Jom Pi Umrah Penang

Jom Pi Umrah Penang Kami menyediakan pakej Umrah yang termurah iaitu RM6,000 (02 Mac 2019) dan membantu anda sekelian untuk memudahkan menjalani ibadah Umrah.

Dengan hormatnya menawarkan pakej-pakej umrah dan ziarah yang menarik untuk tahun 2016/17 kepada umat Islam di Malaysia, yang mempunyai nilai hebat tetapi kompetitif dengan memberi penekanan dari segi keselesaan dan keselamatan. Menjadi hasrat kami untuk menjayakan perjalanan umrah anda semoga ianya menjadi suatu pengalaman dan kenangan manis yang terindah buat sepanjang hayat dan p**ang dengan mencapai umrah yang maqbul, insyaAllah.

https://youtu.be/duozxVXBfkE
26/09/2021

https://youtu.be/duozxVXBfkE

sambutan Hari Raya Aidiladha, FINAS mempersembahkan program Retrospektif Sinema dengan tayangan eksklusif Dokumentar...

Subhan AllahSolat ketika Musim Haji DiKaabahMasjidil Al-Haram Makkah Al-Mukarramah
19/07/2021

Subhan Allah
Solat ketika Musim Haji DiKaabah
Masjidil Al-Haram Makkah Al-Mukarramah

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji p...
17/07/2021

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Selamat Menyambut Hari Raya Haji/Aidil Adha.. Maaf Zahir dan Batin😊

P/s:
Photo dari tahun 1930’an
Kapal Haji diPelabuhqn Pualau Pinang

Jeddah di tahun 1930’an

Mekkah/Kaabah di tahun 1930’an

- AlFatihah buat Ninda Ishak bin Chu Ibrahim yg meninggal di Mekkah
(menaiki kapal haji diPenang)

Pintu2 maksiat rasuah haji umrahMungkin ramai tak tahu macam mana rasuah boleh berlaku dalam pengurusan ibadat haji. Di ...
16/04/2021

Pintu2 maksiat rasuah haji umrah

Mungkin ramai tak tahu macam mana rasuah boleh berlaku dalam pengurusan ibadat haji. Di sini saya nak kongsi sedikit pintu2nya:

Pintu 1:

Visa haji Furada. Visa Furada ialah visa khas kerajaan Arab Saudi yang diberikan kepada sesiapa yang dipersetujui. Ia tidak termasuk dalam kuota haji yang dianugerahkan kepada jemaah negara ini, iaitu berdasarkan ratio 1 peratus drpd jumlah penduduk negara.

Biasanya visa furada ini diperolehi oleh mana2 syarikat atau orang perseorangan yang berpengaruh. Sokongan daripada menteri agama adalah salah satu cara atau kabel yang kuat untuk mendapat visa furada.

Mana2 syarikat yang mendapat visa ini memang lumayan. Mereka boleh perniagakan p**a visa itu kepada syarikat2 lain dengan harga berlipat kali ganda berdasarkan permintaan. Sebab itu ada pakej haji mewah sehingga hampir RM200k.

Ketika YB Dr. Mujahid menjadi menteri agama, beliau langsung tidak melayani mana2 pihak atau syarikat yang memohon untuk mendapat sokongan menteri. Kalau nak visa itu, sila berurusan sendiri dengan kedutaan Saudi. Pejabat menteri agama tidak boleh masuk campur. Demikian kami diarahkan ketika itu.

Keengganan menteri agama ketika itu melayani kehendak saudagar2 haji ini menjadi salah satu sebab beliau sangat dibenci dan diserang saban hari, termasuk oleh geng sunnah yang sudah lama menikmati habuan lumayan di zaman kerajaan sebelumnya.

Pintu 2:

Pajakan hotel di Makkah dan Madinah. Syarikat2 travel haji umrah mesti memajak hotel2 di Saudi daripada pemilik2 Arab. Tabung Haji sendiri tidak memiliki jumlah hotel yang mencukupi untuk penempatan jemaah dari Malaysia yang berjumlah lebih 30 ribu orang sepanjang satu2 musim haji. Maka syarikat2 tertentu melobi daripada TH untuk mendapatkan jemaah yang menjadi pelanggan hotel pajakan mereka. Sudah tentu mana2 syarikat yang rapat dengan menteri agama ada kelebihan, kerana semua maklum TH berada di bawah menteri agama.

