Umm Qays Travel & Tours

Umm Qays Travel & Tours Your professional Travel Manager ..

Alhamdulillah, selesai tugasan airport duty hari ini untuk Puan Majini Abdul Majid dan keluarga bagi perjalanan istimewa...
23/12/2024

Alhamdulillah, selesai tugasan airport duty hari ini untuk Puan Majini Abdul Majid dan keluarga bagi perjalanan istimewa mereka ke TÜRKİYE 🇹🇷 • 10D9N (Private Trip) pada 23 Disember 2024.

Semoga perjalanan mereka dipermudahkan serta dipenuhi dengan kenangan indah dan pengalaman yang tidak terlupakan di bumi Turkiye.

Bagi anda yang berminat untuk pengalaman percutian yang personal dan eksklusif, Umm Qays Travel & Tours sedia membantu merancang perjalanan impian anda! 🌏✈️

Hubungi Travel Consultant Emi
Klik WhatsApp link ini:
https://wa.me/message/XNDUKT6YNKMCD1

Ada yang bertanya pada kami pasal flight itinerary dan tiket.. mungkin risau sebab sekarang ni tengah viral isu influenc...
17/12/2024

Ada yang bertanya pada kami pasal flight itinerary dan tiket.. mungkin risau sebab sekarang ni tengah viral isu influencer yang menggelarkan dirinya Travel Agent dah scammed berpuluh customer yang beli package travel dengan dia.

Berbalik pasal flight itinerary dan tiket. Untuk makluman, kami ada menyediakan 3 jenis trip iaitu, Big Group (10 pax ke atas), Small Group (6-7 pax) dan Private Group (tak kisah jumlah berapa). Setiap jenis group ini ada policy flight yang berbeza.

1. Big Group (10 pax ke atas). Untuk big group selalunya kami gunakan untuk trip umrah. Untuk big group, kami akan book seat dengan airlines walaupun masa tu kami belum ada cukup guest untuk join trip. Ini boleh dibuat sebab untuk booking seat 10 pax ke atas ni tak perlu pun nama penumpang. Travel agent hanya akan booking dan bayar deposit mengikut jumlah seat. Bila 45-30 hari sebelum terbang barulah airlines akan minta full payment dan nama penumpang yang dah confirm untuk terbang.

2. Small Group (6-7). Untuk small group departure bagi kebanyakan trip kami.. kami akan beli tiket apabila cukup 6 pax untuk departure. Ini kerana untuk small group kami tak boleh nak book seat seperti mana yang kami buat untuk Big Group (10 pax ke atas). Tiket macam ni kena ada nama penumpang dan baru kita boleh keluarkan tiket. Kalau ada yang tanya kami flight itinerary atau flight ticket untuk small group ni, kami akan bagi suggestion itinerary sahaja. Once dah cukup 6 pax yang confirm untuk join trip baru kami akan beli tiket atas nama tuan puan.

3. Private Group. Untuk private group method pun agak sama dengan small group.. tapi untuk private group terdapat banyak pilihan bergantung pada guest seperti nak flight apa, timing macam mana, harga murah atau mahal.. once customer dah ok, kami akan confirmkan harga tiket.. bayar dan kami akan keluarkan tiket.

So kepada yang nak join trip Small Group kami jangan risau tak ada tiket ke apa.. insyaAllah setakat ni kami tak pernah lagi bagi fake tiket pada guest kami. Selalunya antara 60 hingga 45 hari sebelum terbang guest dah terima tiket masing-masing.

Ada yang dah pernah join small group kami sebelum ni tak? cuma komen sikit 😊😊😊

𝕃𝕆ℕ𝔻𝕆ℕ ℂ𝔸𝕃𝕃𝕀ℕ𝔾 - Trip free and easy jelajah Kota LondonApa yang kami pakejkan dalam trip London ni?1. Sampai je di airpo...
16/12/2024

𝕃𝕆ℕ𝔻𝕆ℕ ℂ𝔸𝕃𝕃𝕀ℕ𝔾 - Trip free and easy jelajah Kota London

Apa yang kami pakejkan dalam trip London ni?

1. Sampai je di airport London, akan ada private transport beserta driver yang akan menjemput dan menghantar ke hotel penginapan. Untuk p**ang pun sama, kami dah sediakan private transport untuk hantar ke airport. So tak perlu risau nak bawa luggage besar-besar tu untuk naik train atau nak cari taxi sebab harga taxi di London ni boleh tahan mahal tau.

2. Hotel di London untuk 5 malam. Selesa untuk anda berehat setelah penat seharian mengukur jalan di Kota London.

3. Oyster Card yang telah dipenuhkan dengan nilai 100£ .. amount ni membolehkan anda gunakan untuk naik train atau bus di dalam London sepanjang 6 hari.

