10/02/2023
Sekilas Iktibar Musafir
Wujudkan semula tradisi menziarahi para awliya dan orang soleh untuk mendapat barakah dan aura kebajikan/kesolehan mereka. Anjuran memuliakan orang soleh sangat perlu ditekankan kepada semua lapisan umur tak kira kecil, besar, tua atau muda.
Sabda rasulullah saw, 'Ulamak adalah pewaris para nabi'. Awliya juga termasuk dalam maksud ulamak dan karamah yang mereka dapat adalah anugerah Allah SWT bagi hambaNya yang terpilih kerana kesungguhan mereka menjadi hamba yang taat padaNya.
Sama2 kita mengambil contoh dan tauladan dari kisah para ambiyak, sahabat rasulullah saw, awliya, solihin ajma'in. Lihatlah bagaimana akhlak rasulullah saw yang sentiasa berbuat baik sesama manusia, mempunyai akhlak paling mulia.
Sabda rasulullah saw, 'Aku diutuskan (kepada manusia) untuk membawa kesempurnaan akhlak pada mereka (untuk dicontohi)'.
Subhanallah! Berziarah adalah salah satu sunnah nabi saw yang makin ditinggalkan dengan pelbagai alasan. Sibuk dengan kerja, tiada masa dan macam-macam alasan lagi untuk merasionalkan diri dari berbuat demikian.
Rugilah hidup jika masa dan umur yang ada tidak dimanafaatkan kearah kebaikan. Berziarah ulamak samada yang masih hidup atau yang telah kembali keramatullah tetap mendapat ganjaran pahala dan kebaikan apatah lagi berziarah menemui rasulullah saw yang kini berada jasadnya di Madinah al Munawwarah.
Biar duit habis sedikit kerana aktiviti ziarah itu termasuk dalam perbelanjaan fi sabilillah dan jihad. Jihad memerangi jiwa yang lebih menyanjungi orang yang tidak patut disanjung seperti artis, ahli partisan, influencer dan lain2 manusia yang tidak boleh memberi pengajaran baik untuk dicontohi. Perjuangan mencari orang alim juga satu jihad kerana bukan mudah untuk mendapat maklumat tentang mereka kerana semakin ramai yang susah tiada dan pelapis mereka juga makin berkurang.
Alhmdlillah atas keizinan dan peluang masa yang diberi Allah SWT atas niat yang baik. Mudahan apa yang kami lakukan ini menjadi suntikan semangat kepada orang lain berusaha kearah yang Sama semata2 mencari mardhatillah.