Ketika saya di pejabat menteri agama, saya mendapat tahu ada syarikat yang mendatangani kontrak pajakan hotel sedangkan bangunan hotelnya belum siap pembinaan. Ada juga syarikat yang hotelnya saling tak tumpah seperti rumah tumpangan dengan keadaan dhaif dan jaraknya lebih jauh daripada Masjidil Haram, digunakan hanya ketika musim haji sahaja, tetapi mendapat kontrak penempatan jemaah haji Malaysia. Sedangkan ada syarikat lain yang mengadu syarikatnya tak mendapat peluang itu walaupun mempunyai premis hotel yang beroperasi sepanjang tahun sebagai hotel dengan jarak yang lebih dekat. Jadi isu ketelusan kontrak timbul di situ.

Saya dan mantan timbalan menteri agama cuba menyelidik perkara itu bagaimana boleh berlaku. Adakah di sana berlaku sesuatu yg 'luar biasa' dalam pemberian kontrak penempatan jemaah haji dan kami cuba menjadikannya lebih telus dan adil. Malangnya tak sempat kami laksanakan, kerajaan telah bertukar.

Pintu 3:

Kontrak penyediaan makanan jemaah haji. Mana2 syarikat yang ada 'kabel' sudah tentu lebih mudah untuk merebut kontrak perniagaan lumayan ini. Khidmat penyediaan makan ini memang menjadi rebutan para peniaga, seperti kontrak penyediaan makanan masak di asrama2 sekolah di Malaysia. Siapa yang 'rapat' dengan menteri kemungkinan besar memperolehinya dengan mudah.

Pintu 4:

Giliran mengerjakan haji. Semua tahu bilangan jemaah yang berdaftar dengan TH untuk mengerjakan haji sangat ramai. Kalau hari ini kita mendaftar dengan TH, giliran yang akan kita dapat ialah 100 tahun akan datang. Sedangkan dalam setahun hanya jemaah terpilih termasuk dalam kuota 30,200 orang sahaja dapat menikmati haji Muassasah bersubsidi dengan kos lebih kurang RM10k.

Maka kemungkinan ada mana2 pihak yang cuba menggunakan suapan untuk mendapatkan giliran awal melalui kuota pejabat menteri agama. Ketika kami di pejabat menteri agama, semua permohonan sokongan menteri atau rayuan haji melalui menteri kami cop dan panjangkan sahaja ke pihak TH untuk penilaian. Keputusan akhir letaknya pada TH tanpa campur tangan pejabat menteri. Untuk makluman, senarai pemohon atau perayu melalui pejabat menteri itu mesti diserahkan kepada SPRM untuk ditapis. Begitu ketat sekali dulu. Kini saya tak pasti.

==================================

Bila kita kritik atau tegur menteri agama sebagai penjawat awam bergaya mewah dengan tajaan jet luxurious bersama saudagar2 haji umrah itu, bukan bermakna kita dengki atau buruk sangka. Ia hanyalah kerana kita sayang menteri agama yang dikenali warak supaya tidak mendekati pintu2 itu. Jangan duduk depan pintu kedai judi atau rumah pelacuran, nanti orang kata menteri berjudi atau melangganinya. Sudah tentu kritikan atau teguran tak semuanya sedap didengar, kerana ia berbeza dengan mengampu atau mengipas.

Mungkin juga di sana ada pintu2 lain lagi yang saya tidak tahu. TH itu organisasi yang besar dengan aset berjumlah lebih RM72bil. Jerung2 kelaparan sudah tentu menjilat bibir. Allahu a'lam.

Abu Mishkat

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji p...
09/05/2020

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

20/08/2019
08/02/2019

UMAT di zaman Rasulullah SAW dianggap sangat bertuah. Tidak sahaja mereka berpeluang bertemu dengan baginda namun yang lebih beruntungnya lagi dapat melihat sendiri segala kejadian-kejadian mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda. Ini termasuklah kejadian bulan terbelah dua, antara yang bena

18/01/2019
Tunggu apa lagi.. Daftar cepat
18/01/2019

Tunggu apa lagi.. Daftar cepat

(Berita Baik Utk Ahli AMK dan Ahli Koperasi AMK Berhad)

Terhad untuk 5 bakal Jemaah.

