Salam, laman ini diwujudkan atas kesedaran betapa skop pelancongan sebenarnya mempunyai potensi yang tinggi. Berdasarkan pengalaman menguruskan pakej pelancongan seperti Hari Keluarga Jabatan, timbul minat supaya dijadikan motivasi untuk ceburi bidang ini. Dijamin dimana kepuasan adalah mengikut budjet anda, mengikut kehendak anda. Kos adalah berpatutan malah murah berbanding pesaing di luar sana
kerana tiada kos tersembunyi. Berkaitan Latarbelakang Syarikat
Saya merupakan agen pelancongan terlatih dan diiktiraf di bawah Syarikat MKM Ticketing Travel and Tours Sdn Berhad. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. merupakan sebuah ejen pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00. MKM Ticketing Travel & Tours menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya seperti ABACUS di mana melalui penggunaan sistem ini, semua tempahan khususnya tiket penerbangan domestik mahupun ke luar negara dapat dilakukan dengan segera dan mudah. Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM Ticketing Travel & Tours dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya. Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Umrah.