In Saff Travel Putrajaya

In Saff Travel Putrajaya PAKEJ UMRAH SERENDAH RM4970! AGENSI PELANCONGAN YANG BERDAFTAR DENGAN MOTAC
"INSAFI NURANI SANTUNI ROHANI"

Mari beramai-ramai serbu booth kami pada 6-9 Feb ini! 🎉
22/01/2025

Mari beramai-ramai serbu booth kami pada 6-9 Feb ini! 🎉

PUTRAJAYA’S BIGGEST TOURISM FAIR

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman pelancongan terbaik di Hari Terbuka Putrajaya (POD 2025)! 🏙✨

Jom serbu Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya pada 6-9 Februari, di mana anda boleh menerokai lebih 15 produk pelancongan Putrajaya, 8 reruai dari Tourism Malaysia, 8 reruai dari Tourism Negeri dan pelbagai tawaran menarik dari 10 travel agent serta 1 syarikat penerbangan.

Semuanya dalam satu tempat! Dapatkan inspirasi percutian anda dan manfaatkan promosi hebat yang ada. 🌏✈




Alhamdulillah selesai sudah rombongan 9 Hari oleh Group Leader Cik Shahira. Para jemaah bertolak pukul 3.50 petang (wakt...
22/01/2025

Alhamdulillah selesai sudah rombongan 9 Hari oleh Group Leader Cik Shahira. Para jemaah bertolak pukul 3.50 petang (waktu malaysia) 22 Jan tadi dan akan sampai ke tanah air pukul 12.30 malam ini.

Semoga segala pengalaman yang elok tu kita bawa ke tanah air, yang buruk itu p**a kita tinggalkan buat kenangan. Alhamdulillah, perjalanan jemaah telah berjalan dengan lancar. Mari kita mendoakan p**a perjalanan p**ang dan menyambut tetamu Allah ini kembali ke tanah air di KLIA malam ni.

Masa adalah aset yang tidak boleh diganti. Cara kita menggunakannya menentukan kejayaan, kebahagiaan, dan keseimbangan h...
22/01/2025

Masa adalah aset yang tidak boleh diganti. Cara kita menggunakannya menentukan kejayaan, kebahagiaan, dan keseimbangan hidup kita.

Gunakan masa untuk merancang matlamat jangka pendek dan panjang, menimba ilmu, kemahiran baru, atau memperbaiki diri. Kita juga boleh menggunakan masa untuk menjaga kesihatan kita dengan bersenam.

Dan yang paling penting, jangan lupa gunakan masa untuk beribadah kepada Tuhan, berbakti kepada ibu bapa, dan meluangkan masa bersama keluarga.
Semoga bermanfaat.

17/01/2025

Cuti sekolah ni tuan dan puan plan ke mana?

16/01/2025

Alhamdulillah berlepas juga semalam, trip 9 Hari 7 Malam pada 15 Jan 2025 pukul 6.40 pagi seramai lebih 40 orang di bawah bimbingan ahli keluarga In Saff Travel Cawangan Putrajaya sendiri, Cik Shahira. Kesemua jemaah umrah dan group leader kita selamat mendarat di bumi Madinah semalam.

Kami di sini mendoakan juga agar Cik Shahira kekal kuat dan cekal dalam menghadapi suasana yang getir sempena 'peak season' di tanah haram itu dalam usaha untuk menyantuni jemaah umrah kita. Semoga usaha Cik Shahira membawa berkat dan menjadi asbab untuk diangkat darjat di akhirat kelak. Semoga dipermudahkan urusan Cik Shahira. Stay strong💪

13/01/2025

Jumpa adik Rayyan di airport KLIA2 tadi, rasa macam cemburu pun ada bila tengok adik Rayyan ni muda-muda lagi dapat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah.

Sama-sama kita doakan adik Rayyan dan dan keluarganya dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur 🤲

13/01/2025

45 hari lagi ke Ramadhan.

Ya Allah berikan kami rezeki bertemu Ramadhan 2025.

10/01/2025

Antara tempat-tempat wajib ziarah jemaah umrah adalah di Masjid Quba yang penuh dengan sejarah.
Jangan risau, In Saff Travel tak akan terlepas untuk bawa haji/ hajah ke sini 🤗

Rasulullah SAW mengajar kita bahawa esiapa yang bersedekah pada hari Jumaat akan mendapat ganjaran yang besar, iaitu seo...
10/01/2025

Rasulullah SAW mengajar kita bahawa esiapa yang bersedekah pada hari Jumaat akan mendapat ganjaran yang besar, iaitu seolah-olah mereka telah bersedekah sepanjang satu tahun. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dalam Islam, dan amalan kebaikan seperti bersedekah pada hari tersebut mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah SWT.

Jom kita memanfaatkan hari Jumaat ini dengan memperbanyakkan amalan kebajikan seperti bersedekah, berzikir, dan berdoa kerana pahala amalan pada hari ini dilipatgandakan 🤗

09/01/2025

Bertemu dan memberi salam kepada Rsulullah SAW di Madinah adalah impian yang sangat dinantikan oleh setiap para jemaah umrah. Juga menjadi impian setiap daripada kita untuk untuk menziarahi makam Rasulullah SAW yang terletak di Raudhah (taman syurga) di dalam Masjid Nabawi.