Rebate RM500 untuk bakal jemaah untuk Ahli Koperasi dan Ahli AMK sahaja,

Ketua AMK Balik Pulau, SDR Muhammad Adzlan Adzhar, sendiri akan mengetuai Semua Jemaah bakal Umrah tersebut.

Sesiapa yang ingin menunaikan umrah. Hubungi SU AMK, Puan Hidayah : 010-3887977

09/10/2018

09/10/2018

Panduan umrah tips mudah dan ringkas cara menunaikan umrah dengan syarat, larangan, rukun dan tips penting mengerjakan umrah dan ziarah di madinah dan mekah
Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah adalah fardhu seperti Haji dari pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. Maka umat islam berkemampuan mestilah menunaikan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Umrah sebenarnya sangat mudah dilakukan dan sebenarnya hanya mengambil masa sehari. Panduan mudah dan ringkas menunaikan umrah dan tips umrah dan ziarah dari pengalaman sendiri menunaikan umrah bersama keluarga termasuk membawa ibu berkerusi roda boleh dijadikan panduan bagi yang ingin menunaikan umrah pertama kali.

PANDUAN SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH

Sebelum menunaikan umrah di Mekah, perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di hotel penginapan sebelum niat umrah ialah

Mengerat kuku, merapikan janggut, misai dan rambut, menanggalkan bulu-bulu ketiak, gosok gigi dan sebagainya.
Mandi sunnat ihram
Mengambil Wuduk
Memakai Pakaian Ihram Selepas Mandi Sunat Ihram
Solat Sunat Ihram yang boleh dilakukan di hotel atau di Migat sebelum niat ihram.
Selepas itu Jemaah umrah akan menaiki bas untuk ke Mekah dan berhanti di Miqat Bir Ali untuk niat ihram dan solat sunat ihram. Niat ihram di Miqat (sempadan) untuk memasuki Mekah bergantung kepada ketibaan sampai di Mekah sama ada dengan bas dari madinah atau dengan kapalterbang dari Malaysia. Jemaah umrah dari Malaysia yang terus ke Makkah di lakukan di atas kapal terbang iaitu lafaz niat di Miqat Qarnul Manaazil iaitu lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.

Miqat-Bir-Ali-Mekah PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Miqat Bir Ali Mekah

Bagi Jemaah umrah yang mendarat di Madinah seperti saya, akan menaiki bas lebih kurang 2 jam dan lafaz niat ihram dilakukan di miqat Bir Ali. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan. Klik PENGALAMAN MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH untuk maklumat pengalaman sebenar mengerjakan umrah dan ziarah.

PANDUAN MENUNAIKAN UMRAH

Panduan menunaikan umrah iaitu bermula dari melakukan DUA perkara wajib umrah (perkara wajib di lakukan, jika tidak di lakukan umrah sah tetapi dikenakan dam) dan menyelesaikan rukun umrah di Mekah. Setelah sampai di Miqat yang sudah lengkap berpakaian ihram, melakukan perkara wajib untuk menunaikan umrah ialah :

PERKARA WAJIB UMRAH :

Niat ihram di Miqat
Niat نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى atau boleh niat dalam bahasa melayu “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala”

Menjaga larangan ihram.
Setelah melafazkan niat ihram yang lengkap berpakaian ihram, maka mesti melakukan 5 rukun umrah di Mekah dan meninggalkan larangan ihram.

LARANGAN SEMASA IHRAM

Terdapat 13 larangan semasa ihram dan jika dilakukan dikenakan dam.

Pakai sarung tangan
Pakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
Pakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di p**i dan dahi
Cabut (tanggalkan) rambut atau apa-apa bulu lain di badan
Kerat (atau potong) kuku
Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
Jimak atau bersetubuh
Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum (Tambahan untuk lelaki sahaja)
Tutup kepala atau sebahagian darinya seperti kopiah atau topi (Tambahan untuk lelaki sahaja)
Tutup muka atau macam pakai purdah. (Tambahan untuk wanita sahaja)
Setelah tiba di hotel penginapan, sebaiknya terus ke masjidil haram untuk melakukan 5 rukun umrah seperti di bawah.

