08/07/2022
SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkhbar.
Wukuf gambaran sebahagian masyar yang kita semua akan di kumpulkan nanti .
Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya penduduk Najad, “Bagaimana haji itu?” Rasulullah bersabda: “Haji adalah (wukuf) di Arafah, sesiapa yang datang sebelum solat fajar dari malam harinya sesungguhnya yang bersangkutan telah berhaji.” - Riwayat Tirmizi
Hari ARAFAH adalah hari ALLAH SWT membebaskan sesiapa yang HADIR di PADANG ARAFAH daripada Api Neraka.
Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ini merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)
Beberapa doa doa yang kita boleh masukkan dalam senarai :
#1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus MU
#2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
#3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
#4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
#5. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
#6 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
#7. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
#8. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
#9. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
#10. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
#11. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
#12. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
#13. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
#14 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
#15. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau riak . Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit .
#16. Ya Allah, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku dan penenang hatiku.
#17. Ya Allah, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
#18. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
#19. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
#20. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
#21. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
#22. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
#23. Ya Allah, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
#24. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
#25. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
#26. Ya Allah, izinkan aku menjadi Tetamu Mu di Tanah Suci..
#27. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
#28. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
#29. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
#30. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
#31 Ya Allah kurniakan kepada kami nikmat kelazatan beribadah dari kelazatan kami melakukan maksiat .
Jika mahu menangis, menangislah sepuas hati. Minta pada Allah bersungguh-sungguh supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak & suami kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan umat Islam.
Semoga kita dapat rebut pahala dan buat ibadat dalam bulan Zulhijjah walau kita tak dapat jadi tetamu Allah kali ini dan tergolong dikalangan orang mendapat keampunan dari Allah SWT.. Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻
yaAllah kau jemputlah aku kesana...satu hari nanti..insyaAllah
Assalamualaikum ❤️