Salam Hijrah Holiday Puchong

Salam Hijrah Holiday Puchong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Salam Hijrah Holiday Puchong, Travel Company, Puchong.

Hari Arafah adalah hari yang sangat mulia di sisi Allah dan memiliki banyak keagungan dan keistimewaan dibandingkan deng...
28/06/2023

Hari Arafah adalah hari yang sangat mulia di sisi Allah dan memiliki banyak keagungan dan keistimewaan dibandingkan dengan hari-hari selainnya. Antaranya ialah Puasa pada hari Arofah dapat menghapuskan dosa-dosa selama 2 tahun.

Hal ini berdasarkan hadits shohih berikut ini:

عن أبي قتادة أن رسول الله سئل عن صوم يوم عرفة فقال: (يكفر السنة الماضية والسنة القابلة) رواه مسلم

Dari Abu Qotadah radhiyallahu anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah ditanya tentang (keutamaan) puasa pada hari Arafah, maka beliau menjawab: “Dia menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”

(HR. Muslim).

This is Umrah Eksklusif. Semalam 1 group, hari ini satu group.
17/03/2023

This is Umrah Eksklusif. Semalam 1 group, hari ini satu group.

Perlepasan EKS 02 malam ini. Bismillah. Esok pagi bakal menyusul 1 lagi kump**an EKS 04.Tawakkalnaa 'alallah.
17/03/2023

Perlepasan EKS 02 malam ini. Bismillah. Esok pagi bakal menyusul 1 lagi kump**an EKS 04.

Tawakkalnaa 'alallah.

17/03/2023

Info dan panduan berkenaan hotel dan bangunan di kawasan sekitar Jabal Omar dan Ibrahim al-Khaleel streets, Makkah al-Mukarramah.

Maklumat lanjut berkenaan pakej Umrah sila tekan link whatsapp
www.wasap.my/601165122405/infoumrahSHHP

Ingat Umrah, Ingat Salam Hijrah Holiday.
Pengurusan umrah yang paling diyakini di Malaysia.

[GALERI CEO]Pautan gambar kenangan Umrah bimbingan CEO Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd.
16/03/2023

[GALERI CEO]

Pautan gambar kenangan Umrah bimbingan CEO Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd.

KENALI PEGAWAI DAN PETUGAS UMRAH SALAM HIJRAH HOLIDAY SDN. BHD.Sehingga kini kami masih mengekalkan rekod 'BERSIH' diman...
16/03/2023

KENALI PEGAWAI DAN PETUGAS UMRAH SALAM HIJRAH HOLIDAY SDN. BHD.

Sehingga kini kami masih mengekalkan rekod 'BERSIH' dimana tiada sebarang caj tambahan dikenakan bagi SEMUA JEMAAH UMRAH yang telah mendaftar. Apa yang telah akad semasa berdaftar merangkumi pakej, harga dan permintaan khas yang telah dipersetujui TIDAK BERUBAH mengejut walaupun industri Umrah sedang diuji dengan kenaikan harga penerbangan, penginapan dan kos-kos lain.

Sesuai dengan slogan 'PENGURUSAN UMRAH PALING DIYAKINI DI MALAYSIA', kami akan sentiasa memastikan segala muamalah adalah terjaga dan selamat dari sebarang kekaburan mahupun penganiayaan.

Segera hubungi kami untuk mendapatkan maklumat terkini pakej Umrah menarik dari kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah atau hubungi mana-mana Pegawai Pemasaran Umrah kami di seluruh Malaysia.

Kami mempunyai seramai 30 orang ejen Umrah atau Pegawai Pemasaran Umrah (PPU) yang aktif di seluruh Malaysia.

Salam Hijrah Holiday
Santuni ummah, menjejak ibrah.


POV KENAIKAN HARGA UMRAHRamai yang terkesan. Syarikat, ejen, petugas, dan yang paling marah selalunya adalah para jemaah...
13/11/2022

POV KENAIKAN HARGA UMRAH

Ramai yang terkesan. Syarikat, ejen, petugas, dan yang paling marah selalunya adalah para jemaah.

Di kalangan jemaah ada yang mula menuding jari kepada syarikat. Tak kurang juga yang menuntut 'pemulangan semula' untuk berpindah ke syarikat lain yang 'dikatakan' tidak mengenakan sebarang penambahan. Bahkan sangat ramai yang mula mencari kelemahan dan kekurangan syarikat tertentu untuk dijadikan perbandingan, yang akhirnya membawa kepada memburuk-burukkan.

