Rawang - Upah Haji / Pakej Umrah

Rawang - Upah Haji / Pakej Umrah Kami menjalankan perniagaan Upah Haji & Umrah 1Malaysia secara Online.Berpengalaman 13 tahun dalam bidang ini. Butiran lanjut layari web dibawah

Bersyukur Kalau Mak Ayah Masih Ada.Kalau kita buat salah, Buat silap masih ada yang nak tegurSeorang anak tak kan rasa a...
03/03/2020

Bersyukur Kalau Mak Ayah Masih Ada.
Kalau kita buat salah, Buat silap masih ada yang nak tegur

Seorang anak tak kan rasa apa2 di saat ibunya masih ada. Tapi di saat ibunya sudah pergi mengadap ilahi, saat itulah pelbagai rasa yang dia akan rasai sampai bila2,

Tenunglah wajah ibumu wahai anak. Mereka sudah tua, mereka bukan selama2nya dengan kita..jangan kau malu untuk mencium ibumu. Seorang anak yang mencium ibunya, gugur dosa2nya. Tataplah ibumu…! Ciumlah ibumu…!


Kepada tuan/puan yang ingin mendaftar badal haji 2020 untuk arwah boleh wasap no tertera ye.
23/12/2019

Kepada tuan/puan yang ingin mendaftar badal haji 2020 untuk arwah boleh wasap no tertera ye.

*بسم الله الرحمن الرحيم**السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*Umat Islam yang berhajat dan sedang mencar...
31/12/2018

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

Umat Islam yang berhajat dan sedang mencari tempahan Upah Haji /Badal Haji, bagi tahun Hijrah 2019 / 1440 untuk arwah tersayang, PENDAFTARAN KINI DIBUKA ..

Upah Haji dan Umrah ini akan dilaksanakan oleh mereka yang berpengalaman luas mengerjakan Ibadah Haji setiap tahun di MAKKAH.

Sebarang pertanyaan boleh wasap ke sini 019-2828 062

Berminat untuk joint group UPAH HAJI 2019 boleh klik di sini.. https://chat.whatsapp.com/It57uIYV9KSJ6S8ShQixXL

09/08/2018
ISTIMEWA UNTUK ANDA..MENGINAP DI HOTEL MEWAH PADA HARGA YANG RENDAH...Bila pergi UMRAH, dengar orang duk kat hotel mewah...
28/07/2018

ISTIMEWA UNTUK ANDA..MENGINAP DI HOTEL MEWAH PADA HARGA YANG RENDAH...

Bila pergi UMRAH, dengar orang duk kat hotel mewah, jealous p**ak rasanya..teringin juga nak rasa duduk hotel selesa..namun apa daya, sudah tentu tak mampu...

Cuti sekolah Nov & Dec ni, bertepatan p**a dengan musim sejuk, RABBANI TRAVEL AND TOURS, bermurah hati memberi peluang kepada anda menikmati "Umrah Selesa" duduk di hotel 5* pada harga yg rendah..Kami buka peluang kepada100 pendaftaran yang awal ..

Dengan menyertai Pakej UMRAH kami, anda akan selesa menginap di Bab Multazam Concorde Hotel. Hotel baru bertaraf 5* serba selesa. Bilik dan ruang tamu yang besar, Setiap bilik ada 2 tandas, bilik air asing tak perlu nak rebut2, rak baju sorang satu, mesin cuci baju sedia, nak gosok baju ada iron, nak bancuh kopi ada pantry, lif besar dan banyak, surau jemaah lelaki dan wanita asing, memang sangat2 selesa lebih2 lagi yang pergi bersama famili..

Kami tawarkan anda pada harga RM5590. Yang bayar deposit dulu diutamakan, mai bawa famili gi Mekah ramai2. Peluang tidak datang selalu.😁😁😁 wasap sini:-)) http://www.wasap.my/60192828062/UmrahSelesa

Tuan/puan dibenarkan untuk share mesej ini kepada adik beradik, rakan sekerja, saudara mara, jiran tetangga, share ke group wasap dll..

