09/03/2020
1) Sehingga hari ni, sudah ada 93 kes positif jangkitan Covid-19 di Malaysia.
2) Negara kita sekarang berada di kedudukan ke 17 paling banyak kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.
3) Dengan begitu banyaknya kes Covid-19 seluruh dunia, kita mulai faham mengenai sifat virus ni.
4) Sejak Jumaat lepas, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan) menerangkan Covid-19 ni sebenarnya berpindah melalui 3 cara.
5) Cara pertama : Berada berdekatan untuk jangka masa yang lama dengan mereka yang dah dijangkiti virus Covid-19.
Maksudnya, kita berada dalam lingkungan kurang 2 meter selama lebih 15 minit dengan orang yang dah dijangkiti virus tu.
6) Cara kedua : Penyebaran melalui titisan pernafasan (by droplet infection).
Bila seseorang tu batuk dan bersin, virus tu terus berpindah ke hidung, mulut dan mata kita. Sebab tu, disarankan mereka yang batuk dan bersin untuk memakai topeng muka.
7) Cara ketiga : Titisan pernafasan yang ada virus Covid-19 tu boleh melekat pada tangan kita. Kemudian, kita sentuh tangan tu pada hidung, mulut dan mata.
8 ) Virus ni tak disebarkan melalui cara terapung di udara (airborne).
Bantu saya sebarkan supaya lagi ramai yang tahu.
Kredit : Dr. Redza Zainol
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2699551236825387&id=100003116122015