmat ziarah bersama Jaulah Ilmu Ziarah Ulama bukan sekadar dapat makanan rohani sahaja, makanan jasmani pun dapat.

Paling best kalini ziarah Kelantan, memang semua makanan rare kelantan kita cuba !

Antaranya :
1. Nasi Dagang
2. Laksa Kelantan
3. Set Ike Bekok
4. Aiskrim Rare Pasar Siti Khadijah
5. Nasi Kerabu Kelantan
6. Nasi Kak Wook Kelantan
7. Nasi Air Kelantan
8. Kuew Teow Air Kelantan
9. Kuih Muih
10. Nasi Kambing Kelantan

Alhamdulillah, rezeki yang ikut ziarah kalini. Sebelum ni dah merasa makanan Kedah, makanan Selangor & KL, makanan melaka.

InsyaAllah ada rezeki kita sambung jaulah ziarah ke Negeri lain p**a ๐Ÿ™Œ

Barakallahufeekum ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Tok Ayah Haji Hassan @ Pok Long - Murid Terakhir Tok KenaliAlhamdulillah, syukur ya Allah. 5 Jun 2023 kami berkesempatan...
06/06/2023

Tok Ayah Haji Hassan @ Pok Long - Murid Terakhir Tok Kenali

Alhamdulillah, syukur ya Allah. 5 Jun 2023 kami berkesempatan Ziarah Anak Murid akhir Tok Kenali. Walaupun pada awalnya tidak direzekikan bertemu, tetapi atas kehendak Allah kami dipermudahkan untuk bertemu dengan asbab beberapa perkara.

Sedikit biodata beliau yang al-Faqir (Tengku Yusuf) himpun masa ziarah.

Haji Hassan Bin Salleh dilahirkan pada tahun 1912 di Kampung Gong Datuk, 16800, Pasir Puteh, Kelantan. Dalam kad pengenalannya, tertulis tahun lahir 1928, namun katanya beliau daftar kelahiran lewat belasan tahun kerana kesukaran hidup pada waktu itu. Beliau mempunyai dua orang kakak seibu sebapa.

Pendidikan agamanya diperolehi sekitar Kelantan. Beliau sempat belajar dengan wali Allah Tok Kenali selama beberapa bulan sebelum Tok Kenali meninggal dunia. Katanya lagi, beliau masih ingat keadaan Tok Kenali mengajar dan bagaimana khadam-khadam Tok Kenali berkhidmat dengan Tok Kenali. Pada awalnya, beliau pergi ke pondok Tok Kenali lalu berjumpa Tok Kenali untuk menyatakan hasratnya belajar ilmu Sufi. Namun Tok Kenali menyuruhnya balik. Lama kelamaan barulah beliau tahu bukan ilmu Sufi yang sebenarnya tetapi ilmu Tasawuf. Selepas itu baru beliau diterima belajar oleh Tok Kenali. Pok Long cerita juga dihari meninggalnya Tok Kenali, orang yang menziarahi jenazahnya sangat ramai, ribuan. Tak putus-putus orang mengaji di kubur Tok Kenali.

Selepas Tok Kenali meninggal dunia, beliau berpindah duduk di Bachok dan dalam kesempatan itu beliau belajar dengan wali Allah Tok Bachok dalam 3 atau 4 tahun. Di situ beliau bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Zain Kemudi (anak Tok Bachok).

Setelah itu, beliau p**ang ke kampung halaman lalu menyambung p**a pengajian dengan Tuan Guru Haji Abdul Kadir Pondok Gaal selama beberapa tahun. Di sini beliau belajar dan berkhidmat dengan Tok Guru. Tambahan beliau tadi, beliau juga sempat bertemu dengan wali Allah Tok Selehor.

Habis belajar di pondok, Pok Long mencari rezeki dengan membuka kedai gunting rambut di Kampung Gong Datuk sehingga usianya lanjut.

Tok Ayah @ Pok Long yang kini berusia 110tahun masih dikurniakan Allah Taala kesihatan yang baik, mata yang masih boleh melihat, telinga yang jelas pendengaran serta ingatan yang masih kuat.

Antara pesanan beliau tadi :

1. Ngaji buat mudah jangan buat susah, manfaatkan waktu muda
2. Solat jangan tinggal walau susah macam mana sekalipun

Beliau adalah murid terakhir kepada Tok Kenali yang masih ada. Walaupun beliau bukan seorang tok guru yang membuka pondok atau mengajar, tapi berkatnya mengaji dengan Tok Kenali dan Tok Bachok masih ada. Dan mudah-mudahan asbab keberkatan tersebut, kita peroleh manfaat. InsyaAllah.

Alhamdulillah semalam kami Team Jaulah Ilmu Ziarah Ulama berkesempatan menyantuni keluarga besar Ustazah Asidah bersempe...
29/05/2023

Alhamdulillah semalam kami Team Jaulah Ilmu Ziarah Ulama berkesempatan menyantuni keluarga besar Ustazah Asidah bersempena Majlis Doa Selamat. Terima kasih atas jemputan.