RUKUN UMRAH

Setelah melakukan niat ihram dengan pakaian lengkap ihram dan tiba di hotel penginapan di Mekah, sebaiknya terus ke Masjidil Haram untuk menunaikan 5 rukun umrah bagi menjaga 13 perkara larangan ihram untuk mengelak dikenakan dam. Rukun umrah ada 5 perkara, dengan berpakaian ihram terus ke Masjidil Haram mekah untuk melakukan tawaf, sai, tahalul dan tertib bagi melengkapkan umrah seperti rukun umrah di bawah.

Panduan-Umrah PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Panduan Umrah

IHRAM
Memakai pakaian ihram dimana bagi lelaki terdiri dari 2 lembar kain yang tidak berjahit manakala bagi wanita pakaian ihram lebih bebas tetapi disunatkan yang berwarna putih, yang penting menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan telapak tangan mereka, yang penting tidak ada jahitan.

Dengan berpakaian ihram menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf, sai dan tahalul dengan tertib atau berturutan.

TAWAF
Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.

Syarat sah tawaf:

Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
Badan suci dari najis.
Menutup aurat.
Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
Setelah selesai tawaf, di sunatkan sembahyang tawaf di ruang sembahyang yang disediakan untuk melakukan rrukun umrah ke tiga iaitu sai.

SAI
Berjalan berulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali.

Syarat sah saie ialah Dilakukan selepas tawaf, Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie, Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah, Genap dan sempurna bilangan 7 kali, Dari kaki bukit ke kaki bukit dan Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

Setelah selesai melakukan sai iaitu berjalan berulang alik sebanyak 7 pusingan, boleh terus tahalul dengan mengunting sebahagian rambut (digunting oleh orang lain yang sudah bertahalul) atau sebaiknya ke kedai cukur rambut untuk bercukur atau tahalul.

TAHALUL
Mencukur atau gunting sebahagian rambut di kepala setelah selesai Sai menandakan telah selesai mengerjakan umrah. Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal untuk bercukur bagi lelaki. Bagi yang tiada rambut di kepalanya, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Tahallul bagi wanita atau perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.

TERTIB
Melakukan rukun umrah ikut turutan. Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur.

Setelah menyelesaikan umrah, barulah dapat menanggalkan baju ihram iaitu tamat pantang larang dalam ihram.

Sudah selesai umrah pertama, seterusnya boleh melakukan tawaf sunat atau umrah yang berikutnya seperti turutan di atas.

TIPS UMRAH DAN ZIARAH

Umrah dan ziarah di Madinah dan Mekah mengambil masa seminggu lebih. Tips penting semasa menunaikan umrah dan ziarah

Tips-Menunaikan-Umrah PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Tips Menunaikan Umrah

Tips Keperluan Umrah
Barang keperluan pergi umrah jangan bawa banyak sekadar bawa saja pakaian yang ada, yang utama adalah kain ikhram kerana mudah mendapat barang keperluan atau pakaian semasa berada di madinah atau Mekah. Sebaiknya bawa lebih beg kosong kerana kebiasaannya Jemaah akan membeli banyak cenderamata untuk di bawa p**ang.

Barang keperluan paling penting mesti dibawa adalah ubat ubatan kerana keadaan cuaca berlainan boleh menyebabkan kena sakit. Kunci utama untuk mengerjakan ibadah umrah dengan baik dan optima adalah kesihatan yang baik, jadi wajib menjaga kesihatan yang baik apabila berada di Mekah dan Madinah.

Tips Persiapan Fizikal
Umrah dan ziarah memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi kerana perlu berjalan untuk melakukan pelbagai ibadah. Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 hingga 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan tawaf serta saie dimana jarak perjalanan melakukan Saie saja lebih kurang 3 km (Jarak Bukit Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter, berulang alik 7 kali bersamaan 2, 940 meter atau lebih kurang 3 km). Saya membeli vitamin tenaga iaitu vitamin E untuk tambah tenaga bagi persiapan fizikal melakukan umrah.

Cara Solat Jenazah
Panduan-Solat-Jenazah PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Panduan Solat Jenazah

Solat Jenazah dilakukan setiap selepas solat fardhu di Madinah atau Mekah, jadi perlu tahu cara menunaikan solat jenazah.