Andai kata, anda tidak dapat pergi sekali pun, memadai andai menyampaikan, setiap mereka yang terbuka hatinya menunaikan umrah melalui sebaran iklan dari anda, anda akan dapat saham akhirat terpijak. Biar di dunia kita tak nampak takpe, janji di akhirat ada yang dapat membantu kita..jadi rajin2kan jari kongsi perkara yang baik2..

Badal Haji 2018 - untuk 1MalaysiaPendaftaran Upah Haji Online Mudah, Cepat, Tidak perlu beratur.. Semua di hujung jari.....
05/07/2018

Badal Haji 2018 - untuk 1Malaysia
Pendaftaran Upah Haji Online
Mudah, Cepat, Tidak perlu beratur..
Semua di hujung jari..
Daftar segera, pengambilan Terhad..

1 Haji
1 Umrah
1 Tahlil & Bacaan Yassin
Dengan Lafaz dan Akad..

Cenderahati dari pihak syarikat
1. Sijil Badal Haji
2. Sejadah, Air Zam2, Kurma, Tasbih, Serban, Kopiah, Minyak Wangi serta Celak Mekah

"Apabila seorang berkemampuan yang cukup syarat untuk mengerjakan haji meninggal dunia, wajiblah ahli warisnya mengupah orang lain (yang sudah pernah menunaikan haji) melaksanakan ibadah haji bagi pihak si mati.

NAK BUAT UPAH HAJI TAPI RAGU2..Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia t...
02/07/2018

NAK BUAT UPAH HAJI TAPI RAGU2..

Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.

Kami menyediakan perkhidmatan UPAH HAJI untuk 1Malaysia..Permohonan masih lagi di buka.. Kepada waris2 yang berhajat boleh layari www.umrahhaji.com atau wasap di sini http://www.wasap.my/60192828062..

Badal Haji 2018 - untuk 1MalaysiaPendaftaran Upah Haji Online Mudah, Cepat, Tidak perlu beratur.. Semua di hujung jari.....
22/04/2018

Badal Haji 2018 - untuk 1Malaysia
Pendaftaran Upah Haji Online
Mudah, Cepat, Tidak perlu beratur..
Semua di hujung jari..
Daftar segera, pengambilan Terhad..

1 Haji
1 Umrah
1 Tahlil & Bacaan Yassin
Dengan Lafaz dan Akad..

Cenderahati dari pihak syarikat
1. Sijil Badal Haji
2. Sejadah, Air Zam2, Kurma, Tasbih, Serban, Kopiah, Minyak Wangi serta Celak Mekah

"Apabila seorang berkemampuan yang cukup syarat untuk mengerjakan haji meninggal dunia, wajiblah ahli warisnya mengupah orang lain (yang sudah pernah menunaikan haji) melaksanakan ibadah haji bagi pihak si mati.

Sebaik mana pun perancangan kita, jangan lupa perancangan ALLAH itu lebih hebat, kita hanya mampu merancang, tetapi DIA ...
13/04/2018

Sebaik mana pun perancangan kita, jangan lupa perancangan ALLAH itu lebih hebat, kita hanya mampu merancang, tetapi DIA yang menentukan segalanya... http://www.wasap.my/60192828062

29/03/2018

INDAHNYA UMRAH DI BULAN RAMADHAN
Hotel dekat, amat berbaloi

Ramadhan Bulan Penuh Rahmat dan Ampunan. Bulan yang penuh berkah, kerana itu tidak hairanlah dua Tanah Suci ini akan dipenuhi dengan para jemaah untuk mencari kelebihan malam Lailatul Qadar. Bayangkan pahala yang berlipat ganda jika kita beribadat pada malam tersebut. Pahalanya menyamai seperti beribadat seribu bulan, dilaksanakan p**a di tanah suci.. MasyaAllah!

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiyallah, Rasulullah SAW pernah bertanya kepada salah seorang wanita Anshar: “Mengapa anda tidak ikut haji bersama kami?”