4. Ada Tour Leader (TL) yang akan bawa korang jalan-jalan sekitar London.. jadi tak perlu risau kalau tersesat. Boleh juga tanya rekomendasi dari TL untuk tempat-tempat menarik di Kota London pada dia.

Apa yang anda perlu buat adalah beli tiket untuk terbang ke London sebab tiket kapal terbang tak termasuk dalam harga RM3,950 ni.. carilah airlines apa yang anda berkenan. Harga murah atau mahal pun terp**ang pada anda.

Siapa yang sesuai untuk join trip ni?
1. Yang pertama kali nak ke London tapi risau atau tak ada kawan.
2. Family pun tak ada masalah kalau nak join. Kalau ada anak-anak kecil pun takpe sebabnya train dan bus di sana sangat mesra stroller. Tapi kalau taknak susah-susah, boleh upgrade kepada Private Transport.

Hanya RM3,950 seorang untuk 6 Hari 5 Malam. Itinerary flexible supaya anda rasa puas untuk terokai sekitar Kota London. Nak lepak-lepak di Hyde Park atau Greenwich Park, nak cafe hunting atau nak shopping di Primark Dan Harrods atau local market.. memang sempat sangat. Kalau nak buat day trip ke Cotswold atau ke Bicester Village pun tak ada masalah. Ada bajet lebih nak ke Paris pun kami boleh aturkan.

Untuk tahun 2025, kami ada buka beberapa tarikh seperti di bawah:

15 - 20 May 2025
14 - 19 Sept 2025
17 - 22 Nov 2025
15 - 20 Dec 2025
22 - 27 Dec 2025

Jom.. kita santai-santai di London. Trip small group 6-10 pax je.. boleh klik link di bawah untuk info lanjut:
👉 https://wa.me/60172315731?text=LONDON
👉 https://wa.me/60184040573?text=LONDON
👉 https://wa.me/60134944733?text=LONDON

Battersea Powerstation, LondonKalau kalian nak tahu, projek pembangunan Battersea ni dijalankan oleh konsortium bersama ...
15/12/2024

Battersea Powerstation, London

Kalau kalian nak tahu, projek pembangunan Battersea ni dijalankan oleh konsortium bersama SP Setia, Sime Darby Property, Permodalan Nasional Berhad dan Kump**an Wang Simpanan Pekerja. Ini menjadikan tapak powerstation paling iconic dan bersejarah di London yang dulu terbiar kini meriah semula.

Kawasan Battersea Powerstation ni agak luas tau.. ada shopping mall, office units, condominiums dan tempat lepak-lepak. Dari pemerhatian kami, kebanyakan yang datang ke Battersea Powerstation ni adalah Londoners atau orang lokal London untuk shopping. Tourist ada la juga walaupun tak ramai.

Sebagai warganegara Malaysia, kami agak berbangga bila ada mercu tanda Malaysia tersergam di kota metropolitan London. Kalau nak tahu, kat sini siap ada prayer room untuk muslim bersolat tau...

By the way, ada yang tanya.. trip UK kami ada bawa ke sini tak?
Selalunya kami tak bawa.
Tapi kalau ada berminat nak datang dan lihat mercu tanda Malaysia di London ni .. boleh request, nanti kami cuba masukkan dalam itinerary. Kalau trip tak cukup masa, kita boleh je extend sehari dua di London.. 😎😎

Untuk makluman, Roadtrip England-Scotland untuk 2025 hampir penuh dah tau..
Tarikh Trip:
1- 12 May: 1 seat available (female solo)
1- 12 November: 2 seats available

Jika tarikh di atas kurang sesuai dengan plan anda, kami juga boleh arrange private trip untuk disesuaikan dengan tarikh dan itinerary anda.

Boleh klik link di bawah berhubung dengan kami ..
👉 https://wa.me/60172315731?text=ROADTRIP-UK
👉 https://wa.me/60184040573?text=ROADTRIP-UK
👉 https://wa.me/60134944733?text=ROADTRIP-UK

Harini kita jalan-jalan sekitar Dunedin, New Zealand.Dunedin Railway Station ni adalah satu bangunan iconic yang ada di ...
12/12/2024

Harini kita jalan-jalan sekitar Dunedin, New Zealand.

Dunedin Railway Station ni adalah satu bangunan iconic yang ada di sini, dan antara lokasi wajib untuk bergambar.

Alhamdulillah, selesai tugasan airport duty hari ini untuk Puan Chee Ying Yap dan keluarga bagi trip istimewa mereka ke ...
10/12/2024

Alhamdulillah, selesai tugasan airport duty hari ini untuk Puan Chee Ying Yap dan keluarga bagi trip istimewa mereka ke SOUTH NEW ZEALAND 🇳🇿 • 10D7N (Private Trip) pada 10 Disember 2024.