Okay, ini bukanlah sesi mempertahankan sesiapa. Faham yang ini dulu.

1. Kenaikan harga kos Umrah itu bukanlah agenda mana-mana pertubuhan, persatuan mahupun syarikat. Ianya adalah realiti yang sangat pahit sehingga tak mampu untuk ditelan jauh sekali untuk dihadam. Kenaikan harga tiket kapal terbang sehingga mencecah 2 kali ganda dari harga biasa, kenaikan harga hotel Makkah dan Madinah sehingga 50%, sekaligus menjadikan kos upah petugas dan kos-kos kecil lain juga meningkat, ini semuanya adalah realiti. Bukan rekaan.

2. Keadaan menjadi lebih parah apabila kadar tukaran ringgit yang semakin hari semakin tenat. Saya sendiri masih 'menggigil' untuk melakukan tukaran wang pada masa ini walaupun tarikh penerbangan semakin mendekat. Serius. Saya belum pernah rasakan ringgit seteruk ini. (Almaklumlah saya kan masih 20-an lebih - tak cukup pengalaman tentang kejatuhan matawang 😅)

3. Permintaan yang melambung di Arab Saudi adalah antara sebab terpenting harga di sana menjadi mahal. Tambahan p**a bila Arab Saudi mengumumkan bahawa mereka yang transit di Arab Saudi untuk World Cup nanti secara automatik memperoleh visa Umrah, tentunya ini akan menjadikan industri Umrah lebih meriah pada waktu itu.

Saya sempat bersembang dengan beberapa pemilik syarikat Umrah, apa yang saya boleh simpulkan adalah, apa yang bermain di fikiran mereka pada masa ini bukanlah untung semata-mata, melainkan hanya untuk menerbangkan para jemaah, dan mampu untuk menampung 'overhead' syarikat sikit-sikit mana yang dapat. Begitulah. Ada yang menyesal dengan harga yang mereka paparkan, ada juga yang merasakan bahawa para jemaah sudah hilang kepercayaan terhadap mereka. Namun tambahan yang mereka kenakan adalah atas dasar terpaksa, bukannya s**a-s**a.

Hakikatnya, membuka dan mengusahakan syarikat Umrah mahupun Haji itu bukanlah mudah. Nak daftar lesen sahaja WAJIB ADA RM 200,000. Belanja untuk 'marketing', renovasi pejabat, gaji pekerja, bayar website, untuk mulakan sahaja paling minima kena ada RM 300,000.

Secara logiknya, takkanlah syarikat-syarikat ini sengaja nak bunuh diri? Takkanlah mereka s**a-s**a kenakan tambahan itu ini sedangkan mereka tahu itu akan merosakkan segala usaha mereka selama ini? Mereka taknak kebaikan untuk jemaah ke? Untuk apa mereka susah-susah buka syarikat, bina nama kalau hanya untuk aniaya orang?

Nilailah dengan adil. Jangan s**a sangat menghukum. Jangan kuat sangat berceloteh. Jangan mudah sangat label syarikat Umrah ini penunggang agama, guna agama untuk zalim kepada orang lain.

Selagi mereka jujur, itu jauh lebih baik berbanding diam-diam 'downgrade' pakej yang jemaah dah 'assign'. Yang ini memang zalim.

Harga Umrah sememangnya semakin meningkat. Ada duit, pergilah sekarang. Jangan tunggu.

---

Disclaimer :

Status ini bukanlah untuk mempertahankan penganiayaan (sekiranya berlaku), dan Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd. tidak mengenakan sebarang tambahan harga keatas para jemaah dari mana-mana pakej Umrah yang telah dipersetujui.

Mohammed Farid Masri
CEO
Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd

Alhamdulillahi Hamdan Katsiran Tayyiban Mubaarakan Fiih.Group Umrah Eksklusif Disember 2022 bimbingan CEO (Hj Mohammed F...
10/11/2022

Alhamdulillahi Hamdan Katsiran Tayyiban Mubaarakan Fiih.

Group Umrah Eksklusif Disember 2022 bimbingan CEO (Hj Mohammed Farid Masri ) - PENUH

Group Umrah Eksklusif Januari 2023 bimbingan ustaz Aidil Haiqal Anwar Al-Midani - PENUH

Group Umrah Eksklusif Februari 2023 bimbingan CEO (Hj Mohammed Farid Masri ) - PENUH

Group Umrah Kembara Februari 2023 bimbingan Ustaz Azwan Lazam dan Tuan Shaharudin Bakar (2 pembimbing untuk 1 kump**an) - berbaki 7 orang sahaja.

