Kelkatu Experience

Kelkatu Experience Kembara kami berkonsepkan edu-networking tourism (pelancongan jaringan pendidikan) sesuai untuk semua umur!

Rehlah bersama Dr.Ahmad Zahiruddin Bin Mohd Zaidike Padang,Indonesia pada 1-4 May 2025 dan 25-28 Julai 2025ke trip "kemb...
07/02/2025

Rehlah bersama Dr.Ahmad Zahiruddin Bin Mohd Zaidi
ke Padang,Indonesia pada 1-4 May 2025 dan 25-28 Julai 2025
ke trip "kembara alumni surau mendunia" dan juga
"Kembara University Of Surau".

"Barangkali tiada mana-mana alumni perguruan tinggi dunia yg datang daripada Ranah Minang dapat menandingi alumni yg lahir daripada Surau".

Ya. Surau. Sebagai "University of Life".

Beberapa nilai kami hidangkan kepada peserta rihlah bersama Kelkatu Travel ;

1. Alam. Dibawakan kepada anda mencicipi alam yg indah pada sudut-sudut yg jarang dimudiki. Disajikan makna-manusia sebagai khalifah berpatutan memelihara memakmur alam dengan amanah.

2. Surau yg berperanan sebagai ruang ibadah khususiyah dan juga madrasah kehidupan pencetak manusia budiman.

3. Riwayat alumni-alumni surau mendunia yg muncul daripada payah, berjuang daripada bawah. Daripada kampung yg tersudut, desa yg sulit, dengan azam tak mengalah, latihan berdikari daripada susunan adat dan agama menghantarkan mereka ke medan menoreh sejarah.

4. Adat. Ranah Minang itu berpagaran adat. Adatnya islamiyyah bukan jahiliyyah. Hamka sebutkan 'Adat Minangkabau dan Islam itu bukan seperti air dengan minyak, tetapi air dengan susu, bersenyawa dan saling menyatu'. Daripada susunan adat dan agama itulah para peserta budiman berkesempatan dirayakan begitu hebat. Dalam masyarakat khatulistiwa, berbudi bahasa, sopan santun dan ramah tamah adalah bahagian daripada akhlak Islamiyyah. Tidak keras dan kaku menghadapi masyarakat.

5. Santapan hidangan lazat berpiring, bersusunan sepanjang meja terentang

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, hubungi : https://wasap.my/601116578500

Jom sertai  pakej makan berjamba di Rumah Uwan Robah(RUWUR) di Terachi Kuala Pilahpada 9 februari 2025, 1 petang.Rasai p...
06/02/2025

Jom sertai pakej makan berjamba di
Rumah Uwan Robah(RUWUR) di
Terachi Kuala Pilah
pada 9 februari 2025, 1 petang.
Rasai pengalaman makan berjamba seperti adat Negeri sembilan di rumah godang Ruwur.
Jangan lepaskan peluang ini.

Hubungi kami di
www.wasap.my/601116578500/kelkatu

04/02/2025
03/02/2025

Sesi temubual ulasan dari anak-anak yang menyertai sekolah alam tempoh hari

Ada apa di Yogyakarta?Nama Yogyakarta dikenali ramai kerana dijadikan tempat penggambaran filem ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’...
31/01/2025

Ada apa di Yogyakarta?
Nama Yogyakarta dikenali ramai kerana dijadikan tempat penggambaran filem
‘Ada Apa Dengan Cinta 2’
Banyak binaan2 sejarah seperti candi Borobudur , candi prambanan , kawah marapi dan lain2 lagi..

Berminat hubungi kami di talian:
www.wasap.my/601116578500/kelkatu Experience

Tentang Hamka dan Minangkabau.Tidak terhitung banyaknya karya Hamka memasukkan Ranah Minangkabau, tempat lahir dan tumbu...
30/01/2025

Tentang Hamka dan Minangkabau.