Semoga perjalanan mereka dipermudahkan serta dipenuhi dengan kenangan indah dan momen yang tak terlupakan di tengah keindahan alam New Zealand.

Untuk sesiapa yang berminat untuk pengalaman travel yang personal dan eksklusif, kami, Umm Qays Travel & Tours sedia membantu merealisasikan impian percutian anda! 🌏✈️

Contact Travel Consultant Emi - Travel Consultant
untuk pertanyaan lanjut, click whatssap link ini: https://wa.me/message/XNDUKT6YNKMCD1

Tengah plan untuk bawa anak-anak bercuti masa cuti sekolah nanti? Boleh bawa anak-anak untuk menikmati scenery di Neusch...
10/12/2024

Tengah plan untuk bawa anak-anak bercuti masa cuti sekolah nanti?
Boleh bawa anak-anak untuk menikmati scenery di Neuschwanstein Castle yang dikatakan menjadi inspirasi kepada Istana Cinderella dalam filem Disney.

Prague - German - Austria
Bermula dari RM9,800 per pax

Pernah tertanya-tanya apa sains di sebalik fenomena ajaib seperti Aurora? 🤔AIRGLOW dan AURORA adalah fenomena optik yang...
02/12/2024

Pernah tertanya-tanya apa sains di sebalik fenomena ajaib seperti Aurora? 🤔

AIRGLOW dan AURORA adalah fenomena optik yang berlaku apabila atom dan molekul di atmosfera memancarkan cahaya selepas menyerap tenaga. Walaupun kedua-duanya berada pada altitud serupa, punca fenomena ini berbeza.

Airglow terjadi akibat radiasi solar dan berlaku di seluruh dunia sepanjang masa, seragam di langit malam.

Aurora, p**a, hanya muncul di kawasan kutub, berbentuk cincin, dan terhasil daripada interaksi antara tenaga solar dan medan magnet Bumi.

Sumber: Earth Observatory NASA

Airglow
https://youtu.be/Gzl-b6lnWvQ?si=xtGCOlwoiDy8VTFK

Aurora
https://youtu.be/GcT95jmQOiI?si=pSeiwDX-BwBBQwhR

🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯🤯

Sangat menarik bukan?! Apa lagi, jom hunting aurora bersama Umm Qays Travel & Tours pada trip Norway atau Iceland!

Whatssap TC UQ untuk maklumat lanjut!
Tekan link di sini: https://wa.me/message/AORDEOEKMHHJF1

Calling for Edinburgh ..Hanya beberapa sahaja seat yang masih available untuk open trip England-Scotland 2025 .. 19-30 A...
01/12/2024

Calling for Edinburgh ..

Hanya beberapa sahaja seat yang masih available untuk open trip England-Scotland 2025 ..

19-30 April: 4 seats available
01-12 May: 2 seats available
01-12 November: 3 seats available

Walaupun tarikh nak pergi lambat lagi.. tapi dah ada yang register untuk tarikh-tarikh ni tau.
Deposit RM500 sahaja. Boleh klik link di bawah untuk dapatkan info lanjut dari kami...
👉 https://wa.me/60172315731?text=ROADTRIP-SCOTLAND
👉 https://wa.me/601127146779?text=ROADTRIP-SCOTLAND
👉 https://wa.me/60134944733?text=ROADTRIP-SCOTLAND

Woww tahniah Malaysia Airlines !Moga dapat naik flight ni pada next trip! Aminn 🥰😍
30/11/2024

Woww tahniah Malaysia Airlines !

Moga dapat naik flight ni pada next trip!

Aminn 🥰😍

𝗟𝗮𝘂𝘁𝗲𝗿𝗯𝗿𝘂𝗻𝗻𝗲𝗻.. 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗲 𝗦𝘄𝗶𝘀𝘀.Rasa macam nak pindah dok sini je kan.Air terjun disebelah kanan tu na...
28/11/2024

𝗟𝗮𝘂𝘁𝗲𝗿𝗯𝗿𝘂𝗻𝗻𝗲𝗻.. 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗲 𝗦𝘄𝗶𝘀𝘀.

Rasa macam nak pindah dok sini je kan.
Air terjun disebelah kanan tu namanya Staubbach, antara yang paling pop**ar dalam banyak-banyak air terjun yang ada di Lauterbrunnen ni.
Dari Lauterbrunnen ni juga korang boleh naik scenic train ke Jungfraujoch, puncak tertinggi di Europe.

Jom ikut trip exclusive kami. Hanya 7-8 peserta sahaja dalam satu group, bila tak ramai.. mudah la nak singgah mana-mana pun.

Trip Best of Swiss tahun 2025 dah pun dibuka untuk tempahan. Tempat terhad.
Boleh klik link di bawah untuk berhubung terus dengan Tour Consultant kami..

