09/08/2022
15 TIPS UNTUK BAKAL DUYUFURAHMAN
1. Banyakkan solat sunat semasa di Malaysia lagi, solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, solat hajat bagi memudahkan perjalanan kita mengerjakan umrah. Rugi sangat kalau dah berada di tanah haram tapi liat nak solat sunat, pahala banyak ye.
2. Belajarlah solat jenazah, sebab di masjidilharam dan Masjid Nabawi, selepas solat fardhu akan ada solat jenazah. Banyak ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan lagi-lagi korang berada di masjid paling berkat. Ini pengalaman sendiri, pernah satu ketika solat jenazah di Masjid Nabawi, takbir kedua ada Jemaah yang rukuk. Tak susah pun untuk solat jenazah sebenarnya, yang penting kena rajin belajar.
3. Selalunya solat subuh pd pagi jumaat di masjidil haram dan masjid Nabawi, Imam akan membaca surah Sejadah pada rakaat pertama. Kalau pun korang tak hafal keseluruhan surah sejadah, at least korang tahu ayat pertama surah tu, then korang boleh alert bila Imam takbir untuk sujud sejadah. Seringkali pemerhatian aku, jemaah akan rukuk ketika Imam sujud sejadah. Hafal juga bacaan ketika sujud sejadah.
4. Satu jam sebelum solat Subuh akan berkemundang azan untuk mengejutkan korang dari lena tidur dan bergegas ke Masjid.
5. Iqamat di antara 10-20 minit selepas azan solat Fardhu. Korang masih ada masa nak memecut ke masjid kalau hotel korang dekat dengan masjid. Siaran ulangan, 1000 ganda pahala solat dalam masjid Nabawi, 100,000 ganda pahala solat di Masjidilharam.
6. Korang kena maklum, di Madinah adalah tempat untuk membeli belah kurma dan coklat. Tak perlu tunggu ziarah ke pasar kurma, beli saja di kedai kurma di sekitar masjid Nabawi. Harganya kadang-kadang jauh lebih murah dari ladang kurma. Kalau nak beli di gerai tepi jalan di Masjid Quba atau Masjid di Uhud, sila periksa kualiti kurma, sebab korang nak bawa balik jauh, pastikan kurmanya segar. Kadang2 ada yang segar bugar, kadang ada yg kecut berut.
7. Abaya dan jubah lelaki, belilah di Madinah, lebih murah. Sekiranya mutawwif ada menyinggah di Jeddah, boleh beli juga di Jeddah. Ada abaya yang mahal, biasanya standing dengan kualitinya contoh abaya Dubai dan lain2.
8. Air zam-zam, dispenser air di pintu masuk masjidilharam Mekah adalah air zam-zam. Tetapi dispenser air di luar masjid Madinah, dibawah payung besar itu bukan air zam-zam. Kadang-kadang aku tengok ramai Jemaah berangkut air dari dispenser ‘Air Minuman’ di luar masjid Nabawi.
9. Ketika di masjid Nabawi , carilah peluang untuk mencari ilmu atau mempelajari kebaikan. Ada satu hadis menceritakan kedudukan orang yg mempelajari ilmu atau mengajarkan ilmu di masjid Nabawi adalah seperti berjuang di jalan Allah SWT.
10. Di Madinah, cari juga jalan untuk ke Masjid Quba dan bersolat sunat 2 rakaat disana, pahalanya seperti mengerjakan umrah. Hadis ni ada dipapar dipintu masjid Quba.
11. Kalau rasa nak bersedekah duit riyal (SR), silakan tetapi ada kemungkinan korang akan di kerumuni oleh mereka-mereka yg memerlukan. Untuk alternative, bersedekah makanan kepada mereka yang memerlukan hanya bagi duit kat kedai, kedai akan uruskan pemberian makanan tersebut. Kalau korang nak bg sendiri pun boleh, ramai sgt org yang beratur nak tunggu makan sedekah terutama kat Mekah. Pek makanan nya bermula SR2, SR3, SR5, SR10.
12. Umrah bulan November hingga Mac boleh consider musim sejuk, sediakan kelengkapan yang sewajarnya. Bawa juga ubatan2 asas untuk demam , selsema, batuk, kulit kering untuk persediaan. Bawa lebih pun bagus boleh share dgn Jemaah-jemaah lain. Standby Strepsil kalau batuk.
13. Pakej umrah murah yang berharga sekitar RM6000 hingga RM7000, kena redha la kalau hotel jauh dari Masjid. Pakej umrah lebih kurang RM8000 dah memadai untuk korang rasa selesa, tak jauh dan takdelah dekat dgn masjid. Pakej umrah bawah RM6900, hati-hati boleh jadi. SCAM. Harga lantai yg ditetapkn oleh kerajaan Malaysia sekarang adalah RM6900 bagi setiap jemaah.
14. Di Malaysia juga jangan lupa untuk melakukan senaman untuk mendapatkan kecergasan kerana ibadah Saie sememangnya memerlukan daya tahan fizikal yg tinggi berbanding dgn Tawaf. Selalu minum air zam zam sambil berdoa niatkan untuk kuatkan badan In shaa Allah.
15. Selalu semak checlist barang2 yg penting perlu di bawa dan semak juga itenari program supaya barang yg kita bawak itu bersesuain dengan program. Tidak perlu membawa pakaian terlalu b*k kerana kita boleh basuh or hntar dobi di sana dan boleh beli pakaian jubah disana dgn harga yg murah berbanding di Malaysia. Untuk makanan sampingan boleh bawa mee segera atau serunding sekiranya perlu sebagai back up jika perlu tp tidak beberapa penting sekadar sampingan sahaja.