Tips Umrah Berkerusi Roda
Tips-Umrah-Berkerusi-Roda PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Tips Umrah Berkerusi Roda

Saya membawa keluarga bersama ibu yang berkerusi roda menunaikan umrah, jadi sebaiknya bawa kerusi roda sendiri untuk kemudahan umrah dan ziarah. Sememangnya hotel tertentu atau air port menyediakan kerusi roda, tapi susah dan pengurusan remeh mendapatkan kerusi roda. Kawan yang tidak membawa kerusi roda untuk ibunya yang uzur membeli kerusi roda di madinah untuk kemudahan dan kelincinan perjalanan umrah dan ziarah.

Panduan Tawaf Dan Sai
Tawaf dan saie memerlukan kekuatan fizikal, terdapat 3 kaedah melakukan tawaf dan Saie untuk menunaikan umrah, tawaf sunat atau umrah badal bagi Jemaah yang uzur atau tidak berdaya.

Tiga Kaedah Tawaf dan saie :

Panduan-tawaf-dan-Saie PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Panduan tawaf dan Saie

1.Tawaf Atau Sai Berjalan Kaki

Bagi yang sihat boleh berjalan kaki untuk tawaf dan saie.

Kebaikkan : free dan jarak dekat
Kekurangan : letih dan sakit kaki
Lokasi : level bawah kaabah
Tawaf Atau Sai Berkerusi roda
Bagi yang uzur boleh guna kerusi roda, Cuma jarak tawaf lebih jauh. Boleh guna kerusi roda sendiri atau upah orang menolak kerusi roda untuk sae dengan bayaran 100 rial.

Kebaikkan : tidak sibuk
Kekurangan : Jarak perjalanan jauh
Lokasi : Level 2 masjidil haram
Tawaf Atau Sai Menaiki Skuter
Bagi yang keuzuran atau letih dan sebagainya boleh guna skuter.

Saya dan isteri guna skuter untuk tawaf dan sae badal untuk arwah ibubapa…

Kebaikkan : tanpa guna tenaga dan dapat berdoa dengan tenang
Kekurangan : Kena bayar
Bayaran skuter : 50 rial seorang untuk tawaf dan 100 rial bagi tawaf dan sae. Terdapat 2 jenis skuter untuk seorang atau berdua.
Lokasi : level 3 masjidil haram
Umrah Badal
Umrah-Badal-Guna-Skuter PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Umrah Badal Guna Skuter

Umrah Badal adalah umrah yang dilakukan untuk orang yang tidak berdaya melakukan umrah atau telah meninggal dunia. Saya dan isteri telah melakukan umrah badal untuk arwah bapa dan ibu masing-masing menggunakan skuter. Niat umrah badal iaitu “Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Untuk (Nama Arwah/Yg Uzur) Dan Berihra Dengannya Kerana Allah Taala”

Kelebihan Ibadah Umrah
Umrah adalah untuk melakukan ibadah umrah dan ziarah bagi mendekatkan diri kepada Pencipta. Semasa menunaikan umrah, penuhi masa untuk beribadah, berdoa dan beriktikaf di masjid utama yang berganda-ganda kelebihan dan pahala. Kelebihan solat di Masjidil Haram adalah bersamaan 100,000 kali solat ditempat lain dan kelebihan solat di Masjid Nabawi di Madinah bersamaan 1,000 solat di tempat lain.

“Kelebihan Solat Didalam Masjdil Haram Bersamaan Dengan 100,000 Solat (Ditempat Lain) , Dan Solat Didalam Masjidku Ini (Masjid Madinah) Bersamaan 1,000 Solat. Dan Solat Di Masjid Al-Aqsa Bersamaan 500 Solat” – Riwayat Tabrani.

“Orang Yang Mengerjakan Haji Dan Umrah Adalah Tetamu Agong Kepada Allah SWT, Sekiranya Mereka Memohon Doa Kepada-Nya Nescaya Allah SWT Perkenankan Doa Mereka, Sekiranya Mereka Memohon Keampunan-Nya Nescaya Allah SWT Ampunkan Mereka” – Riwayat Bukhari dan Muslim

Tips Keselamatan
Tempat-Simpan-Barang-Di-Masjid-Nabawi PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Tempat Simpan Barang Di Masjid Nabawi

Pelbagai kaum dan bangsa dari pelbagai negara yang menunaikan ibadah umrah. Keselamatan diri dan harta benda hendaklah di jaga. Keperluan diri seperli dompet, selipar atau kerusi roda hendaklah di bawa bersama semasa beribadah. Dalam Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil haram di Mekah telah disediakan tempat menyimpan selipar, jadi bawa bersama selipar atau kerusi roda dan diletakkan di tempat yang disediakan berdekatan kita solat. Contohnya, selipar ibu saya hilang dan kerusi roda juga lesap walaupun telah di letakkan di tempat polis pengawal di masjidil haram.

