Homestay Jannatul Firdaus Sepang

Homestay Jannatul Firdaus Sepang HJF is homestay equipped with private swimming pool and also located nearest Sepang. Hubungi Pihak Kami (Wsup/Call)
2. Pilih Tarikh
3. Isi Butir Diri Tempahan
5.
(8)

🌹MAKLUMAT, TATACARA DAN PERATURAN PENGINAPAN DI
HOMESTAY JANNATUL FIRDAUS SEPANG 🏊🏼‍♀️🏊🏼‍♀️🏊🏼‍♀️

PENGENALAN

HJF Private Pool 🏊🏼‍♀️adalah sebuah rumah kediaman untuk percutian keluarga yang mengutamakan keselesaan, kebersihan dan keharmonian buat anda beristirehat dan meluangkan masa bersama tersayang dengan fasiliti yang kami sediakan dan pasti tidak mengecewakan.. Berhampiran dengan KLIA dan S

epang F1

Juga sesuai buat anda
🌸Beristirehat Bersama Keluarga
📌Family Gathering / Family Day
📌 Birthday / Anniversary party
📌Persinggahan / Transit


TATACARA KEMASUKAN

SEMASA TEMPAHAN

1. Booking Tarikh Dengan Bayaran Deposit Rm150
4. Bayaran Penuh Perlu Dijelaskan 7 hari Sebelum tarikh Check-In (jika gagal membuat bayaran, automatik dikira batal dan deposit dikira hangus melainkan atas budi bicara)

SEMASA DAFTAR MASUK CHECK –IN
• Masa Daftar Masuk (Check In): 3.00pm

1. Serahkan Salinan Ic
2. Orientasi Dan Periksa Peralatan Rumah Bersama Pihak Pengurusan
3. Terima Kunci

• Pelanggan Yang Berhasrat Untuk Daftar Masuk Atau Daftar Keluar Selain Dari Masa Yang Ditetapkan Adalah Bergantung Kepada Budi Bicara Pihak Kami Dan Aturan Keluar Masuk Pelanggan Lain.

• Tetamu Yang Membuat Tempahan Hendaklah Hadir Semasa Check-In Dan Wajib Menunjukan Kad Pengenalan. Pihak Homestay Tidak Akan Memberi Kunci Kepada Wakil.

• Jika Pelanggan Gagal Menghubungi Pihak Pengurusan Dan Pihak Pengurusan Gagal Juga Menghubungi Pelanggan 7 hari Sebelum Tarikh Check in, Tempahan Dianggap BATAL Dan Akan Diberi Tempahan Kepada Pelanggan Lain. SEMASA DAFTAR KELUAR CHECK –OUT
• Masa Daftar Keluar (Check Out): 12.00pm

1. Pastikan Kebersihan memuaskan
2. Serahkan Kunci
3. Bayaran Deposit akan ditransfer Sekiranya TIADA Kerosakan Dan Kebersihan Rumah Baik
4. Sekiranya Pelanggan Lewat Check-Out Dari Waktu Yang Ditetapkan Caj Rm50 Perjam
( mengikut pertimbangan pengurusan)
.................................................................................

TEMPAHAN, PEMBATALAN DAN PINDAAN TARIKH

• Sebarang Tempahan Awal Boleh Dibuat Dengan Menghubungi Pihak Kami

• Pembayaran Deposit Sebanyak Rm150 Bagi Setiap Satu Mlm Diperlukan Untuk Menempah Tarikh Menginap Sebagai Pengesahan Tempahan

• Deposit Tidak Akan Dip**angkan Sekiranya Tarikh Dibatalkan Pelanggan, Kebersihan Tidak Memuaskan dan Ada Kerosakkan Kecil Ketika Menginap

• Sebarang Perubahan Tarikh Oleh Pelanggan Hendaklah Dimaklumkan Kepada Kami Selewat-Lewatnya 2 Minggu Sebelum Tarikh Kemasukan Dan Hanya Sekali Sahaja Boleh Ditukar. Jika last minit cancel , 50% bayaran full payment akan dipotong...
..................................................................................

PERATURAN KETIKA DI HJF

KESELAMATAN

📌Pastikan Semua Suis Alatan Elektrik Ditutup Sekiranya Anda Tiada Di Dalam HJF Atau Tidak Digunakan.

📌Sebarang Masalah Teknikal Hendaklah Dilaporkan Segera Kepada Kami.

📌Barangan Terlarang Seperti Senjata Api, Bahan Letupan, Dadah Dan Lain - Lain Yang Dilarang Oleh Pihak Berkuasa Tidak Dibenarkan Di Bawa Masuk Ke Dalam Guest House.

📌Dilarang Merokok Didalam Rumah dan akan dicaj rm100 dr deposit sekiranya didapati merokok

📌 Jika Terjadinya Kebakaran Kecil Pelanggan Dibenarkan Menggunakan Pemadam Api Yang Disediakan Dan Terus Menghubungi Pihak Kami

KEBERSIHAN

🟣Dilarang Mengubah Atau Mengalihkan Perabot Yang Terdapat Di Dalam HJF

🟣Dilarang membawa masuk bintang peliharaan seperti kucing dan binatang lain..Kebersihan Hendaklah Di Jaga Sepanjang Masa.