Emi - https://wa.me/601127146779?text=ROADTRIP-SWISS
Afiq - https://wa.me/60134944733?text=ROADTRIP-SWISS
Azie - https://wa.me/60172315731?text=ROADTRIP-SWISS

Warganegara Malaysia yang ingin melancong ke United Kingdom dari 8 January 2025 sudah boleh menghantar permohonan untuk ...
26/11/2024

Warganegara Malaysia yang ingin melancong ke United Kingdom dari 8 January 2025 sudah boleh menghantar permohonan untuk United Kingdom Electronic Travel Authorisation atau UK ETA bermula dari 27 November 2024. Untuk makluman, ETA ni bukanlah visa tetapi hanya kebenaran untuk masuk sahaja.

Permohonan akan mengambil masa lebih kurang tiga (3) hari bekerja. Bayaran untuk sekali permohonan adalan 10£ dan tiada refund akan diberikan jika permohanan ditolak. Semua pelancong tidak mengira usia (baby & kanak-kanak) wajib memohon UK ETA sebelum terbang.

Pemohonan perlu dilakukan melalui apps atau website. Sebelum memohon, pastikan anda sudah bersedia dengan passport yang akan digunakan untuk masuk ke UK, email dan credit/debit card untuk pembayaran. Kalau passport hampir expired, dinasihatkan untuk renew dahulu passport sebelum kemukakan permohonan.

Information on who can get an ETA and how to apply before coming to the UK.

Siapa sangka melihat Aurora Utara di UK lebih mudah daripada yang anda sangka! Dari Isle of Harris hingga Langdale Valle...
25/11/2024

Siapa sangka melihat Aurora Utara di UK lebih mudah daripada yang anda sangka! Dari Isle of Harris hingga Langdale Valley, anda tak perlu ke Iceland atau Norway untuk menikmati keindahan pancaran aurora.

Waktu terbaik ialah dari September hingga April, sekitar tengah malam (11 malam–2 pagi), dengan malam yang gelap dan cuaca cerah. Lebih menarik, fenomena Solar Maximum akan memuncak pada 2024, menjadikan aurora lebih kerap dan memukau.

Antara lokasi terbaik ialah Isle of Lewis, Cairngorm Mountain, Langdale Valley, dan Rathlin Island. Untuk pengalaman magis, rancang perjalanan ke lokasi gelap ini bersama Umm Qays Travel & Tours

Ada yg berminat utk private trip memburu Aurora di UK 🇬🇧?

Jom roger TC Emi - Travel Consultant
Tekan pd whatssap link dibawah:

https://wa.me/message/AORDEOEKMHHJF1

Ada yang berminat untuk merasai suasana Ramadan dan Tarawih di Bursa Grand Mosque dan Hagia Sophia tak?Kami ada Pakej Sp...
25/11/2024

Ada yang berminat untuk merasai suasana Ramadan dan Tarawih di Bursa Grand Mosque dan Hagia Sophia tak?

Kami ada Pakej Special Ramadan di Turki dengan harga dari RM3,600 per pax untuk 5 hari 4 malam.

Boleh whatsapp kami di 0122801141 atau klik link di bawah untuk info lanjut..

https://RamadanTurkiye.wasap.my

Uols, sekarang ni tengah berlegar-legar di platform ni jualan tiket flight dengan harga yang tak masuk akal.. Tolonglah ...
24/11/2024

Uols, sekarang ni tengah berlegar-legar di platform ni jualan tiket flight dengan harga yang tak masuk akal..
Tolonglah jangan terpedaya, jangan terdetik sekali pun nak beli melalui scammer ni.

Kami dah checked dengan airlines dan agent tiket kami.. semua offer yang diiklankan dalam tu tak valid.

Kalau taknak beli dengan travel agent berlesen macam kitorang, so uols boleh beli je online...lebih selamat.

Sekian pesanan kasih sayang dari kami 😊😊

Günaydın Cappadocia.. snow dah turun harini
24/11/2024

Günaydın Cappadocia..
snow dah turun harini

Ada yang tanya pada kami, boleh ke kalau nak singgah Portmeirion kejap..Of course la boleh.. trip kita kan santai-santai...
23/11/2024

Ada yang tanya pada kami, boleh ke kalau nak singgah Portmeirion kejap..

Of course la boleh.. trip kita kan santai-santai je, nak menyinggah kat mana-mana pun ok, just bagitahu je pada TL.. nanti pandai la kami adjust untuk masukkan dalam itinerary.

Niat nak cuci mata je pun.. tapi terbeli jugak ehhh

Address

S-119, 2nd Floor, Seasons Square, Jalan PJU 10/3C
Petaling Jaya
47830

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60361410774

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umm Qays Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umm Qays Travel & Tours:

Videos

Share