Memberi salam kepada Rasulullah SAWadalah tanda penghormatan dan kecintaan kepada baginda. Rasulullah boleh mendengar salam yang disampaikan kepadanya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Tidaklah seseorang memberi salam kepadaku melainkan Allah mengembalikan rohku sehingga aku dapat menjawab salamnya."
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Kebiasanya, kita akan memanjatkan doa khas dan melafazkan salam seperti: "Assalamu 'alaika ya Rasulullah, assalamu 'alaika ya Nabi Allah, assalamu 'alaika ya Habib Allah."

Ziarah ini juga menjadi peringatan tentang perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan Islam dan menjadi semangat kepada kita untuk mencontohi akhlak baginda. Semoga setiap doa dan salam yang disampaikan diterima oleh Allah SWT, dan menjadi keberkatan bagi jemaah yang berziarah ke tempat suci ini.




09/01/2025

Assalamualaikum dan pagi🔥🔥🔥

07/01/2025

Berita baik untuk penduduk Madinah dan para jemaah. Kini anda boleh melawat Raudhah lebih daripada sekali sepanjang tahun dengan syarat-syarat berikut:

1. Berada berhampiran dengan Masjid Nabawi.

2. Mengaktifkan lokasi GPS semasa membuat tempahan.

3. Tidak perlu menunggu selama 365 hari sejak lawatan terakhir.

4. Mengemas kini aplikasi Nusuk dan membuat tempahan melalui 'instant track'.

5. Slot janji temu akan tersedia setiap 20 minit.

Semoga dipermudahkan urusan dan semoga mendapat umrah yang mabrur.

✨ IN SAFF TRAVEL AKAN BERADA DI HARI TERBUKA PUTRAJAYA DI KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, PRESINT 3 PADA 6-9 FEB 2025 NI✨...
07/01/2025

✨ IN SAFF TRAVEL AKAN BERADA DI HARI TERBUKA PUTRAJAYA DI KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, PRESINT 3 PADA 6-9 FEB 2025 NI✨
🎉JUMPA KAMI DI SANA🎉

HARI TERBUKA PUTRAJAYA (POD2025) MENANTI KUNJUNGAN ANDA ‼️

POD2025 kembali dengan pengisian utama yang mengetengahkan reruai dari pelbagai kementerian dan agensi bagi memudahkan orang ramai untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat terkini tentang pelbagai program serta perkhidmatan yang tersedia.

📅 Tarikh: 6 - 9 Februari 2025 (Khamis - Ahad)
Masa: 10 pagi - 10.00 malam
📍 Lokasi: Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3

Mantap dengan pengisian dan padat dengan informasi di setiap zon acara:
Zon 1️⃣ Tourism Fair, Karnival Kerjaya, Bayaran Saman PDRM & Perbankan
Zon 2️⃣ Pameran & Jualan TVET, e-Sukan & Si Bulus
Zon 3️⃣ Agro & Produk Hiliran
Zon 4️⃣ Mini Zoo
Zon 5️⃣ Pengisian Pentas Utama
Zon 6️⃣ Karnival Wilayah Persekutuan & Jualan Jom Balik Sekolah
Zon 7️⃣ Pameran Kementerian
Zon 8️⃣ Jelajah Makan Putrajaya
Zon 9️⃣ Outdoor Village
Zon 1️⃣0️⃣ Taman Tema
Zon 1️⃣1️⃣ Lorong Seni
Zon 1️⃣2️⃣ Dapur Berasap

“Satu Destinasi, Pelbagai Solusi”




Ketika kita melengah lengahkan kerja..Ketika kita mengeluh kerja banyak dan kerja tak siap siap..Ketika kita buang masa ...
06/01/2025

Ketika kita melengah lengahkan kerja..

Ketika kita mengeluh kerja banyak dan kerja tak siap siap..

Ketika kita buang masa dengan sengaja semasa kita bekerja..

Percayalah..ada orang lain yang sedang mencari kerja.

Lalu teringat satu kata kata..

" Orang orang yang tidak berdisiplin pasti akan diganti dengan orang yang berdisiplin.."

Assalamualaikum dan selamat pagi semua 🤩

Jom kita jalankan amanah dengan penuh semangat 🔥🔥🔥

06/01/2025

Haji / Hajah yang ingin hadir kursus umrah di surau Al-Mizan 18/1, boleh isi google form di bawah ya, terima kasih 🤗

Assalamualaikum W.B.TJemputan Khas Kepada semua  🕋🕌KURSUS UMRAH SECARA PERCUMA & TERBUKA⌛ 18/01/2025 (Sabtu) ⏰ 9.00 Pagi...
06/01/2025

Assalamualaikum W.B.T

Jemputan Khas Kepada semua 🕋🕌

KURSUS UMRAH SECARA PERCUMA & TERBUKA

⌛ 18/01/2025 (Sabtu)
⏰ 9.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
👳🏻 Penceramah: PU Hafiz Mohtar
🕌 Surau Al-Mizan, Jalan P8c, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
📍 Location maps :
https://maps.app.goo.gl/ujbZzEyaJPPPUbRZ9?g_st=ac

Untuk pendaftaran, sila tekan link yang disediakan di bawah 👇🏼

https://forms.gle/PfneTv6dWoC1fj9FA

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor tertera :

📞 013-2294900

"INSAFI NURANI, SANTUNI ROHANI"

Address

NO 2A, Jalan DIPLOMATIK 3, PRESINT 15
Putrajaya
62050

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30

Telephone

+60176644820

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when In Saff Travel Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to In Saff Travel Putrajaya:

Videos

Share

Category