Dusun Tok Chalet (DTC) atau nama sebelumnya Chekas View Chalet (CVC) dimiliki oleh Tn Hj Mokhtar Omar mula beroperasi pada penghujung tahun 2009. DTC terletak kira-kira 13km dari pekan Raub manakala perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk tiba. Tarikan utama DTC adalah air sungai yang sejuk dan suasana kampung yang nyaman dan sesuai untuk perkelahan keluarga dan juga a
ktiviti lasak. Air sungai yang sejuk berpunca dari air terjun Lata Jarum yang hanya 1km dari DTC. DTC mempunyai 12 unit serta 1 dewan dan juga 2 buah dorm untuk keluarga besar atau kumpulan. Setiap bilik dilengkapkan dengan toilet untuk memudahkan pengunjung. Kadar sewa yang berpatutan iaitu serendah RM50 semalam untuk bilik dan harga dorm berdasarkan jumlah kumpulan. Kemudahan lain yang disediakan antaranya dewan makan, tempat memasak, dan barbeque dan kemudahan parking luas di dalam pagar. Tarikan lain yang berhampiran dengan DTC adalah lawatan ke kawasan bunga Raflesia yang jarang ditemui di semenanjung, air terjun bertingkat Lata Jarum, kolam memancing, kawasan bebas memancing dan menjala ikan, dan lawatan ke mata air yang terletak di atas gunung. Untuk tempahan, Tuan/Puan boleh menghubungi Tn Hj Mokhtar 017-9114227 atau Pakcik Jama 011-19281660/ 014-2699469. Antara kumpulan besar yang pernah menginap di DTC adalah:-
1) Kumpulan Penyelidik UKM Bangi
2) Pasukan Rela Seluruh Pahang
3) Farmasi Kuala Lipis
4) PBSM Sekolah-Sekolah Negeri Selangor
5) TM group
6) Penyelidik UM
7) Geng Baik Punya
& RAMAI LAGI