“Kami hanya memiliki 2 ekor unta. Unta yang satu dipakai suamiku bersama anakku pergi haji. Sementara yang satu digunakan untuk mengairi kebun.” Jawab wanita itu.
Kemudian Nabi SAW menyarankan yang maksudnya:

Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah, kerana umrah di bulan Ramadhan, senilai Haji bersamaku. (HR. Bukhari 1782 dan Muslim 1256)

Badal Haji masih di buka. Sangat mudah daftar online. Tidak kalut, tidak rebut masa..

Bersama Rabbani Travel & Tours. Wasap: http://www.wasap.my/60192828062

Petanda Dapat Mimpi Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal DuniaKehilangan ibu dan ayah tercinta merupakan antara kehilangan yang...
05/03/2018

Petanda Dapat Mimpi Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Kehilangan ibu dan ayah tercinta merupakan antara kehilangan yang tiada galang gantinya.

Ustaz Khailil Razak ada berkongsikan petanda jika dapat mimpi didatangi ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Mak mertua saya pernah tanya saya "Halil selama mak meninggal berapa kali mimpi mak arwah mak?" Saya jawab dengan nada sedih.." Ermm baru 2 kali mama..Seminggu selepas mak meninggal dan masa halil sibuk kerja sebelum kawin..Kenapa mama?"

Mak mertua saya kata.."Maknanya Halil anak yg baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur.. Kalau Halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada Halil.."
Owh saya baru faham ingat selalu mimpi mak tanda mak sayang kat kita.. Rupanya bukan.. YaAllah..

Saya terus bergenang air mata teringat balik.. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak saya meninggal sebab rindu.. Yelaa masa mak saya sakit kat hospital sultanah aminah johor bharu masa tu saya tu saya dah 18 tahun..

Masa tu saya masih mak saya suapkan makan.. Manja sangat ngan arwah mak.. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat.. Business tengah maju.. Duit belas ribu dapat untung masa tu.. Tapi sedih masa tu saya jarang bukak quran.. X baca quran.. Saya lalai sangat masa tu..

Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu.. Ya Allah.. Sebenarnya mak kita yg dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak2 yang soleh..

Saya pernah dapat nasihat daripada prof Dr Razali Nawawi Presiden Abim yg pertama.. Dia kata "Kholil.. Niatkan puasa kita, solat kita sedekah kita semua untuk mak ayah kita.. Sebab mungkin dalam hidup mereka, mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat.."

Ya Allah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakan mereka di kalangan orang2 beriman.. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amiiin

Jika ada belas ikhsan anak2 untuk HAJI kan arwah emak ayah, kami sedia membantu. www.myumrahhaji.com atau wasap http://www.wasap.my/60192828062

BADAL HAJI 2018..Kawan-kawan yang nak buat umrah dan badal haji, jemput singgah di sini.. www.myumrahhaji.com
27/02/2018

BADAL HAJI 2018..
Kawan-kawan yang nak buat umrah dan badal haji, jemput singgah di sini.. www.myumrahhaji.com

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allahkepadanya apabila nikmat itu hilang a...
23/01/2018

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah
kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andai kata matanya tidak sempurna, kakinya patah, atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua bola mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat. Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah supaya nikmat itu akan terus..

Peringatan untuk diri sendiri dan semua. Belajarlah erti SYUKUR..myumrahhaji.com

Badal Haji dan Umrah layari myumrahhaji.com
20/01/2018

Badal Haji dan Umrah layari myumrahhaji.com

Orang-orang yang berhasil akan mengambil manfaat dari kesalahan-kesalahan yang ia lakukan, dan akan mencuba kembali untu...
20/01/2018

Orang-orang yang berhasil akan mengambil manfaat dari kesalahan-kesalahan yang ia lakukan, dan akan mencuba kembali untuk melakukan dengan cara yang berbeza..

Jangan takut melakukan kesalahan..yang penting luruskan niat lalu perbaiki.

Tidak ada kesalahan jika anda bersama kami di sini myumrahhaji.com..

Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula, dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan...
17/01/2018

Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula, dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuinya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"

Setiap Manusia Telah Ada Rezeki Untuknya..Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :Jika sekiranya kamu bertawak...
05/12/2017

Setiap Manusia Telah Ada Rezeki Untuknya..
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu p**ang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.

Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Oleh itu dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mengingati Allah. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.

Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah..

Sedia untuk bersama anda
http://www.wasap.my/60192828062

Alhamdulillah SIJIL Badal Haji 2017 telah pun sampai ke Malaysia bersama jemaah Haji penerbangan ke 6..Pengagihan cender...
15/09/2017

Alhamdulillah SIJIL Badal Haji 2017 telah pun sampai ke Malaysia bersama jemaah Haji penerbangan ke 6..Pengagihan cenderahati dan sijil telah pun selesai di lakukan. Insyaallah hari ini khamis 14/9, kami akan pos semuanya menggunakan pos laju dan skynet..

Terima kasih kepada semua waris yang telah memberi sepenuh kepercayaan, keyakinan dan sokongan kepada kami untuk menguruskan upah haji semua arwah, lebih2 lgi kepada mereka yang saban tahun menggunakan perkhidmatan Upah Haji Aman Agen.

Kami mendoakan semoga semua arwah dikurniakan haji mabrur, mendapat limpahan keberkatan hidup di dunia dan akhirat dan rezeki yang di berkati kepada semua waris2 yang terlibat..

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelaksana2 haji kami di Mekah. Hanya Allah yang dapat menilai dan memberi ganjaran kepada para2 Haji dan Hajah semua...InsyaAllah Aamiin Ya Robbal Alamin..

24/07/2017
Seandainya seksa neraka diperlihatkan kepada kita, pasti hilanglah nafsu kita untuk berbuat dosa.Seandainya nikmat syurg...
05/07/2017

Seandainya seksa neraka diperlihatkan kepada kita, pasti hilanglah nafsu kita untuk berbuat dosa.

Seandainya nikmat syurga diperlihatkan kepada kita, pasti hilanglah keletihan dan kepenatan kita saat beribadah.

Tapi semua itu disembunyikan untuk menguji keimanan dan kesungguhan kita dalam menjalani ibadah dan menjauhi dosa.


Cemburulah engkau melihat orang yang Istiqomah dalam berhijrah. Cemburulah  engkau pada mereka2 yang lebih taat kepada A...
30/06/2017

Cemburulah engkau melihat orang yang Istiqomah dalam berhijrah. Cemburulah engkau pada mereka2 yang lebih taat kepada Allah.

Kerana cemburu seperti ini adalah cemburu yang akan mendekatkanmu lagi kepadaNya..


DIANTARA SOALAN YANG SERING DI TANYA MENGENAI BADAL HAJI•  Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?Jik...
22/05/2017

DIANTARA SOALAN YANG SERING DI TANYA MENGENAI BADAL HAJI

• Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.

• Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?
Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.

• Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?
Tidak wajib.

• Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu p**a gugur kewajipan.

• Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".

• Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
Boleh.

• Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.

• Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?
Ya. Boleh.

• Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?
Kemampuan ialah:
a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b. Sihat badan
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.

• Adakah hukumnya salah, apabila seseorang mengerjakan haji dari perbelanjaan yang dikeluarkan oleh orang lain?
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.

• Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan fardhu haji?
Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan.

• Adakah dibolehkan seorang mengerjakan haji sedangkan dia belum melunaskan semua hutangnya yang dibayar setiap bulan dari potongan gajinya?
Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.

• Sahkan haji seseorang yang menggunakan wang si mati di mana dia adalah penerima yang pertama?
Sah hajinya

JOM PENUHKAN SEAT YANG SEDIKIT ...  Yang masih tunggu dan lihat tu, jangan terkilan. jika seat dah penuh, tak mau marah2...
22/05/2017

JOM PENUHKAN SEAT YANG SEDIKIT ...
Yang masih tunggu dan lihat tu, jangan terkilan. jika seat dah penuh, tak mau marah2 ye..kami utamakan yang bayar deposit dulu...

