25/09/2023
Andai ditakdirkan perniagaan kau perlu ditutup, baca ini:
1. Belajar menerima takdir. Dalam hidup ni, tak semua benda kita boleh kawal. Rileks. Usah kelam kabut marah sesiapa. Tak perlu tuding jari. Terima kenyataan dulu bahawa bisnes dah tak buat duit dan perlu di tutup.
2. Kalau owner kedai, TNB, bil air, staf atau supplier kejar minta hutang. Usah lari. Tak perlu stress. Tak perlu hantuk kepala dekat dinding. Masa ini lah guna skill berunding.
3. Kalau kau ada duit, bayar mana yang mampu. Kalau tak ada, tak apa. Tak perlu tertekan menangis bawah meja. Berunding dan terangkan kepada mereka, bahawa bisnes kau memang dah tutup. Bukan tak nak bayar, tak ada cash flow. Kemudian buat deal tempoh untuk bayar semula. Buat slow slow. Rileks, bukan tak nak bayar, benda dah tak ada.
4. Kalau ada kedai atau stok, senaraikan segala barang yang boleh dijual. Jual cepat-cepat. Jual untuk cairkan jadi tunai supaya boleh bayar hutang.
5. Kau jangan deactivate media sosial pulak. Malu kononnya, dulu sembang meniaga besar, sekali tiba-tiba bungkus. Rileks, biasalah tu. Berniaga ada masa buka, ada masa tutup. Ada masa untung, ada masa rugi. Lantaklah orang nak cakap apa. Yang penting, kau belajar benda baru dan kau dapat pengalaman baru. At least kau lagi bagus dari orang yang tak pernah cuba buat bisnes.
6. Tak perlu terperap dalam rumah. Terbaring terlentang tengok cicak sambil mengenang nasib. Kau tarik nafas. Kau masih boleh bernafas kan? Bina lah semula bisnes. Gunakan semua ilmu dan pengalaman kau tu. Buat yang lebih baik. Mulakan dengan untung kecil dulu. Dapatkan momentum semula.
7. Paling penting, ketika kau jatuh, pastikan sentiasa bergaul dengan orang positif. Kalau tak, konfem kau dapat nasihat begini “Udah ler tu. Pergi cari kerja. Lebih terjamin”
Seorang pendiri bisnes boleh bangunkan apa sahaja bisnes, produk dan jenama. Jika terpaksa tutup satu, bangunkan lagi 5. Tiada istilah givap.
Katakan kalau umur kau panjang, kau hidup sampai umur 70 tahun. 10 tahun buat bisnes gagal, buat lah lagi, katakan disebabkan kau tak give up, umur 55 tahun kau strike jadi multimillionaire ok tak? Ok lah tu.
Laju-laju nak pergi mana?
Tapi itulah, kan dah cakap. Dunia bisnes ni memang keras. Yang kau tengok berniaga tak pernah rugi tu dalam drama je. Megah holding lah katakan ha ha ha.
Alam ini Tuhan ciptakan bersama fitrahnya. Ada ketika mendung, ada ketika hujan dah ada ketika panas.
Hidup dan rezeki pun sama macam tu. Ada naik dan ada turun.
Dah cukup! jangan sugul lama sangat.
Work harder!
Hidup ini keras, Henyak sampai Lunyai.
Isbah!