26/08/2020
6 TIPS MUDAH UNTUK PILIH HOTEL MURAH, SELESA DAN BERBALOI
Setiap kali pergi bercuti dan melancong, salah satu perkara yang paling utama adalah tempat penginapan. Bila sebut tentang penginapan ni, ada pelbagai jenis penginapan yang disediakan di luar sana.
Tak kiralah kira jenis penginapan yang anda pilih, sama ada hotel, chalet, homestay dan sebagainya; sebenarnya ada tip mudah untuk anda ikut untuk mengelakkan daripada menyesal sebab tersalah pilih hotel.
Berikut adalah garis panduan atau guideline mudah yang perlu anda ikut sebelum membuat tempahan penginapan dan kalau anda tengok Netflix, anda kena tengok dram bersiri bertajuk ‘Instant Hotel’.
Sedikit sebanyak, ada kriteria-kriteria utama yang perlu ada pada sebuah hotel penginapan diceritakan dan dijadikan garis panduan penting untuk pemberian markah iaitu; hotel, lokasi dan tarikan menarik terdekat, pengalaman tidur dan kepuasanhati.
Jadi, untuk pemilihan hotel atau penginapan; apa yang kita perlu berikan perhatian adalah:
#1. NILAI
Nilai ini termsuk dalam kategori berbaloi atau tidak. Ia boleh dikatakan sebagai faedah atau kelebihan yang kita dapat, dengan harga yang dibayar. Ini mengambil kira pelbagai faktor seperti layanan hotel, servis yang diberikan, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan, keselamatan dan lain-lain.
#2. KEMUDAHAN
Perkara kedua yang perlu kita ambil kira adalah kemudahan. Tidak kiralah jika kita travel secara solo mahupun dengan keluarga, perlu ambil kira faktor kemudahan. Cari yang memenuhi kehendak anda (jika secara solo) atau keluarga. Jika anda travel untuk urusan bisnes, semestinya anda mahukan kemudahan Wifi di bilik, iron servis, perkhidmatan dry cleaning dan sebagainya.
Macam mana nak tahu hotel atau tempat penginapan yang bakal kita tempah tersebut ada kemudahan seperti itu?
Boleh rujuk ke laman web atau laman sosial mereka ataupun tengok di laman web yang tawarkan perkhidmatan perbandingan hotel seperti Trivago, Agoda dan lain-lain. Kebiasaannya, akan ada senarai lengkap kemudahan yang ada.
#3. LOKASI
Ambil kira lokasi penginapan anda sesuai dengan keadaan dan kesesuaian dengan anda. Paling penting, adakah ia berdekatan dengan tempat-tempat tarikan di sana. Melainkan anda tidak kisah untuk memandu jauh. Tapi, sekiranya anda bergantung kepada pengangkutan awam, pastikan lokasi penginapan tersebut adalah dekat dengan stesen keretapi dan sebagainya. Jika tidak, agak sukar nak bergerak nanti.
#4. MESRA KELUARGA
Jika anda bercuti dengan keluarga, pastikan dahulu sama ada hotel berkenaan mesra keluarga atau tidak. Ciri yang anda perlu cari sebenarnya mudah. Jika ada anak kecil, cari hotel yang mempunyai kolam renang, taman tema air, aktiviti menarik atau taman permainan. Kalau tiada pun, cuba cari yang punyai kawasan untuk beriadah. Taman atau pantai misalnya.
#5. AKTIVITI
Kebiasaannya, penginapan jenis hotel atau resort akan sediakan aktiviti menarik dalam tawaran mereka. Jadi, ambil kira faktor ini juga. Sekiranya ia berdekatan dengan pulau, cuba tanyakan ada atau tidak pakej snorkelling, berkayak atau apa-apa yang sesuai dilakukan oleh anda sekeluarga.
#6. REVIEW DAN KOMEN
Rajinkan diri baca komen dan review di laman web seperti Travel Agen Page, Tripadvisor, Agoda dan sebagainya. Kebiasaannya, review orang ramai ni jarang yang tak betul. Cari yang ada bukti bergambar dan sebagainya. Lagi satu, bila nak rujuk review, pastikan ianya masih valid. Dalam erti kata lain, komen terbaru. Jangan pulak jadikan komen atau review dua atau tiga tahun lepas. Mungkin dah berubah.
*Boleh wassap saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian voucher hotel penginapan 😊
Banyak tawaran menarik dari kami menanti anda! 👍 www.wasap.my/601110721983