Penuhkan seat : UMRAH CUTI SEKOLAH BULAN 11,12

Daftar Cepat : UPAH HAJI 2017

Al fatihah buat arwah emak ayah. Kami sayang emak ayah sampai bila2. Nak masuk Ramadhan hati mula sebak teringat mak aya...
08/05/2017

Al fatihah buat arwah emak ayah. Kami sayang emak ayah sampai bila2. Nak masuk Ramadhan hati mula sebak teringat mak ayah, bagaimanalah agaknya nasibnya di sana... dekat nk raya, lgi kami sebak, tk dpt nak cium tangan mak ayah..Semoga mak ayah di tempatkan bersama golongan mereka yang beriman..

Apa jua kebaikan yang kami buat semua kami hadiahkan untukmu ayahanda & bonda. Damailah hendaknya ibundaku Hjh Maimun binti Lamzah dan ayahandaku Hj Mohd Yusof bin Md Said disana...

Sdra2 yang memerlukan khidmat Badal Haji bolehlah whatapp sini ye 019-2828 062..In Shaa Allah kami sedia membantu..

PERNAH DENGAR, DOA WAKTU EMAS..Saat turun hujan, itu waktu emas untuk berdoa. Sebagian orang tatkala memperhatikan hujan...
08/05/2017

PERNAH DENGAR, DOA WAKTU EMAS..

Saat turun hujan, itu waktu emas untuk berdoa. Sebagian orang tatkala memperhatikan hujan, ada yang sampai gelisah. Apalagi jika turunnya hujan dirasa mengganggu aktivitinya, mungkin ada meeting, janji atau hujan yang turun akan menyebabkan banjir.

Sehingga ada yang mengeluh dan mengeluh. Padahal jika kita baca hadis Nabi saw, waktu hujan turun adalah saat mustajabnya do’a, ertinya do’a semakin mudah terkabul.

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni mengatakan,
“dua do’a yang tidak akan ditolak:

[1] do’a ketika azan

[2] do’a ketika turunnya hujan

Do’a yang amat baik dibaca kala itu adalah memohon diturunkannya hujan yang bermanfaat.

Do’a yang dipanjatkan adalah “Allahumma shoyyiban naafi’aa (Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat)

Itulah yang Nabi saw ucapkan ketika melihat turunnya hujan. Hal ini berdasarkan hadis dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radhiyallahu ’anha,

”Nabi saw ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an” (Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat).

Semoga dengan turunnya hujan semakin membuat kita bersyukur, bukannya mengeluh..
Dan ingatlah, Allah menjanjikan "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambah nikmat...

Jangan lupa berdoalah agar Allah permudahkan jalan untuk menunaikan Haji dan Umrah

Tiada kata yang dapat dilafazkan dengan kata-kata apabila DIA memberi sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menyangka. ...
02/05/2017

Tiada kata yang dapat dilafazkan dengan kata-kata apabila DIA memberi sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menyangka. Tidak pernah terfikir, tidak pernah bermimpi apatah lagi terlintas di hati.

Tiada perkataan yang tepat untuk digambarkan perasaan itu, sebuah perasaan rasa bahagia yang tidak terhingga apabila DIA mencurahkan nikmat kurniaan kepada hamba-hamba pilihan-Nya.

Kadang-kadang kita merasakan sesuatu hal itu sangat mustahil untuk kita menggapainya, namun tiba-tiba Allah menjadikan ia kenyataan. Diri terasa di awangan, apakah ia mimpi atau sekadar sebuah khayalan?

Tidak. Ia bukan khayalan lagi, kerana telah terbukti kekuasaan-Nya yang berhak membuat sesuatu yang mustahil kita rasakan itu menjadi sebuah kenyataan.

Menyantuni dengan hati" Umrah penuh makna bersama Rabbani Travel. Tempah seat umrah cuti sekolah..dail 019-2828062

Address

15 Jalan DM 2/4
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawang - Upah Haji / Pakej Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category