29/04/2024
Tradisinya setiap tahun, kami akan bersama-sama meraikan Syawal dengan majlis marhaban dan beraya bersama-sama. Namun aktiviti ini terhenti seketika berikutan pandemik C19 yang melanda Negara.
Kini, kami kembali memeriahkan Syawal tahun ini dengan penuh keakraban dan kasih sayang.
Secara peribadi, saya dan Encik Suami Bakry Mohammad merasa sangat berbesar hati kerana diizinkan Allah SWT untuk berperanan sebagai tuan rumah pada majlis ini.
Alhamdullilah segalanya telah berjalan dengan lancar. Semoga ukhwah ini akan terus berpanjangan dalam berkat dan reda-Nya.