SUFFAH BORNEO TRAVEL & TOUR'S

SUFFAH BORNEO TRAVEL & TOUR'S UMRAH BERSAMA SUFFAH
KEMBARA TEMAN SUCI ANDA KE BUMI AMBIA MEKAH AL-MUKARRAMAH DAN MADINAH AL-MUNAW
(1)

“Elokkah Bergasak Depan Kaabah?”Sedih tengok perangai orang kita yang berebut-rebut sehingga tolak-menolak untuk mencium...
09/03/2024

“Elokkah Bergasak Depan Kaabah?”

Sedih tengok perangai orang kita yang berebut-rebut sehingga tolak-menolak untuk mencium hajarulaswad di rukun yamani. Berbaloi ke buat perkara haram, hanya untuk melaksanakan perkara sunat?

Jangan lupa, haram hukumnya menyakiti orang lain ketika bertawaf. Apa lagi, kita di hadapan Kaabah yang mulia. Lebih-lebih lagi kena jaga adab. Silap cara, amalan kita sia-sia dan tidak mendapatkan pahala.

Ada seorang perempuan yang pahalanya hangus.

Seorang pembantu perempuan menemui Saidatina Aisyah, “Aku telah tawaf sebanyak tujuh kali dan menyentuh rukun yamani sebanyak dua atau tiga kali.”

Isteri Nabi itu tidak kagum, malahan menegur, “Allah tidak memberikan ganjaran kepadamu, Allah tidak memberikan ganjaran kepadamu. Engkau telah bertolak-tolak dengan lelaki. Tidakkah cukup engkau bertakbir dan berlalu sahaja?”

Itu perempuan. Kalau lelaki?

Tahukah anda, Saidina Umar al-Khattab sendiri tidak sanggup bertolak-tolak. Sebabnya, Nabi Muhammad SAW pernah memberi pesanan, “Oh Umar! Sesungguhnya engkau seorang lelaki yang kuat. Janganlah engkau bersesak pada Hajar (hajarulaswad), lalu engkau akan menyakiti orang yang lemah. Jika engkau dapati kekosongan, maka engkau sentuhlah ia, jika tidak, maka engkau menghadaplah (kepada)nya, lalu engkau bertahlillah dan bertakbirlah.” (Musnad Ahmad no. 190)

Apa jadi kalau kita bawa orang perempuan bersesak-sesak?

Saidatina Aisyah tidak bersetuju. Aisyah melaksanakan tawaf di pinggiran Kaabah secara menyendiri dan tidak bercampur dengan kaum lelaki. Lalu ada seorang wanita berkata kepada beliau, “Oh Ummul Mukminin, ayuh kita pergi untuk mencium hajarulaswad.” Ummul Mukminin membalas, “Kamu saja yang pergi”. Sedangkan beliau enggan pergi. Pada zaman dahulu, kaum wanita keluar pada malam hari tanpa perlu bersesak-sesak.

Apa adab sebaiknya?

Ingat semula tujuan kita buat umrah atau haji. Kalau dah nampak dekat rukun yamani itu ramai orang sedang bergasak nak kucup hajarulaswad, maka takde keperluan untuk kita bawa orang perempuan ikut bergasak sekali.

Orang lelaki mithali, akan melindungi orang perempuan daripada terjebak dengan masalah, bukannya pergi cari masalah. Kan lebih elok kalau elakkan bergasak daripada awal. Kejarlah yang lebih penting, iaitu kesempurnaan ibadah pada pandangan Allah.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Selamat Hari Guru kepada warga pendidik di Malaysia.Di dalam hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Sedekah yang ...
17/05/2023

Selamat Hari Guru kepada warga pendidik di Malaysia.

Di dalam hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sedekah yang paling utama adalah seorang muslim yang mempelajari satu disiplin ilmu kemudian mengajarkannya kepada saudaranya sesama muslim."
[HR Ibnu Majah:239]

Ilmu dalam hal ini berupa ilmu yang bermanfaat untuk disampaikan kepada umat manusia. Ilmu yang bermanfaat ini akan jadi sedekah jariyah untuk akhirat kelak.

