11/10/2023
Ramai orang datang jumpa Ustaz mengadu.
"Ustaz saya stress lah ustaz."
"Kau dah doa ke belum?" Ustaz tanya dia.
"Ala..dah doa ustaz tapi sama je."
"Kau doa macam mana?"
"Saya doa macam tulah, dalam bahasa Arab lah."
"Kau faham tak bahasa ARab tu?"
"Tak. Baca je."
Boleh baca dalam masa sama, berdoa juga dalam bahasa melayu.
"Ya Allah aku stress ya Allah. Duit tak ada ya Allah. Anak nak minum susu pun bercatu. Kau tolonglah aku ya Allah. Beri jalan keluar, aku dah buntu ni ya Allah."
Doa kena lama. Jangan terkejar-kejar.
Upgrade kualiti kita berkomunikasi dengan Allah.
Macam mana berkomunikasi dengan Allah?
Itulah yang kita buat melalui solat.
Solat itulah doa.
Cara paling mudah adalah doa.
DOA BOLEH DIBUAT SEPANJANG MASA, BUKAN ATAS SEJADAH SAHAJA.
Ada orang nak berdoa dia rasa kena ada wuduk. Itu adab sahaja.
Sebenarnya rukun berdoa itu ialah bila-bila masa, dimana-mana sahaja.
Kedua, ustaz selalu beritahu RAMAI ORANG MEMBACA DOA, TETAPI TIDAK BERDOA.
Maksudnya hanya baca dalam bahasa Arab.
Dia tak faham makna
Dia tak dapat hayati.
Doa mesti datang daripada hati.
"Ya Allah ampunkan dosaku, ampunkan dosa ibuku ya Allah.
Masa hidup ibuku terlalu bersusah payah, besarkan aku. Aku ada derhaka kepada ibuku ya Allah. Ampunkan dosaku ya Allah. Ampunkan dosa ibuku ya Allah."
Kalau hanya baca doa.
Maknanya tidak bersungguh-sungguh meminta.
Dimulut sebut, tetapi hatinya tidak hidup. Dia mati ketika berdoa
When you want it, mesti all out!
Cara berdoa
1. Mula-mula puji Allah
2. Nyatakan kesyukuran
3. Berselawat ke atas Rasulullah s.a.w
4. Menggunakan Asmaul Husna
5. Bersungguh-sungguh dalam berdoa
6. Yakin doa dimakbulkan, jangan ragu-ragu
Macam itulah caranya kalau nak dapat sesuatu daripada Allah.
Bersungguh-sungguh. Berulang-ulang.
Satu lagi perkara paling penting ketika BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH MESTI FAHAM.
Ramai yang membaca doa, tak faham.
Bayangkan kalau kita dah 70 tahun solat tapi tak faham.
Doa ni bila kita faham, barulah menghidupkan hati.
Ada perasaan, bukan kosong.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Kita betul-betul faham tak makna doa ni yang setiap kali dibaca selepas solat?
"Ya Tuhanku, berikalah kami kebaikan di dunia dan berikan p**a kebaikan akhirat dan lindungilah Kami daripada azab seksa neraka."
Bayangkan 5 kali sehari, memang waktu kita berdoa.
Penting sangat kita buat dengan penuh perasaan.
Kalau tidak jadi sia-sia sahaja.
Pagi solat Subuh, penuh dengan doa.
Tengahari solat Zohor, berdoa lagi. Minta Allah mudahkan kerja.
Petang solat Asar, berdoa lagi. Mohon lagi Allah bagi tenang selepas penat kerja.
Malam, solat Maghrib, mohon lagi pengampunan Allah.
Sebelum tidur Solat Isyak, berdoa Allah terima amal ibadah kita.
Bayangkan solat ni jalan kita nak berjaya di dunia dan akhirat.
Bila ada ujian sepanjang hari, 5 kali sehari Allah bagi ruang kita meminta dan merayu kepada Allah.
Waktu solat kita baca dalam bahasa Arab tapi dalam hati kita zahirkan kefahaman dalam bahasa melayu maknanya. Waktu sujud, lepas bacaan sujud dalam hati doa,
"Ya Allah, lembutkanlah hati suamiku yang panas baran sebagaimana Kau lembutkan besi kepada Nabi Daud a.s. Ya Latif, Ya Arhamanrahimin."
"Ya Allah, elokkan tutur kata isteriku supaya dia melayaniku dengan baik ya Allah."
"Ya Allah, lembutkan hati anak-anakku mendengar didikan kami ibu ayahnya."
"Ya Allah, tenangkan hatiku, bantulah aku membuang sifat-sifat buruk dalam diriku."
Jadi jangan sia-siakan setiap saat dalam solat untuk faham apa yang kita cakap kepada Allah.
Nak lagi dekat dengan Allah, tambah lagi dengan solat-solat Sunat sebelum dan selepas solat.
Jom sahabat-sahabat ustaz, pujuk hati kita, walau berapa pun umur kita baiki kualiti solat dengan cara faham.
Ingat, DOA BOLEH DIBUAT SEPANJANG MASA, BUKAN ATAS SEJADAH SAHAJA.
BUKAN SEKADAR BACA DOA TAPI MESTI FAHAM MAKNA DOA.
Tolong ustaz share ya posting ini supaya lebih ramai orang dapat manfaatnya.