Santuni Ummah, menjejak ibrah.

KAMI NAK BANTU ANDA MENIKMATI RAMADHAN BERSAMA KELUARGA DI TANAH SUCI.PAKEJ UMRAH EKSKLUSIF RAMADHAN BERSAMA SALAM HIJRA...
30/10/2022

KAMI NAK BANTU ANDA MENIKMATI RAMADHAN BERSAMA KELUARGA DI TANAH SUCI.

PAKEJ UMRAH EKSKLUSIF RAMADHAN BERSAMA SALAM HIJRAH HOLIDAY

Apakah keistimewaan Umrah Eksklusif ini?

1. Hanya 8 ORANG DALAM 1 KUMPULAN.
2. Dibimbing 1 orang PETUGAS / MUTAWWIF yang berpengalaman.
Sesuai untuk keluarga atau warga emas
3. Pengangkutan VAN VIP 12 tempat duduk berhawa dingin dan selesa.
4. Jadual program yang EFEKTIF dan tidak padat, SELESA UNTUK IBADAH.
5. Hotel Makkah BERTARAF 5 BINTANG (Hilton Convention Makkah - Hilton baru)
6. Hotel Madinah BERTARAF 4 BINTANG (Zowar International)
6. SAHUR DAN IFTAR disediakan
8. Pembiayaan PERUBATAN PERCUMA sehingga SR 8000.00 seorang
9. SESI ZIARAH Makkah dan Madinah
10. DISKAUN KHAS untuk keluarga atau kump**an.
.dan banyak lagi kelebihan Pakej Umrah Eksklusif Ramadhan bersama Salam Hijrah Holiday.

Nak tahu lebih lanjut tekan link wasap di bawah :

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
.atau tekan button SEND WHATSAPP

Mahukan Umrah Selesa dan Eksklusif, daftar segera bersama Salam Hijrah Holiday Puchong .

Pastinya menjadi kembara Umrah Terbaik anda !

Santuni Ummah,
Menjejak ibrah.


Alhamdulillah, Thumma Alhamdulillah. Akhirnya lesen pelancongan kami telah berjaya diperbaharui dan sah sehingga 27 Sept...
30/10/2022

Alhamdulillah, Thumma Alhamdulillah. Akhirnya lesen pelancongan kami telah berjaya diperbaharui dan sah sehingga 27 September 2025.

Insyaallah kami akan mempertingkatkan lagi usaha sebagai pemudahcara dan berkhidmat buat para tetamu Allah.

Semoga usaha kami dan kalian diberkati Allah.

Jom Umrah dengan Salam Hijrah Holiday !

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah

atau tekan BUTTON SEND WHATSAPP MESSAGE

Salam Hijrah Holiday Puchong
Santuni ummah, menjejak ibrah.


FIT 1 [UPDATE]HARI KESEPULUHKUALA LUMPURAlhamdulillah Thumma Alhamdulillah.Para jemaah selamat tiba di KLIA, bagasi juga...
27/09/2022

FIT 1 [UPDATE]
HARI KESEPULUH
KUALA LUMPUR

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah.

Para jemaah selamat tiba di KLIA, bagasi juga semuanya elok, sihat dan cantik belaka.

Maka tamatlah program Umrah bagi group FIT 1 kali ini.

Para jemaah pasti merindukan seruan "HAJJI ! HAJJI" yang dilaungkan polis-polis Arab di sana.

Semoga dijemput lagi menjadi tetamu Allah. Aamiin ya Rabb.

نحبكم الله الذي أحببتمونا له

--------

Jom Umrah dengan Salam Hijrah Holiday !

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah

atau tekan BUTTON SEND WHATSAPP MESSAGE

Salam Hijrah Holiday Puchong
Santuni ummah, menjejak ibrah.


FIT 1 [UPDATE]HARI KESEMBILANBERANGKAT KE JEDDAHJemaah mula berangkat meninggalkan bumi Makkah selepas Asar, terus menuj...
27/09/2022

FIT 1 [UPDATE]
HARI KESEMBILAN
BERANGKAT KE JEDDAH

Jemaah mula berangkat meninggalkan bumi Makkah selepas Asar, terus menuju ke Jeddah.