Tidak terhitung banyaknya karya Hamka memasukkan Ranah Minangkabau, tempat lahir dan tumbuhnya peribadi beliau. Ranah itupun jadi sumbu yg menghidupkan lagi memperindah susastera karang-karangan beliau.

Jemput sertai rihlah ilmi bersama ke Ranah Minangkabau bermula 24 - 27 Februari 2025.

Hubungi utk dapatkan maklumat rinci.

30/01/2025

Imbas kembali sorotan video sepanjang aktiviti bersama Sekolah Alam tempoh hari di
Kebun Puisi.
Aktiviti luar bilik darjah dan detik-detik beharga bersama rakan-rakan yang baru dikenali, bermain dan mengenali terapi alam sambil belajar membina dari segi aspek kamahiran berfikir, pengetahuan,kreativiti dan nilai-nilai positif.

Selamat tahun baru cina kepada seluruh rakyat Malaysia yg berbangsa cina😍
29/01/2025

Selamat tahun baru cina kepada seluruh rakyat Malaysia yg berbangsa cina😍

RIHLAH "ALUMNI SURAU MENDUNIA" KE RANAH MINANGKABAU 15 - 18 Februari 2025Rm 1690/All in"Barangkali, di Minangkabau, tida...
25/01/2025

RIHLAH "ALUMNI SURAU MENDUNIA" KE RANAH MINANGKABAU
15 - 18 Februari 2025
Rm 1690/All in

"Barangkali, di Minangkabau, tidak ada mana-mana graduan universiti yang dapat menandingi alumni yang lahir di surau. Surau adalah universiti kehidupan. Nukleas terpenting yang menghidupi sel-sel masyarakat...."

Kami tawarkan rihlah "Alumni Surau Mendunia" dengan menjelajah tinggalan sarjana, intelektual yang berawal daripada tradisi surau di Minangkabau.

Syeikh Ahmad Khatib, Syekh Tahir Jalaludin, B**g Hatta, Buya Natsir, Agus Salim, Tan Malaka, Sutan Syarir, Muhammad Yamin dan lainnya. Mereka ini adalah ulama, pejuang, pemimpin besar yg lahir dari Ranah Minangkabau.

Kita selami rahsia kemenjadian Ranah Minang melahirkan "mass production leader".

Jemput sertai.

Pengalaman seperti ini dihidangkan untuk dirasai oleh peserta-peserta cuti-cutii Ranah Minang bersama Kelkatu Experience...
20/01/2025

Pengalaman seperti ini dihidangkan untuk dirasai oleh peserta-peserta cuti-cutii Ranah Minang bersama Kelkatu Experience.

Pengalaman yg tak dapat dibeli di mana-mana selain merasai sendiri. Dengan pemandangan danau membiru, cuaca segar dan hamparan sawah padi menghijau.

Jom 15-18 Februari 2025 ini. Rm 1790 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, hubungi : https://wasap.my/601116578500

20/01/2025

Jom recharge sebelum Ramadhan ini dengan sertai trip kami cuti-cuti Ranah Minang 15 - 18 Februari 2025 (sabtu - selasa).

Nak merasa pemandangan ala-ala Swiss dengan cuaca yg sejuk (15c), hamparan kebun teh dan danau-danau bertingkat (Danau di bawah, Danau di atas), menikmati jamuan makan di pinggir danau dan merasa sambutan beradat dengan tari piring dan iringan tepak sirih?

Semua ini kami rangkumkan dalam trip khas cuti-cuti Ranah Minang.

Pemandangan yang kami tawarkan ini sangat-sangat "rare", para peserta dibawa ke tempat-tempat yang betul-betul "healing" dengan anginnya yang sejuk dan pemandangan hijau mendamaikan.

Dah banyak trip kami adakan, para peserta merasa seperti keluarga dan terisi dengan penyampaian dan layanan yang diberikan dan sudah tentu, dengan pemandangan di depan mata yg memanjakan.