Untuk pengetahuan semua, Ustazah Asidah sekeluarga diantara peserta Jaulah Ilmu Ziarah Ulama yang giat bersama kami untuk ziarah para Ulama'

Jom samaยฒ kita doakan semoga keluarga ini mendapat kebaikkan, mendapat rahmat, mendapat syurga Allah ๐Ÿคฒ

Khas buat Para Penziarah Jaulah Ilmu Ziarah Ulama Negeri Kelantan. E-book ringkas berkaitan Manaqib Ulama Kelantan โœจ
29/05/2023

Khas buat Para Penziarah Jaulah Ilmu Ziarah Ulama Negeri Kelantan. E-book ringkas berkaitan Manaqib Ulama Kelantan โœจ

Ramadhan bakal beransur pergi,Syawal menjelma Aidilfitri,Seikhlas hati menyusun jari,Memohon dimaaf kekhilafan diri,Sala...
20/04/2023

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Setulus Ikhlas daripada ๐—ง๐—ฒ๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น & ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜ ๐—๐—ฎ๐˜‚๐˜‡๐—ถ๐˜† ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€

09/04/2023

Alhamdulillah terima kasih semua yang menyumbang.
Semoga ada ganjaran pahala buat anda semua ๐Ÿซถ

๊œฑแด‡ส™แด€ส€แด‹แด€ษด ! ๊œฑแด‡ส™แด€ส€แด‹แด€ษด ! ๊œฑแด‡ส™แด€ส€แด‹แด€ษด ![๐™•๐™„๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ 2023]Kami Jaulah Ilmu Ziarah Ulama' akan ke Negeri Kelantan untuk Ziarah Tuan Gu...
29/03/2023

๊œฑแด‡ส™แด€ส€แด‹แด€ษด ! ๊œฑแด‡ส™แด€ส€แด‹แด€ษด ! ๊œฑแด‡ส™แด€ส€แด‹แด€ษด !
[๐™•๐™„๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ 2023]
Kami Jaulah Ilmu Ziarah Ulama' akan ke Negeri Kelantan untuk Ziarah Tuan Guru, Makam, Pondok & Tempat bersejarah.
๐‰๐€๐”๐‹๐€๐‡ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ KELANTAN ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘
MUSLIMIN ๐Ÿ‘จ๐Ÿป MUSLIMAT๐Ÿง•๐Ÿป & KELUARGA๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ
Anda masih tercari-cari mana tempat yang seronok untuk berjalanโ“โ“Dalam masa yang sama, anda juga ingin melakukan perkara yang bermanfaat
โžก๏ธ Jom sertai bersama JAUZIY dalam Jaulah Siri ke-5 โฌ…๏ธ
InsyaaAllaah, pasti seronok ๐Ÿคฉ
๐Ÿ—“ 2-5 Jun 2023
Yuran Penyertaan : ๐Ÿ†๐Ÿ…ผ500.00 sahaja
๐“๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค :
โ€ข Penginapan Tempat Tidur
โ€ข Pengangkutan pergi balik dan tour
โ€ข Makan dan Minum
โ€ข Kitab Zikir
โ€ข Pengisian Rohani
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ 36 Orang Sahaja
๐—ฅ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—”๐—ฑ๐—ฎ
Jom kita sembang di whatsapp :
Klik link ini ๐Ÿ“ฒ http://Www.wasap.my/+601111496939/Ziarahkelate โ˜Ž๏ธ
Klik link ini ๐Ÿ“ฒ http://Www.wasap.my/+60107133214/ZiarahKelate โ˜Ž๏ธ
Atau layari laman page kami ๐Ÿ–ฅ๐Ÿ–ฅ
โŒจ๏ธ https://www.facebook.com/jauziy/ โ€ข

Alhamdulillah, harini kita akan serahkan sumbangan untuk makanan moreh๐ŸฅฐJangan lupa mendoakan kami ๐Ÿคฒู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰
28/03/2023

Alhamdulillah, harini kita akan serahkan sumbangan untuk makanan moreh๐Ÿฅฐ

Jangan lupa mendoakan kami ๐Ÿคฒ
ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰

Alhamdulillah progress sumbangan update terbaru 28.3.23.Sumbangan masih berjalan seperti biasa dan kami pihak Jauziy aka...
28/03/2023

Alhamdulillah progress sumbangan update terbaru 28.3.23.
Sumbangan masih berjalan seperti biasa dan kami pihak Jauziy akan salurkan sumbangan ini sebaik mungkin sebagai makanan dibulan Ramadhan
Alhamdulillah kerana mempercayai kami โœจ

Alhamdulillah duit sumbangan anda semua telah kami jadikan juadah berbuka puasa. Oden dan disulam dadih.Semoga Dipermuda...
27/03/2023

Alhamdulillah duit sumbangan anda semua telah kami jadikan juadah berbuka puasa. Oden dan disulam dadih.
Semoga Dipermudahkan urusan mereka yang p**ang dari kerja untuk berbuka puasa nanti โœจ

Address

Petaling Jaya
47810

Telephone

+601156565184

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jaulah Ilmu Ziarah Ulama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jaulah Ilmu Ziarah Ulama:

Videos

Share

Category