11/08/2024
`Badal Haji` bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya di sebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.
Dalil Badal Haji
Barang siapa yang mampu menyambut panggilan haji kemudian terhalang kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau lanjut usia maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, dari Fadl bin Abbas bahawa seorang wanita dari Bani Khats`am berkata, “ Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya”? Rasulullah SAW menjawab,” Boleh”..
Pahala Badal Haji
Apabila badal haji dilaksanakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat samada yang mengeluarkan belanja atau mengerjakanya akan beroleh ganjaran pahala dari Allah SWT.
Dari Ibni Abbas berkata, “Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak orang yang meninggal dunia maka ditulis bagi orang yang meninggal dunia satu haji dan orang yang mengerjakannya mendapat tujuh haji”.. Dalam satu riwayat lain,” Dan bagi orang yang mengerjakan haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. ( Hadis riwayat Abu Zar)
Wallahu `Aalam…
Nak tahu detail boleh tekan link ws dibawah👇👇👇
𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 / 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 ;
📲www.wasap.my/+60174259837/BADALHAJI2025