R A M A D H A N  K A R E E M Matahari menjadi saksi perjuangan diri menahan lapar dan dahagaMaksimalkan perjuangan itu d...
22/03/2023

R A M A D H A N K A R E E M

Matahari menjadi saksi perjuangan diri menahan lapar dan dahaga

Maksimalkan perjuangan itu dengan kesungguhan menjaga diri dari sesuatu yang mencemari ibadah puasa

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1444H Maaf Zahir Batin

• Today's the best Photo 🌿🥰
28/02/2023

• Today's the best Photo 🌿🥰

Assalamualaikum Tuan/Puan,Jemputan untuk menghadiri kursus umrah secara online yang dianjurkan oleh Kembara Suffah dan d...
05/01/2023

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Jemputan untuk menghadiri kursus umrah secara online yang dianjurkan oleh Kembara Suffah dan disampaikan oleh Ustaz Azizul Asri bin Ahmad Tajuddin. Ted Aziz

Tarikh : 07 Januari 2023 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam – 10.00 malam
Platform : Google Meet
Link : https://meet.google.com/zue-hkoj-efi

Pakej Umrah 2023 bersama  InsyaAllah terbimbing. Baki seat bagi musim 1444H :✈️ 15 Jan (13 seats)✈️ 22 Jan (17 seats)✈️ ...
04/01/2023

Pakej Umrah 2023 bersama

InsyaAllah terbimbing. Baki seat bagi musim 1444H :

✈️ 15 Jan (13 seats)
✈️ 22 Jan (17 seats)
✈️ 07 Feb (2 seats)
✈️ 03 Mac (26 seats)
✈️ 18 Mac (17 seatss)

Untuk info lanjut hubungi :
www.wasap.my/60142008309/PakejUmrah2023



PERSEDIAAN SEBELUM KE TANAH SUCI Mengerjakan umrah ni bukan sahaja mental kena kuat, fizikal pun sama.Terutama dalam usi...
01/01/2023

PERSEDIAAN SEBELUM KE TANAH SUCI

Mengerjakan umrah ni bukan sahaja mental kena kuat, fizikal pun sama.Terutama dalam usia melebihi 50an badan kita perlukan lebih perhatian.

Pergerakan dari hotel ke Masjidil Haram,Tawaf dan Saei,untuk buat tawaf sunat walaupun kata santai-santai berjalan, tak semudah yg diucap.

Ada beberapa perkara yg boleh dijadikan panduan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

1.Mula melakukan senaman ringan 1-2 minggu sebelum mengerjakan umrah.(jika dapat buat lebih awal lebih baik).

Berjalan laju (briskwalk) atau santai 2-3 kali seminggu...paling kurang 1-2km setiap kali (bagi yg upaya berjalan lebih jauh sangat membantu).

2.Minum air kosong yg mencukupi setiap hari.

3.Ambil vitamin c atau supplement sebelum dan semasa di sana.

4.Membuat rujukan bahan-bahan ilmiah berkenaan umrah.Berhubung dan buat rujukan dengan ahli agama berkenaan hukum hakam umrah.

5.Minta dokumen sokongan dari doktor jika masih dalam tempoh rawatan dan maklumkan pihak TA berkenaan status kesihatan kita.Jika berlaku kecemasan, pihak TA boleh terus rujuk kepada hospital.

6.Tidur dan rehat yg secukupnya.

7.Bawa ubat-ubatan harian yang kita ambil dan juga ubat-ubatan sampingan.

8.Mengatur jadual ibadah di sana, samada nak membaca Al Quran,solat sunat,tawaf sunat,ziarah ke masjid luar atau tempat bersejarah.

9. Jaga hati bermula di Malaysia lagi. perbanyakkan istighfar dan selawat ke atas Nabi. Sentiasa berbaik sangka dan sentiasa ucapkan hamdalah (Alhamdulillah) ats nikmat yg kita dapat dan ucapkan Alhamdulillah ala Kulli Hal atas apa yang kita rancang tak seperti apa yg berlaku.

10. Yang penting adalah doa dipermudahkan urusan dalam setiap langkah ke Tanah Suci

Semoga sedikit tips ini dapat memberi manfaat kepada jemaah yang berhajat untuk mengerjakan umrah dan haji ❤️🕋

----------------------------------------------------------------
Pakej Umrah Cuti Sek Mac masih ada kosong

Jom pi umrah dengan
📱www.wasap.my/60142008309/Umrah3Mac




Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang itu mati, maka terputuslah amalannya melainkan t...
01/01/2023

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang itu mati, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya.” (HR al-Tirmidzi)

May 2023 be the year Allah invites me to Mecca, Aamiin.
01/01/2023

May 2023 be the year Allah invites me to Mecca, Aamiin.

