26/01/2024
🐟Ikan siakap atau Lates calcarifer kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium. Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya.
📌Masaklah secara sihat sama ada secara kukus, panggang atau 'air fryer'. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan gunakan minyak sayuran yang stabil untuk menggoreng seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol (vitamin E)
😍Jadi, apa kata dapatkan siakap untuk menu malam ini. Ingat, makan malam yang sebaiknya adalah antara jam 6.30 petang – 8.30 malam. Elakkan makan malam yang terlalu lewat kerana boleh menjejaskan kualiti tidur anda dan menganggu proses penurunan berat badan.