🟣Suis Pam Air Terjun Kolam tidak perlu tutup, ini utk penapisan sentiasa berjalan bg membersih semula air kolam

🟣Elakkan Daripada Membuang Sesuatu (Terutama Tuala Wanita) Ke Dalam Mangkuk Tandas Untuk Mengelakkannya Daripada Tersumbat. Sila Buangkan Ke Dalam Bekas Yang Disediakan.

🟣Bayaran Perkhidmatan Sebanyak Rm 50 Dikenakan Jika Khidmat Membersih Rumah Dan Tukar Cadar Diperlukan Semasa Dalam Tempoh Penginapan. Untuk Tempoh Sewaan Jangka Panjang Perbincangan Amat Dialu-Alukan.

🟣Sila basuh Dan Kembalikan Ke tempat Asal Semua peralatan Memasak, Pinggan-Mangkuk Yang Telah Digunakan.

🟣Sebelum Check-Out Pastikan Kebersihan memuaskan , Jika Tidak Memuaskan Deposit Tidak Akan Dikembalikan

KETENTERAMAN

🎯Pastikan Kenderaan Anda Diletakkan Dalam Keadaan Berhemah Tanpa Menganggu Lalu Lintas.

🎯HJF Ini Terletak Di Kawasan Kejiranan, Elakkan Daripada Membuat Bising Sekitar Jam 11 Malam Sehingga 6.30 Pagi Dan Pastikan Anda Menjaga Adab – Adab Berjiran Sepanjang Masa Anda Menginap Di sini

KESELESAAN

📌Bilangan Penghuni Yang Sesuai Untuk Menginap disini Maksima Adalah 15 Orang Sahaja Termasuk Kanak2, Kerana Kami Menyediakan 4 Buah Bilik Tidur Sahaja. Ini Bertujuan Untuk Menjamin Keselesaan Dan Kami Tidak Mahu Timbul Sebarang Masalah Keselesaan Dan Masalah Air.

📌Caj Tambahan Akan Dikenakan Jika Melebihi Maksima

PENJAGAAN

🌻Sebarang Kerosakan Dan Kehilangan Barangan HJF Ini Hendaklah Diganti Oleh Pelanggan Serta Merta.

🌻Semua Peralatan Dan Perabot Merupakan Hak Milik HJF. Sila Gunakan Dengan Berhemah Untuk Kesenangan Bersama.

📌Segala Barangan Peribadi Anda Adalah Atas Tangungjawab Anda Sendiri. Pihak Pengurusan Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Apa Jua Kehilangan Atau Kerosakan Barang Berharga Sepanjang Anda Menginap Di Sini.

📌Hanya Tetamu Muslim Yang Terdiri Daripada Kaum Keluarga Yang Mempunyai Hubungan Mahram Sahaja Dibenarkan Menginap. PERATURAN PENGGUNAAN KOLAM RENANG

🏵️Kanak-Kanak Di Bawah Umur 6 Tahun Hendaklah Ditemani Setiap Masa.

🏵️Pengguna Adalah Dilarang Membawa Masuk Sebarang Jenis Minuman Dan Makanan Ke Dalam Kolam Renang.

🏵️Pengguna Wajib membawa Pakaian Mandi @ Berkain Nylon @ Berkain Jersi, ini mengelakkan air kolam menjadi keroh jika mandi menggunakan pakaian biasa berkain Cotton dan jeans kerana bilasan sabun dan habuk bulu yg terdapat pada kain trsebut punca air menjadi keroh dan kotor.

🏵️Pengguna Dilarang Membawa Masuk Sabun, Syampu Atau Benda Lain Yang Tidak Berkaitan Di Kawasan Kolam.

🏵️Pengguna Hendaklah Sentiasa Menjaga Kebersihan Kawasan Sekitar Kolam.

🏵️Dilarang Membuang Apa-Apa Benda Termasuk Cairan Ke Dalam Kolam.

🏵️Pengguna Dilarang Membawa Masuk Sebarang Jenis Binatang Ke Kawasan Kolam.

🏵️Pihak Pengurusan Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Sebarang Kerugian, Kecederaan, Kemalangan Atau Kematian Pengguna Sebelum, Semasa Dan Selepas Menggunakan Kolam Renang Ini.

🏵️Dilarang Mengusik Landskap Dan Tanaman sekitar

🏵️ Bersihkan diri dulu sebelum masuk ke dalam kolam, dan bukakan pampers jika ada kanak2 yg memakai pampers. Caj rm100 akan dikenakan sekiranya didapati ada campuran bahan asing didalam kolam kerana kami paling menitik beratkan kebersihan dan kesihatan air kolam bg anda dan pelanggan yg lain p**a. SETELAH ANDA MEMBUAT BAYARAN TEMPAHAN, INI BERMAKNA ANDA TELAH MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. TANDATANGAN PENGESAHAN DIPERLUKAN SEMASA ANDA MENDAFTAR. HJF AKAN SENANTIASA MENITIKBERATKAN KESELESAAN & KESELAMATAN DARI MASA KE SEMASA. KESELESAAN, KESELAMATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...😄

Address

Taman Salak Perdana
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Jannatul Firdaus Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby travel agencies