
30/01/2025
Diriwayatkan daripada Sayyidina Sa'ad bahawa Nabi SAW telah bersabda, "Sesungguhnya aku telah mengharamkan memotong pokok-pokok dan membunuh binatang buruan yang terdapat di antara dua tanah yang berbatu di kiri kanan kota Madinah." Baginda SAW juga bersabda, "Kota Madinah ialah tempat tinggal yang terbaik bagi orang-orang mukmin. Jika mereka mengetahuinya, pasti tidak ada sesiapa pun yang meninggalkannya. Jika ada yang meninggalkannya kerana tidak selesa dengannya, pasti Allah SWT akan menggantikan tempat dengan seseorang yang lebih baik. Barangsiapa tinggal di Madinah dengan tetap menahan sabar atas segala kesusahannya, maka pada hari kiamat nanti aku akan jadi pensyafaat baginya."