Tips Bersedekah
Bersedekah di Madinah dan Mekah banyak ganjaran pahala, namun tips bersedekah untuk keselamatan dan keamanan bersedekah adalah menyalurkan sedekah untuk golongan atau tempat tertentu. Contohnya, isteri saya beri sedekah kepada peminta sedekah berpakaian jubah hitam di hadapan Masjid Nabawi, secara tiba-tiba ramai peminta sedekah lain yang berkerumun meminta dan memegang isteri untuk meminta wang sedekah. Jadi, tips memberi sedekah semasa umrah di beri kepada pekerja masjid, beli barangan dan diletakkan di masjid, beli al-quran khas Masjidil Haram Mekah dan diletakkan dalam masjid, memberi tips kepada pekerja hotel dan sebagainya.

Tips Beli Belah dan Makanan
Tips membeli belah barangan atau cenderamata untuk keluarga atau sahabat di Mekah atau madinah adalah “Jangan percaya cakap peniaga”. Peniaga di Mekah atau Madinah adalah sama seperti peniaga tempat lain yang hanya ingin barangnya laku hingga sanggup berbohong atau bersumpah, jadi kena servey atau banding harga barangan untuk mendapat harga termurah.

Nasi-Arab-di-Madinah PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS
Nasi Arab di Madinah

Tips makan nasi Arab di restoran Arab untuk cuba rasa makanan arab atau rasa kelainan rasa makanan di hotel ialah memesan makanan arab sepinggan untuk 2 atau 3 orang. Nasi arab di restoran amat banyak, boleh di makan oleh 2 atau 3 orang. Kami 5 orang memesan nasi arab 3 pinggan pun tidak kehabisan.

Dugaan Umrah
Pelbagai dugaan, ragam dan adab manusia dari seluruh pelusuk dunia yang melakukan ibadah semasa menunaikan umrah. Sikap utama yang mesti di terapkan dalam diri adalah sikap sabar dengan menjauhi perkara atau pertuturan yang tidak baik. Sifat sabar ini merangkumi semua aspek dari mula menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah, layanan kaunter imigresen, pengangkutan, kebersihan, penginapan, makanan yang kita makan dan sebagainya. Jauhilah sikap s**a merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah swt yang mahu melihat akan tahap kesabaran kita.

Umrah dan ziarah bukan sahaja melakukan suatu ibadah tetapi juga melalui satu perjalanan rohani menjadi tetamu Allah melalui lawatan atau ziarah tempat-tempat bersejarah bagi memahami keperitan, kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang bersama-sama Rasulullah saw memperjuangkan Islam. Pendapat jumhur ulamak mengatakan bahawa umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Ada hadis yang menyebutkan yang umrah dalam bulan Ramadan menyamai pahala ibadah haji. Ada satu lagi hadis yang mana Rasulullah s’a.w. bersabda yang haji dan umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa mengerjakan yang mana dahulu. Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 196 menyebutkan bahawa “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.” Oleh itu setiap umat islam mesti berniat dan berusaha untuk mengerjakan umrah dan haji.

Address

Pinang
14000

Telephone

+60103583602

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Pi Umrah Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jom Pi Umrah Penang:

Videos

Share

Category

Our Story

Dengan hormatnya menawarkan pakej-pakej umrah dan ziarah yang menarik kepada umat Islam di Malaysia, yang mempunyai nilai hebat tetapi kompetitif dengan memberi penekanan dari segi keselesaan dan keselamatan. Menjadi hasrat kami untuk menjayakan perjalanan umrah anda semoga ianya menjadi suatu pengalaman dan kenangan manis yang terindah buat sepanjang hayat dan p**ang dengan mencapai umrah yang maqbul, insyaAllah.