Suatu hari nanti saya akan bersarapan di sini, insyaAllah
13/12/2022

Suatu hari nanti saya akan bersarapan di sini, insyaAllah

PICTURE: Inside the Ancient House!
16/08/2022

PICTURE: Inside the Ancient House!

14/07/2022

Khamis dengan gaya gempa buminya . Terbaik Pakcik ni

Doa Hari ArafahSebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah. Hari yang mana Allah SWT mengampunkan ramai hamba-hamba-Nya d...
09/07/2022

Doa Hari Arafah

Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah.

Hari yang mana Allah SWT mengampunkan ramai hamba-hamba-Nya dan menerima segala doa-doa.

Manfaatkan saat-saat ini untuk berdoa.

Jangan sia-siakan walau sedetik pun!

🧵Doa-doa daripada hadis-hadis Nabi SAW

Sunset in Arafat!
08/07/2022

Sunset in Arafat!

Umat Islam berduyun-duyun ke Arafah untuk menunaikan rukun wuquf dan memenuhi hari dengan ibadah dan doa.Allah indahnya ...
08/07/2022

Umat Islam berduyun-duyun ke Arafah untuk menunaikan rukun wuquf dan memenuhi hari dengan ibadah dan doa.

Allah indahnya pemandangan ni. Semoga kita semua dapat menikmati peluang sebegini... insha'Allah

Today's best photo.How many Muslim are online to facebookers this.
02/07/2022

Today's best photo.
How many Muslim are online to facebookers this.

01/07/2022

Rakaman dokumentari British tentang Haji 1950 (mengandungi beberapa muzik).

Masa di mana tidak ada hotel mewah yang meluas, koc berhawa dingin, kem yang diselenggara dengan baik, makanan bufet, perkhidmatan digital dll.

Ia memerlukan kesederhanaan, kerendahan hati dan iman yang kuat.

HOTEL 1000 BINTANGKalau anda mengharapkan hotel dengan skala 4 bintang atau 5 bintang ketika menunaikan haji nanti, jang...
21/06/2022

HOTEL 1000 BINTANG

Kalau anda mengharapkan hotel dengan skala 4 bintang atau 5 bintang ketika menunaikan haji nanti, jangan risau... anda pasti akan mendapatkannya. Nak duduk di hotel 10 bintang sekalipun tak jadi masalah. Malahan hotel yang akan anda huni nanti 1000 bintang ratingnya!

Lihatlah `hotel’ yang dihuni oleh para jemaah ini. `Hotel’ yang berbumbungkan langit dengan hiasan seribu bintang. Hotel seumpama ini tidak mungkin anda temui di mana-mana belahan dunia sekalipun. Unik, bukan?

Hotel yang terlalu istimewa ini letaknya di Muzdalifah pada ketika jemaah haji bermabit pada malam 10 zulhijjah selepas wukuf di Arafah.

Di `hotel’ ini kalau anda hendak merasa dingin ala-ala alat penghawa dingin, ambillah tuala dan gunakanlah dia untuk mengipas muka sendiri.

Kalau rasa tak mahu baju kotor kerana duduk atas tanah, bentangkanlah sejadah anda dan duduklah di atasnya.
Kalau rasa perlukan ruang untuk menjulur kaki, jangan letak beg bersebelahan anda tetapi duduklah di atas beg itu sendiri.

Tak ada bantal?

Lengan kan ada. Tidurlah beralaskan lengan.

Toilet? Toilet p**a macam mana?

Tandas di sini luas. 50 orang pun boleh masuk pada satu-satu masa. Tapi kena beratur panjang dulu la ya!.

Begitulah keistimewaan hotel 1000 bintang ini. Ia tentunya tidak sama dengan hotel-hotel yang pernah kita jejaki sebelum ini.

Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakbar!!

Kredit Raihan Abu Bakar

Address

SUFFAH BORNEO TRAVEL & TOURS Lot 27 Tingkat 1, Blok B4 Lorong Sibuga Jaya Commercial Centre
Sandakan
90000

Telephone

+6089671100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SUFFAH BORNEO TRAVEL & TOUR'S posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SUFFAH BORNEO TRAVEL & TOUR'S:

Videos

Share

Category


Other Tour Agencies in Sandakan

Show All