Kami juga akan memperkenalkan semua peserta dengan tokoh-tokoh yang berjasa besar kepada agama dan kemanusiaan, perintis kemerdekaan dan pejuang yang mengukir sejarah besar untuk direnungkan.

Nama-nama seperti Hatta, Agus Salim, Natsir, Buya Hamka, Rahmah el-Yunusiyyah adalah barisan peribadi besar yang lahir daripada Ranah Minang.

Berapa pelaburan untuk trip kali ini? Ha. Mesti ramai yang tertanya.

Dengan pemandangan yang serius cantik, layanan terbaik. hidangan jamuan yang sedapnya tak jumpa di mana-mana, disambut bak raja sehari dengan iringan permainan seni dan basa basi, Tuan/Puan hanya perlu membayar Rm 1790 sahaja, tinggal datang dan cuci kaki.

Kami akan siap sediakan semuanya.

Tunggu apa lagi, jom kita rihlah dan cuti bersama-sama sebelum Ramadhan ini. Supaya Ramadhan kita nanti dapat dijalani dengan menyegarkan setelah "recharge" melihat alam yang indah dengan zikrullah.

Bukankah mata melihat alam dan hati memandang Tuhan? Jom nikmatinya dengan trip cuti-cuti ke Ranah Minang.

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, hubungi : https://wasap.my/601116578500

17/01/2025

17 Januari 2025 | Dalamtalian (online)

Taklimat mengenai perjalanan program lawatan penanda aras ke Switzerland bersama para pelajar program akademik UKM - SPRM di bawah kendalian Dr. Noordeyana Tambi sebagai pensyarah pengiring.

Kelkatu Experience

Kami berpeluang berkongsi informasi adat perpatih kepada sahabat berbangsa cina dan membawa mereka menjelajahi keindahan...
15/01/2025

Kami berpeluang berkongsi informasi adat perpatih kepada sahabat berbangsa cina dan membawa mereka menjelajahi keindahan dan kekayaan budaya ‘Rumah Godang’ di Kuala Pilah

Rumah Godang yang unik dengan atap melengkungnya yang menyerupai tanduk kerbau, menjadi simbol keagungan dan warisan budaya masyarakat Minangkabau.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pengalaman cara pemakaian telepok, permainan tradisional seperti baling tin,bowling kampung, congkak,cepe dan gasing.

Selasa | 14 februari | 2 petang Trip anjuran Kelkatu Experience dan Benevolent Malaysia ke program ‘𝘓𝘪𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘰 𝘙𝘶𝘮𝘢...
13/01/2025

Selasa | 14 februari | 2 petang

Trip anjuran Kelkatu Experience dan Benevolent Malaysia ke program ‘𝘓𝘪𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘰 𝘙𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘎𝘰𝘥𝘢𝘯𝘨’
Bersama rombongan kaum ‘𝘊𝘩𝘪𝘯𝘦𝘴𝘦’ 30 orang.

Antara aktiviti yang akan dikongsi dan dijalankan adalah:-
👂🏼Perkongsian tentang adat perpatih
🏓 Permainan tradisonal
🕺🏻Merasai pengalaman pemakaian’telepuk’
⛰Menjejak batu Megalitic
🚶‍♂️ Desa walk

12 Januari 2025Lawatan dari bekas peserta dai’e muda YADIM yang bergabung dalam organisasi‘Dakwat Kanan’ ke Rumah Warisa...
13/01/2025

12 Januari 2025
Lawatan dari bekas peserta dai’e muda YADIM yang bergabung dalam organisasi
‘Dakwat Kanan’ ke Rumah Warisan Wan Robah (RUWUR) dan Rumah Godang.

08/01/2025

Jom fahami anak-anak tentang kebaikan berinteraksi bersama alam🌳🌴🏕

Address

No 7, Jalan KLIA Avenue, Pusat Perdagangan KLIA Avenue
Sepang
43900

Website

https://aboutme.style/travelwithkelkatu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelkatu Experience posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelkatu Experience:

Videos

Share

Category