15/03/2024
https://www.facebook.com/share/p/m23GLLvJfpQ6gJ6J/?mibextid=xfxF2i
Tipping : Bila Kasihan Jadi Beban
Rata-rata tetamu komplen tentang peningnya melayan tipping ketika bercuti ke Kashmir.
Serabut dan tidak teratur berselirat. Tipping ni dah menjadi barah amalan antara kolonial zaman lampau, pelancongan dan pengaruh budaya.
1. Memberi tips di India dikenali sebagai baksheesh. Ia adalah pemberian atas servis dan ia adalah pilihan. Bukan wajib, tiada garis panduan. S**a sama s**a.
2. Secara purata, nilai tips adalah 10 peratus dari harga perkhidmatan. Tidak semestinya, tengok juga dengan jenis dan kualiti servis diberikan.
Aku berikan tips lebih kepada pengendali kuda aku tempoh hari, sebab dia berjalan berkilometer mengendalikan kuda.
Dan aku rasa tak puas hati tour guide di Gulmarg bernilai 1000 rupee, untuk perkhidmatan yang tidak beri makna atau tidak membantu apa-apa.
3. Convert nilai matawang Rupee yang kita berikan. Silap convert matawang, tips yang diberi mungkin tinggi sekali. Current rate (12 Mac 2024), 100 rupee bersamaan RM5. Purata tipping antara 50 - 200 rupee.
4. Tukarkan duit kecil. 100 rupee contohnya. Dan simpan duit tips tersebut dalam poket yang cepat kita boleh seluk. Jangan buka wallet atau cash sehingga orang nampak duit kita.
5. Give and go. Make it a quick transaction. Jangan nampak macam bayar di kaunter p**a, kita terkial-kial nak pilih note kecil.
6. Biar sorok-sorok atau jangan nampak sangat. Ia mengundang orang lain p**a meminta.
Jangan tanya, "Cukup tak tips tu?". Mestilah tak cukup dan ketika itu tiba-tiba ada ramai orang mengelilingi anda minta tips.
7. "Are you happy with my service, Sir?" dia tanya. Kalau jawap ya, dia expect lebih tips. Perkhidmatan dia bagi hebat tiada taranya. So bagi tips ni, tak payah bercakap-cakap. Its not a deal.
8. Kenal muka orang yang beri servis pada kita. Bukan beri tips pada umum.
Ada orang lain yang yang tiada kaitan apa-apa, turun mencelah meminta tips. Jangan beri, kerana ia akan menggalakkan peminta sedekah p**a.
9. Kalau dia kata tidak cukup, boleh kata juga tidak. Lebih dilayan, membuka peluang untuk tawar-menawar p**a, sedangkan ia adalah sekadar pemberian penghargaan. Kalau ada yang minta lebih, boleh katakan tidak.
10. Senarai kadar tips seperti dibawah. Sekali lagi, pemberian tips adalah optional.
Porter hotel 20 rupee / bag
Housekeeping 10 rupee / hari
Makan di restoran : 10 percent dari bill
Teksi / beca / airport transfer : 50 rupee/ trip
Guide & Personal driver :100 - 300 rupee/trip
ATV / Snowmobile Driver : 100 rupee
Tukang Tarik Sledge : 100 rupee
Valet driver : 10 - 50 rupee
Airport : 20- 30 rupee / bag (angkat sendiri la kalau nak jimat)
11. Memang tak salah untuk memberi. Kerana ia sedekah. Tetapi amalan tips ini membarah dan menjadi beban, kerana kita tidak biasa dan tidak tahu perkiraan.
Ada satu insiden, pakcik ni bagi tip seperti "Nampak macam saudagar mahu beri zakat laa". Sesak kena kerumun keliling.
12. Personally, trip ke Kashmir, memang aku tak handle tipping ni. Sebab hati aku tisu. Tangan mudah sangat nak memberi.
So aku minta UNA dan Fiza atau Tour Leader setelkan tipping. Setkan centralize tipping, sorang bayar untuk semua.
12. Ingat! Pemberi tipping haruslah kental dan tidak cair dengan pujuk rayu yang tidak mudah mengalah.
Selagi bagi, dia mau lagi. Bagi betis, nak peha. Kalau hari-hari mahu peha, jangan sampai rasa nak bagi tangan p**a.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
"Are You Happy With My Article, Madam?"
Kashmir, India
Nota : Kalau nak maklumat lebih tentang open trip, boleh join sini ya https://m.me/j/AbYy64Dhm-ec6pLQ/