17/06/2024
KEPERLUAN PELANGGAN
Apa yang anda mengalu galukan dari hotel mesra bajet TANJUNG PD HOTEL. Saya hendak bilik yang bersih dan peralatan bilik yang berfungsi. Terdapat kemudahan asas. Saya hendak hotel yang saya boleh berehat dengan selesa. Akhir kata sewa bilik sehari mestilah berpatutan.
KOMITMEN HOTEL
Kami, TANJUNG PD HOTEL adalah hotel mesra bajet dengan 14 bilik yang dilarang merokok. Daripada 14 bilik, kami mempunyai 2 bilik keluarga yang masing-masing boleh memuatkan 4 orang (2 katil bersaiz queen) dan 3 orang ( 1 katil queen 1 katil single). Kami mempunyai 9 bilik dengan katil bersaiz queen untuk 2 orang. Juga 2 bilik dengan katil single untuk 1 orang setiap satu dan 1 bilik dengan 2 katil single untuk 2 orang. Kami menggalakkan tetamu untuk mematuhi bilangan orang bagi setiap bilik untuk tujuan keselesaan.
Para tetamu boleh mempunyai pilihan untuk mempunyai bilik dengan tingkap atau tanpa tingkap. Bilik tanpa tingkap sesuai untuk rehat malam yang selesa.
Kami memastikan semua bilik dalam keadaan bersih dan apabila tetamu sudah mendaftar keluar. Cadar, kain selimut dan sarung bantal serta tuala mandi dan tikar lantai dicuci, tidak kira sama ada diguna atau tidak. Kami sentiasa memastikan bilik hotel dan tempat sekeliling di hotel adalah kemas dan bersih untuk keselesaan tetamu.
Kami mempunyai penyaman udara bagi setiap bilik dan kami pasti penyaman udara diservis tiap tiap 6 bulan oleh kakitangan yang cekap. Lebih lebih lagi, Kakitangan kami akan membersihkan penapis aircond dua kali sebulan, penapis air panas setiap bulan dan juga membersihkan kipas blower tandas. Kami mempunyai rekod servis tersebut diatas.
MAKLUMAT TERPERINCI
BERSIH
Bilik mandi/Tandas
Cadar dan selimut (duvet)
Tuala mandi
Tempat orang ramai
Peralatan Bilik BERFUNGSI
Penyaman udara
TV MyTV
WiFi
Pam tandas
Bidet tandas
Pemanas air bilik mandi
KEMUDAHAN ASAS disediakan
Air botol
Tisu tandas
Air sejuk dan panas dari dispenser air yang ditapis
Cawan kopi
Mee cawan, minuman tin, kopi, berus gigi dan ubat gigi boleh dibeli
Seterika dan pengering rambut disediakan atas permintaan di kaunter
SENYAP
Hotel mengalakkan semua tetamu meredakan bunyi bising selepas jam 12 tengah malam kerana tetamu lain ingin berehat
Pintu penerimaan tetamu hotel ditutup pada pukul 1 pagi
KADAR BILIK MESRA (tiada kenaikan semasa musime perayaan atau cuti am)
Bilik keluarga dengan 2 katil bersaiz queen untuk 4 orang adalah RM130 sehari
Bilik keluarga dengan 1 katil queen dan 1 katil single untuk 3 orang adalah RM100 sehari
Bilik dengan 1 katil bersaiz queen atau 2 katil single untuk 2 orang adalah RM75 sehari
Bilik dengan 1 katil single untuk 1 adalah RM65 sehari