Memandangkan masa masih terlalu awal untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, para jemaah dibawa singgah untuk makan di kawasan Balad, seterusnya dibawa ronda-ronda sekitar Jeddah menikmati pemandangan malam di Jeddah, terutamanya air pancut Laut Merah (King Fahd Fountain's) setinggi 1024 meter yang merupakan air pancut tertinggi di dunia!

Tepat jam 8.30 malam, para jemaah terus dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, dan ini merupakan lapangan terbang yang baru sahaja beberapa bulan beroperasi.

Para jemaah telahpun siap menunggu untuk berlepas ke Kuala Lumpur, menaiki penerbangan Saudi Airlines SV 834 jam 2.10 pagi waktu Arab Saudi.

Jumpa di Malaysia, Insyaallah.

--------

Jom Umrah dengan Salam Hijrah Holiday !

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah

atau tekan BUTTON SEND WHATSAPP MESSAGE

Salam Hijrah Holiday Puchong
Santuni ummah, menjejak ibrah.


FIT 1 [UPDATE]HARI KELAPANMAKKAH AL-MUKARRAMAHHari ini merupakan hari tanpa sebarang aktiviti rasmi memandangkan esok (J...
27/09/2022

FIT 1 [UPDATE]
HARI KELAPAN
MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Hari ini merupakan hari tanpa sebarang aktiviti rasmi memandangkan esok (Jumaat) para jemaah bakal meninggalkan bumi Makkah, dan berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines (SV) dari Jeddah.

Para jemaah mengisi masa yang berbaki dengan beribadah, di samping menghabiskan sisa-sisa Riyal yang berbaki beberapa helai, cukuplah untuk memadatkan bagasi yang telahpun bertambah bilangannya sejak dari Madinah lagi.

Malam ini (waktu Makkah) para jemaah akan menghadiri sesi taklimat untuk keberangkatan p**ang, dijamu dengan hidangan istimewa.

Berangkat ke Jeddah, esok.

--------

Jom Umrah dengan Salam Hijrah Holiday !

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah

atau tekan BUTTON SEND WHATSAPP MESSAGE

Salam Hijrah Holiday Puchong
Santuni ummah, menjejak ibrah.


FIT 1 [UPDATE]HARI KETUJUHZIARAH MAKKAH AL-MUKARRAMAHZiarah dimulakan dengan sesi di Jabal Tsur, dimana di puncaknya ter...
27/09/2022

FIT 1 [UPDATE]
HARI KETUJUH
ZIARAH MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Ziarah dimulakan dengan sesi di Jabal Tsur, dimana di puncaknya terdapatnya Ghar Tsuur, tempat bersembunyi Nabi bersama Abu Bakar as-Siddiq. Di sini jemaah mengenali beberapa nama penting seperti Asma' binti Abu Bakar, 'Abdullah bin Abu Bakar, 'Aamir bin Fuhairah, 'Abdullah bin 'Uraiqiq, pasangan Ummu Ma'bad dan Abu Ma'bad.

Seterusnya para jemaah dibawa menyusuri kawasan Masya'ir Haji iaitu 'Arafah, terletaknya Jabal Rahmah disana yang terkenal dengan kisah palsu pertemuan Adam dan Hawa, Muzdalifah tempat mabitnya para jemaah Haji dan Mina tempat terletaknya Jamaraat. Para jemaah diterangkan Manasik Haji Nabi, peristiwa penyembelihan yang besar, dan paling utama, KHUTBAH NABI yang membawa isyarat besar kepada kewafatan baginda.

Kemudian para jemaah dibawa menuju ke Ji'ranah, dimana tempatnya Nabi dan para sahabat berkumpul dan berihram sebelum masuk ke Makkah sekaligus membuka kota Makkah. Kronologi peristiwa perjanjian yang dimeterai antara Nabi dan Suhail bin Amr yang membawa kepada Fath Makkah, satu perjalanan penting untuk difahami oleh setiap dari kita tentang betapa pentingnya untuk kekal yakin dengan janji Tuhan dan berpegang dengan taliNya.

Destinasi terakhir adalah Jabal Nuur, yang terdapat Ghaar Hira' di puncaknya. Peristiwa penting disini dimana turunnya wahyu yang pertama (Nuzul al-Quran), keadaan Nabi, sambutan keluarga Nabi akan dakwah Nabi dan ujian yang dilalui baginda sepanjang 13 tahun berdakwah di Makkah membawa pelajaran besar dan penting bagi setiap umat Islam dalam memahami tanggungjawab terhadap agama dan ujian terhadap seseorang dalam agamanya.

