30/11/2024
ZIARAH LUAR MADINAH GROUP DEP 50
Group Dep 50 dibawa mengunjungi tempat-tempat bersejarah di sekitar kota Madinah. Antara lokasi-lokasi penting untuk ziarah luar Madinah:
💢MASJID QUBA
• Masjid pertama yang dibina dalam Islam oleh Rasulullah ﷺ semasa baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah.
• Solat dua rakaat di Masjid Quba diberi ganjaran pahala seperti satu umrah, berdasarkan hadis Nabi.ﷺ.
💢MASJID QIBLATAIN
• Di masjid ini berlaku peristiwa perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Kaabah selepas turunnya wahyu dalam surah Al-Baqarah ayat 144.
💢 JABAL UHUD
• Tempat berlakunya peperangan Uhud, salah satu peperangan besar dalam sejarah Islam pada tahun ke-3 Hijrah.
• Makam Syuhada Uhud tempat dikebumikan para sahabat yang syahid, termasuk Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib (bapa saudara nabi)
💢KHANDAQ (Perang Ahzab)
• Lokasi Perang Khandaq yang berlaku pada tahun ke-5 Hijrah. Kaum Muslimin menggali parit untuk mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.
• Masjid Sab’ah: Di kawasan ini terdapat beberapa masjid kecil yang dipercayai lokasi solat Rasulullah ﷺ dan para sahabat semasa perang.
💢 PASAR KURMA MADINAH
• Pasar Kurma tempat jemaah dapat melihat, membeli dan mengenali pelbagai jenis kurma Madinah, termasuk kurma ajwa yang sangat disarankan dalam hadis.