Demikianlah perjalanan ilmu kami hari ini. Musafir yang bertujuan untuk menyemat kecintaan yang mendalam kepada Allah dan rasulNya, dengan ilmu dan amal yang sahih, melihat sendiri setiap lokasi s**a dan duka Nabi bersama para sahabat.

Jumpa esok !

--------

Jom Umrah dengan Salam Hijrah Holiday !

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah

atau tekan BUTTON SEND WHATSAPP MESSAGE

Salam Hijrah Holiday Puchong
Santuni ummah, menjejak ibrah.


FIT 1 [UPDATE]HARI KEENAMMAKKAH AL-MUKARRAMAHHari ini merupakan hari rehat selepas selesai Umrah semalam. Jemaah melakuk...
27/09/2022

FIT 1 [UPDATE]
HARI KEENAM
MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Hari ini merupakan hari rehat selepas selesai Umrah semalam. Jemaah melakukan aktiviti bebas dan santai beribadah di Masjidil Haram di samping mengumpul semula tenaga yang hilang semalamnya dengan sarapan yang sangat menyelerakan dengan pelbagai hidangan mewah yang disediakan pihak hotel Hilton Convention Makkah.

Untuk makluman anda, Hilton Convention Makkah juga menyediakan perkhidmatan coaster dari hotel ke Masjidil Haram. Kawasan Jabal Omar merupakan kawasan yang agak kurang sesaknya berbanding kawasan Menara Jam dan Safwah, tambahan p**a kawasannnya yang agak luas dan terbuka, ianya tenang dan mudah bagi jemaah berulang-alik ke Masjidil Haram.

Insyaallah, esok kita akan sambung sesi ilmu kita sepanjang Ziarah Makkah.

Jumpa esok !

--------

Jom Umrah dengan Salam Hijrah Holiday !

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah

atau tekan BUTTON SEND WHATSAPP MESSAGE

Salam Hijrah Holiday Puchong
Santuni ummah, menjejak ibrah.


FIT 1 [UPDATE]HARI KELIMAMAKKAH AL-MUKARRAMAHAlhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Para jemaah telah selesai mengerjakan i...
27/09/2022

FIT 1 [UPDATE]
HARI KELIMA
MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Para jemaah telah selesai mengerjakan ibadah Umrah dengan menggunakan skuter elektrik memandangkan ada jemaah yang uzur dan kurang sihat untuk meneruskan tawaf dan saie di dataran Kaabah.

Sungguhpun begitu, mengerjakan Umrah dengan menaiki kenderaan yang dilihat secara kasarnya lebih mudah dari berjalan kaki, ianya bukanlah mengurangkan pahala ataupun fadhilat pada mana-mana bahagian, bahkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam juga mengerjakan tawaf dengan menunggangi unta baginda tanpa sebarang sebab yang khusus.

Apa yang lebih utama adalah keikhlasan, kesabaran dan ketaatan kepada Allah semata-mata. Kita mengerjakan Umrah kerana Allah, bukan kerana manusia, bukan sebab untuk meraih kemuliaan dunia.

Kita datang untuk Umrah, memenuhi jemputan Tuhan, tanda syukur kerana Allah sentiasa sudi mengizinkan kita datang, walaupun hakikatnya terlalu banyaknya dosa dan maksiat yang kita kumpul setiap hari.

Demikianlah apa yang diucapkan dalam talbiyah,

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Labbaikallaahumma labbaik, labbaika laa syariika laka labbaik, innal hamda wan-ni’mata laka wal mulk, laa syariika lak.

Aku memenuhi panggilanMu ya Allah, aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu, tiada sekutu bagiMu, aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu, begitu juga kerajaan, tiada sekutu bagiMu.

HR Al-Bukhari dalam Fathul Bari 3/408, Muslim 2/841

--------

Jom Umrah dengan Salam Hijrah Holiday !

http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah
http://www.wasap.my/601165122405/PakejUmrah

atau tekan BUTTON SEND WHATSAPP MESSAGE

Salam Hijrah Holiday Puchong
Santuni ummah, menjejak ibrah.


Address

Puchong
47150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 13:00

Telephone

+601165122405

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salam Hijrah Holiday Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Travel Companies in Puchong

Show All